Cara Dapatkan eStatement Bank Rakyat (Penyata Kewangan)

Adakah anda pelanggan Bank Rakyat dan mahu tahu cara mendapatkan eStatement Bank Rakyat?

Secara umumnya, eStatement atau Penyata Kewangan adalah rekod transaksi kewangan untuk akaun bank anda yang memaparkan aliran keluar masuk duit ke dalam akaun anda.

Kebiasaannya, penyata kewangan ini diperlukan apabila anda hendak membuat pembelia besar seperti rumah, kenderaan da sebagainya.

Melalui penyata kewangan ini jugalah status kewangan anda boleh dinilai oleh pihak bank atau penjual dalam menentukan sama ada anda layak atau tidak membuat pinjaman pembelian tersebut.

Cara dapatkan penyata kewangan Bank Rakyat

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk mendapatkan penyata kewangan ini secara percuma, seperti yang berikut:

  1. Melalui mesin ATM Bank Rakyat
  2. Melalui online
  3. Melalui kaunter cawangan Bank Rakyat

Dapatkan melalui mesin ATM Bank Rakyat

Sekiranya terdapat mesin ATM Bank Rakyat berdekatan dengan tempat anda, anda boleh mendapatkan penyata kewangan terus melalui perkhidmatan yang disediakan di mesin ATM tersebut.

Caranya adalah seperti yang berikut:

  1. Masukkan kad ATM Bank Rakyat
  2. Masukkan nombor PIN
  3. Pada pilihan Menu, pilih “Lain-lain Urusniaga / Others”
  4. Pilih Khidmata Penyata
  5. Pilih Penyata Mini
  6. Pilih Cetak

Walau bagaimanapun, penyata kewangan yang dicetakan hanyalah ringkasan penyata kewangan anda.

Sekiranya anda mahukan penyata kewangan yang lebih details, anda boleh mengikut cara lain yang dinyatakan di bawah ini.

Dapatkan melalui kaunter Bank Rakyat

Sekiranya anda tidak begitu mahu menggunakan perkhidmatan online Bank Rakyat, anda boleh sahaja ke kaunter Bank Rakyat berdekatan dengan tempat tinggal anda.

Seperti biasa, bawa dokumen penting seperti IC dan kad ATM anda untuk pengesahan akaun.

Maklumkan pada pengawal anda mahu dapatkan penyata kewangan melalui kaunter dan anda mungkin akan diberikan nombor giliran.

Setelah nombor giliran anda dipanggil, nyatakan kepada pegawai yang bertugas anda mahukan penyata kewangan anda.

Dapatkan melalui iRakyat

Bank Rakyat turut mempunyai perkhidmatan perbankan dalam talian atau online yang dikenali sebagai iRakyat.

Melalui iRakyat pengguna boleh melakukan pelbaga transaksi perbankan online seperti pemindahan wang, semakan baki akaun, pembayaran bil, cetakan penyata kewangan dan lain-lain lagi.

Cara untuk dapatkan eStatement Bank Rakyat adalah seperti yang berikut:

  1. Layari laman iRakyat di pautan https://www.irakyat.com.my/
  2. Log masuk akaun iRakyat anda
  3. Pada menu, pilih e-Statement
  4. Kemudian, pilih Account / Card
  5. Pilih penyata daripada bulan tertentu
  6. Klik Open untuk melihat penyata
  7. Anda juga boleh memilih untuk Save dan Print penyata kewangan tersebut

Adakah anda pelanggan BSN? Baca artikel Cara Dapatkan Bank Statement BSN

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!