Skim Jaminan Kredit Perumahan SJKP – Cara Beli Rumah Tanpa Slip Gaji

skim jaminan kredit perumahan
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Tahukah anda, seseorang yang tidak mempunyai pendapatan tetap masih boleh memiliki rumah melalui sebuah insiatif kerajaan yang digelar sebagai Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP). Ini bermaksud, kalau anda kerja sendiri sama ada rider, baker, peniaga kecil, pekerja gig, freelancer, petani, atau nelayan anda pun layak untuk memiliki rumah impian di bawah SJKP ni. Semakan kelayakan boleh dibuat secara online melalui laman web rasmi https://www.sjkp.com.my/semak-kelayakan

beli rumah tanpa slip gaji sjkp skim jaminan kredit perumahan

Tak perlu risau tak ada slip gaji tetap. SJKP ini sememangnya satu inisiatif oleh Kerajaan atau Kementerian Kewangan Malaysia untuk membantu rakyat yang berpendapatan tetap dan tidak tetap. Ini peluang terbaik anda untuk jadi pemilik rumah!

@sjkpberhad

Tak mampu beli rumah disebabkan deposit? Yuran guaman, yuran penilaian, MRTA/MRTT & LTHOT? Fikir lagi! Dengan jaminan pembiayaan melebihi 100% daripada SJKP, anda boleh miliki rumah tanpa beban yang banyak! 🏡💡 SJKP SJKPMalaysia RumahIdaman BantuanRumahKerajaan RumahPertamaAnda BeliRumah SJKPExplained JaminanKerajaan

♬ original sound – SJKP – SJKP

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang skim ini untuk makluman bersama.

Apakah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)?

Kerajaan Malaysia, dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2008) di Dewan Rakyat September 2007, sedar akan kesukaran yang dialami mereka yang tidak berpendapatan tetap, seperti petani dan peniaga kecil, dalam mendapatkan kemudahan kewangan bagi membeli rumah kediaman mereka.

Bagi mengatasi kesukaran tersebut, kerajaan telah menubuhkan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) sebagai sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan pada 6 Disember 2007 bagi menjamin kemudahan kewangan yang akan diberikan oleh institusi-institusi kewangan yang turut terlibat dalam skim ini.

Pada 24 Februari 2023, melalui pembentangan Belanjawan 2023, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Skim Jaminan Kredit Perumahan sebanyak RM5 bilion dengan had pembiayaan yang lebih tinggi, iaitu sehingga RM500,000 untuk terus membantu bakal pembeli rumah kali pertama yang mempunyai kemampuan kewangan membayar ansuran bulanan.

Bagi memudahkan pemilikan rumah kediaman khususnya untuk belia, Kerajaan menyediakan jaminan kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan ini untuk memberi akses pembiayaan kepada golongan pekerja gig, pengusaha kecil dan petani yang sukar membeli rumah kerana tiada pendapatan tetap.

Skim ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Dengan bantuan SJKP, adalah dijangkakan lebih ramai rakyat Malaysia akan mampu untuk memiliki rumah sendiri.

@sjkpberhad

Tiada slip gaji? Jangan biarkan ia menghalang impian anda? Tonton bagaimana SJKP membantu rakyat Malaysia, seperti anda, memiliki rumah sendiri tanpa kesulitan. 🏠💪 SJKP SJKPMalaysia SJKPPerumahan RumahUntukSemua JaminanSJKP SJKPHomeOwnership RumahPertamaSJKP JaminanKerajaan

♬ original sound – SJKP – SJKP

Rujuk kriteria kelayakan selanjutnya di bawah.

Jenis-jenis SJKP

  1. SJKP
  2. SJKP – Madani

i) Skim SJKP

beli rumah tanpa slip gaji
  • Tujuan Pembiayaan: Pembiayaan Gadai Janji
  • Had Pinjaman: RM500,000 dan ke bawah(termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA*/MRTT*, LTHO*, yuran guaman dan yuran penilaian)
  • Jenis Pembiayaan: Pinjaman/ pembiayan bertempoh-i
  • Tempoh Pinjaman: 35 tahun atau mana-mana tempoh yang lebih awal  (pinjaman dua generasi dibenarkan
  • Jaminan Pinjaman: *Jaminan pembiayaan melebihi 100% diatas jumlah pembiayaan (termasuk jumlah pembiayaan pokok, **MRTA/MRTT, LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian)
  • Kadar Faedah/ Keuntungan: Seperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat

ii) Skim SJKP – MADANI

beli rumah tanpa slip gaji apply loan sjkp skim jaminan kredit perumahan
  • Tujuan Pembiayaan: Pembiayaan Gadai Janji
  • Had Pembiayaan: Sehingga RM360,000 (termasuk sehingga 100% daripada harga rumah, MRTA*/MRTT*, LTHOT*, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai dan pembelian perabot)
  • Jenis Pembiayaan: Pinjaman/ Pembiayaan Bertempoh Sahaja
  • Tempoh Pembiayaan: Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan)
  • Jaminan Pembiayaan: Jaminan pembiayaan sehingga maksimum 120% daripada harga rumah kediaman merangkumi
    1. Sehingga maksimum 100% harga rumah; dan
    2. Sehingga maksimum 20% daripada harga rumah bagi MRTA*/MRTT*, LTHOT*, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai dan pembelian perabot
  • Kadar Faedah/ Keuntungan: Seperti yang ditetapkan oleh Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat

Kriteria Kelayakan

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas. Pinjaman dua generasi dibenarkan
  • Kategori berpendapatan tidak tetap atau bekerja sendiri
  • Kategori berpendapatan tetap
  • Pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan untuk didiami
  • Terbuka untuk rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan
  • Jumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan
  • Tiada rekod tertunggak CCRIS* melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini
  • Tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan
@sjkpberhad

Sebagai pekerja gig, impian memiliki boleh menjadi realiti! 🏠 Dengan jaminan kerajaan SJKP, anda boleh dapatkan pembiayaan perumahan tanpa slip gaji. SJKP SJKPMalaysia SJKPPerumahan RumahUntukSemua JaminanSJKP GigWorkerHome SJKPGigWorker JaminanKerajaan

♬ original sound – SJKP – SJKP

Secara ringkasnya, nak tahu sama ada anda layak memohon SJKP?

Jawab 3 soalan mudah ni :

1️⃣ Anda kerja sendiri / freelance / tiada slip gaji tetap? (✅ YA / ❌ TIDAK)
2️⃣ Belum ada rumah pertama? (✅ YA / ❌ TIDAK)
3️⃣ Perlukan bantuan pembiayaan perumahan? (✅ YA / ❌ TIDAK)

Kalau jawapan anda kebanyakannya “YA”, anda mungkin dah layak untuk mohon SJKP!
Nak tahu lebih lanjut, boleh hantar pertanyaan anda kepada : https://www.sjkp.com.my/borang-pertanyaan

Dokumen Diperlukan

Berikut merupakan dokumen-dokumen penting yang perlu disertakan oleh pemohon Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) :

  • Kediaman / Rumah
    • Perjanjian asal Jual Beli/ borang tempahan/ resit bayaran muka
  • Pendapatan
    • Penyata akaun Bank atau deposit 6 bulan terkini (jika ada)
    • Cukai Pendapatan/ Penyata KWSP Terkini
    • Surat pengesahan pekerjaan
  • Dokumen Sokongan Lain
    • Salinan Kad Pengenalan pemohon
    • Surat pengesahan majikan (jika ada)
    • Lesen perniagaan; atau kad pendaftaran Nelayan; atau permit teksi (yang mana berkenaan)
    • Surat akuan bekerja sendiri atau penyata pendapatan yang disahkan oleh JKKK atau penjawat kerajaan Kategori A, Penghulu/Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank

*JKKK: Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung

beli rumah tanpa slip gaji apply loan sjkp skim jaminan kredit perumahan

Tempoh Pembayaran Pembiayaan

Pihak SJKP membenarkan jaminan untuk tempoh pembayaran sehingga 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana-mana yang terdahulu.

Tetapi ianya bergantung kepada syarat pembiayaan yang dikeluarkan oleh institusi-institusi kewangan sama ada mereka membenarkan tempoh pembiayaan berkenaan.

Baca juga: Subsidi Petrol RON95 Guna MyKad, Pastikan Cip Berfungsi

Cara Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan 2025

Proses-Proses Skim Jaminan skim jaminan kredit perumahan sjkp beli rumah tanpa slip gaji

Secara umumnya, proses permohonan untuk apply loan / beli rumah tanpa slip gaji di bawah SJKP ini adalah seperti berikut:

  1. Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
  2. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli
  3. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
  4. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Skim Jaminan Kredit Perumahan

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang SKJP, sila rujuk soalan lazim berikut:

1. Adakah skim ini untuk Bumiputera sahaja?

Skim ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

2. Saya berniaga sendiri dengan pendapatan purata bulanan sebanyak RM1,400 dan tidak mempunyai slip gaji bulanan. Adakah saya boleh memohon pinjaman perumahan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan?

Ya. Skim Jaminan Kredit Perumahan adalah untuk menjamin pembiayaan perumahan bagi golongan yang tidak mempunyai bukti pendapatan bulanan yang tetap tanpa mengira jenis pekerjaan.

3. Saya berniaga sendiri dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Isteri saya pula bekerja sebagai kerani di sebuah firma guaman dan mempunyai pendapatan bulanan yang tetap. Adakah kami layak untuk memohon di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan ini?

Ya. Permohonan bersama (oleh suami dan isteri) boleh dilakukan.

4. Berapa lamakah tempoh pembayaran pembiayaan?

Tempoh pembiayaan ialah sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan).

5. Usia saya telah mencecah 55 tahun. Oleh itu tempoh pembayaran pembiayaan hanya tinggal 10 tahun. Bolehkah pembiayaan dibuat bersama dengan anak supaya tempoh pembayaran pembiayaan dapat dipanjangkan?

Pembiayaan 2 generasi boleh dilakukan untuk memanjangkan tempoh pembayaran. Tempoh pembayaran akan dikira berdasarkan usia anak dan dengan syarat umur anak hendaklah sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh permohonan. Namun, ianya bergantung kepada syarat khusus yang dikeluarkan oleh pihak institusi kewangan.

6. Adakah Skim Jaminan Kredit Perumahan ini hanya tertakluk kepada rumah-rumah yang dibina oleh agensi-agensi Kerajaan Persekutuan / Kerajaan Negeri sahaja?

Tidak. Skim ini juga terbuka kepada pembelian rumah kediaman daripada pemaju swasta.

7. Adakah Skim Jaminan Kredit Perumahan tertakluk kepada rumah yang baru dibina sahaja?

Skim Jaminan Kredit Perumahan merangkumi pembelian rumah kos rendah dan sederhana, sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada penjual atau lelongan.

8. Saya telah mempunyai sebuah rumah kos rendah dan berhasrat untuk mendapatkan pinjaman pembiayaan semula. Adakah saya layak untuk memohon di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan?

Tidak. Skim Jaminan Kredit Perumahan tidak menjamin pembiayaan bagi tujuan pembiayaan semula.

9. Saya berniaga sendiri dan bercadang membeli sebuah rumah kedai untuk tujuan perniagaan. Adakah saya layak untuk memohon di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan ini?

Tidak. Skim Jaminan Kredit Perumahan ini adalah khusus untuk pembelian rumah kediaman sahaja.

10. Saya merupakan seorang peniaga dan berhasrat membeli sebuah kondominium. Adakah saya layak untuk memohon di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan?

Skim Jaminan Kredit Perumahan adalah untuk pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan untuk diduduki, tertakluk kepada pembiayaan maksima RM500,000.

11. Saya mempunyai sebidang tanah dan bercadang untuk mendirikan sebuah rumah di atas tanah tersebut. Adakah saya layak memohon pembiayaan perumahan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan bagi membiayai pembinaan rumah tersebut?

Tidak. Buat masa ini Skim Jaminan Kredit Perumahan tidak menjamin pembiayaan perumahan untuk pembinaan rumah.

12. Adakah saya tertakluk kepada syarat-syarat tertentu untuk menjual rumah yang telah dibeli di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan?

Pihak SJKP tidak mengenakan syarat-syarat tertentu ke atas pemohon. Akan tetapi, pemohon haruslah mematuhi / memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh pihak institusi kewangan.

13. Saya berminat untuk memohon pembiayaan perumahan di bawah skim jaminan ini. Adakah saya perlu membuat permohonan di pejabat SJKP?

Permohonan mestilah dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang turut serta dalam skim ini dan bukan secara terus ke pejabat SJKP.

14. Di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan ini, berapakah caj / yuran yang harus dibayar oleh peminjam kepada pihak SJKP?

Tiada caj / yuran yang dikenakan oleh SJKP kepada peminjam.

15. Boleh ke apply loan rumah tanpa slip gaji?

Ya, anda boleh beli rumah tanpa slip gaji di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan SJKP. SJKP diuruskan oleh Prokhas Sdn Bhd, juga merupakan syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan.

skim jaminan kredit perumahan sjkp beli rumah tanpa slip gaji
skim jaminan kredit perumahan sjkp

Rujuk laman web rasmi Skim Jaminan Kredit Perumahan di pautan berikut : https://www.sjkp.com.my/

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (798619-K)

Tingkat 12, Bangunan Setia 1,
15 Lorong Dungun,Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2096 5000
Faks: 03-2096 5090
E-mel: [email protected]

NOTA:

SJKP tidak pernah melantik mana-mana ejen, pihak ketiga atau wakil untuk bertindak bagi pihak mereka. Semua permohonan hendaklah dikemukakan melalui institusi-institusi kewangan yang mengambil bahagian. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berurusan dengan individu yang membuat dakwaan bahawa mereka mewakili SJKP. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SJKP di 03-2096 5000 atau institusi-institusi kewangan yang berhampiran dengan anda.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut