Permohonan Gadang Scholarship Programme 2023

Gadang Scholarship Programme 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa Syarikat Gadang kini membuka tawaran Gadang Scholarship Programme 2023 buat pelajar yang berprestasi cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah.

Biasiswa ini diberikan bagi memberi peluang kepada pelajar yang memerlukan untuk lanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sekaligus melonjakkan lagi pembangunan Malaysia pada masa akan datang.

Untuk makluman, Syarikat Gadang merupakan sebuah syarikat yang tidak asing dalam bidang Pembinaan, Kejuruteraan, Utiliti dan Pembangunan Hartanah.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai biasiswa ini.

Baca Juga : Semakan Keputusan UPU Online Sesi 2022 / 2023 Lepasan STPM & Rayuan

Tarikh Tutup Permohonan

Calon perlulah kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu pada 1 November 2023.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang layak memohon Gadang Scholarship Programme 2023 adalah seperti yang disenaraikan berikut :

  • Kejuruteraan awam
  • Struktur, Hidraulik
  • Geo-teknikal/Lebuhraya/Turapan
  • Ukur Bahan
  • Pengurusan Bangunan
  • Kejuruteraan Lebuhraya
  • Pengurusan pembinaan
  • Kejuruteraan mekanikal
  • Kejuruteraan Elektrik
  • Pengurusan perniagaan
  • Sumber Manusia
  • Kewangan & Perakaunan
Gadang Scholarship Programme 2023

Syarat-Syarat Kelayakan Gadang Scholarship Programme 2023

Calon yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah digariskan seperti berikut :

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia, berumur 23 tahun dan ke bawah.
  2. Pemohon hendaklah menunggu kemasukan atau sedang mengikuti kursus ijazah sarjana muda sepenuh masa dalam universiti tempatan.
  3. Pemohon merupakan pelajar universiti / kolej yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
  4. Pemohon yang sedang mengikuti pengajian ijazah mereka mesti memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.5 daripada 4.00 dalam keputusan semester terkini mereka.
  5. Pemohon mestilah tidak mendapat biasiswa lain daripada organisasi lain untuk kursus pengajian yang sama (selain PTPTN).
  6. Mesti telah mencapai sekurang-kurangnya 5A dalam SPM/O-Level dan minimum 3A’s STPM/A-Level atau setaraf, yang mana berkenaan.
  7. Menunjukkan penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum.
  8. Mestilah dalam bahasa Inggeris lisan dan bertulis.
  9. Mempunyai kualiti kepimpinan yang kuat.
  10. Menunjukkan keperluan untuk bantuan kewangan.

Cara Memohon

Pelajar yang berkelayakan boleh ikuti panduan permohonan seperti berikut :

  • Muat turun borang di bawah :
  • Isikan borang permohonan dengan maklumat yang tepat dan hantarkan ke alamat e-mel [email protected] atau alamat :

Group Human Capital Department, Wisma Gadang,

No 52, Jalan Tago 2,

Off Jalan Persiaran Utama, Sri Damansara,

52200 Kuala Lumpur, Malaysia.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Gadang Scholarship Programme 2023, sila layari laman web https://www.gadang.com.my/ atau hubungi 03-6279 6288/[email protected].

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!