eRumah Penang: Projek Perumahan Kos Rendah Pulau Pinang

eRumah Penang merupakan sebuah portal kerajaan negeri Pulau Pinang mengenai projek perumahan mampu milik khusus untuk rakyat negeri tersebut.

Seiring dengan kenaikan harga rumah yang tidak masuk akal, beberapa kerajaan negeri telah memperkenalkan skim atau projek perumahan mampu milik mereka bagi membolehkan setiap keluarga memiliki rumah mereka sendiri.

Jika di Selangor ada Rumah Selangorku, di Negeri Sembilan ada Rumah Harap Rakyat (RHR) maka di Penang anda boleh memohon melalui portal eRumah Penang.

Jenis projek

ePortal Penang merupakan pusat sehenti untuk permohonan pelbagai jenis projek perumahan di Pulau Pinang seperti yang berikut:

  1. Rumah Kos Rendah (KR)
  2. Kos Sederhana Rendah (KSR)
  3. Projek Perumahan Rakyat (PPR)
  4. Rumah Mampu Milik (RMM)

Syarat-syarat permohonan

Syarat kelayakan bagi setiap projek perumahan yang disenaraikan di port eRumah Penang adalah berlainan berdasarkan jenis projek.

Berikut merupakan syarat permohonan bagi projek Rumah Mampu Milik (RMM):

  1. Warganegara Malaysia
  2.  Berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan
  3. Anak kelahiran Pulau Pinang ATAU bermastautin di Pulau Pinang
  4. Pengundi Berdaftar di Pulau Pinang
  5. Bekerja di Pulau Pinang
  6. Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 2,500.00 Untuk Rumah Mampu Milik A harga maksimum RM42,000.00;
  7. Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 3,500.00 Untuk Rumah Mampu Milik B harga maksimum RM72,500.00;
  8. Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 8,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C1 harga maksimum RM150,000.00;
  9. Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 10,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C2 harga maksimum RM200,000.00;
  10. Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 12,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C3 harga maksimum RM300,000.00;
  11. Bagi permohonan Rumah Mampu Milik Jenis A / Jenis B, pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah di mana-mana negeri di Malaysia; atau
  12. Bagi permohonan Rumah Mampu Milik Jenis C1, C2 dan C3 pemohon dan pasangan yang memiliki hanya satu(1) hartanah (harga belian hartanah sedia ada kurang dari harga Rumah Mampu Milik yang dipohon) adalah LAYAK memohon. (Sila sertakan salinan Perjanjian Jual Beli)

Bagi projek https://www.lpnpp.gov.my/ms/rumah-mampu-milik/syarat-permohonan/rmm-a

Permohonan

Untuk individu yang berminat dengan projek-projek perumahan mampu milik di Pulau Pinang ini, anda boleh mendapatkan segala borang dan butirang di pautan berikut: https://www.lpnpp.gov.my/ms/

Kemudian, klik pada “Permohonan / Semakan Status” untuk teruskan permohonan anda.

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai projek perumahan yang disenaraikan dalam portal eRumah Penang, anda boleh berhubung denn pegawai yang bertugas seperti makluma di bawah:

Bahagian Perumahan Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang,
Tingkat 20, Komtar
10503 Pulau Pinang

No. Telefon : 04-2621957
No. Faks : 04-2622904

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!