Eid Mubarak 2025 (عيد مبارك): 30 Contoh Ucapan Hari Raya Aidilfitri

30 Contoh Ucapan Hari RayA Untuk Keluarga, Rakan & Pasangan
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Eid Mubarak: Maksud & Contoh Ucapan عيد مبارك

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam seluruh dunia. Ia merupakan hari di mana umat Islam merayakan kemenangan selepas menjalani bulan Ramadan. 

Ini lah masa yang tepat untuk menjalin silaturrahim dan mengeratkan hubungan antara keluarga, sahabat, dan jiran tetangga. 

Terdapat pelbagai tradisi yang dilakukan untuk meraikan hari gembira ini antaranya adalah bermain bunga api, memasang pelita termasuklah juga memberikan ucapan-ucapan selamat seperti “Eid Mubarak” kepada insan tersayang. 

BACA JUGA: Salam Aidilfitri: Maksud & Contoh Ucapan سلام عيد الفطر

Maksud Eid Mubarak

Eid Mubarak adalah merupakan perkataan Bahasa Arab yang biasanya digunakan oleh orang Arab Muslim apabila tibanya hari raya.

Secara umumnya, Eid Mubarak bermaksud “perayaan/hari raya yang diberkati”. 

Eid bermaksud “perayaan atau hari raya” manakala Mubarak bermaksud “berkati” atau “diberkati“. 

Frasa ini digunakan sebagai ucapan selamat semasa menyambut Hari Raya, terutamanya Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Contoh Ucapan Eid Mubarak Untuk Keluarga, Rakan & Pasangan

1. Eid Mubarak! Semoga syawal ini dipenuhi dengan kebahagiaan, keberkatan, dan kegembiraan untuk anda dan keluarga.

2. Selamat Hari Raya! Semoga setiap amalan kita di bulan Ramadan diterima Allah. Sambutlah hari kemenangan ini dengan penuh keberkatan dan kegembiraan. عيد مبارك!

3. عيد مبارك! Semoga anda dan keluarga diberikan sinar kebahagiaan tanpa sempadan sempena hari raya yang mulia ini. 

4. عيد مبارك. Taqaballahu minna wa minkum taqabbal ya Kareem. Mohon maaf zahir batin ya!

5. Kepada seluruh ahli keluarga tercinta, dengan rendah hati saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya, Mohon Maaf Zahir dan Batin. Semoga dengan berakhirnya Ramadan ini, iman kita semakin bertambah. عيد مبارك semua!

6. عيد مبارك! Semoga hari raya ini membawa kegembiraan yang tiada tandingan dan kebahagiaan yang melimpah kepada anda sekeluarga.

7.عيد مبارك! Marilah kita sambut Hari Raya dengan hati yang bersih dan jiwa yang penuh rasa syukur. Jemput datang ke rumah tau. 

8. Eid Mubarak! Di tengah kemeriahan sambutan hari raya ini, jangan kita lupa untuk merenung dan mensyukuri segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Semoga Hari Raya membawa keberkatan dan kebahagiaan yang abadi. 

9. Selamat Hari Raya,  عيد مبارك! Semoga baju raya baru anda tidak memerlukan ‘software update’ dan ‘bug fixes’ sebelum dipakai. Hehe. 

10. Eid Mubarak! Ingatlah, rendang makin sedap bila dimakan bersama-sama, begitu juga kehidupan, lebih bermakna bila kita berkongsi kasih sayang dengan orang sekeliling.

Eid Mubarak: Maksud & Contoh Ucapan عيد مبارك

11. Eid Mubarak! Jangan lupa, dalam bermaaf-maafan, bersihkan hati dari segala dendam dan kebencian. Semoga raya ini menjadi lebih bermakna. InshaAllah. 

12. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Kalau nak duit raya, datanglah rumah. Eid Mubarak! 

13. Eid Mubarak. Meskipun kita merayakan hari ini tanpa kehadiran orang yang kita cintai, jangan lupa bergembira dan raikanlah dengan Hari Raya ini dengan penuh sukacita. Semoga Allah merahmati dan menguatkan hati kita selalu. 

14. Eid Mubarak! Meskipun jauh dari keluarga, kawan-kawan seperantauan menjadi keluarga pengganti di sini. Mari kita bersyukur atas nikmat persahabatan dan menyambut raya dengan penuh kegembiraan.

15. عيد مبارك! Walaupun jauh dari kampung halaman, hati ini tetap terpaut pada kenangan indah bersama keluarga di musim raya. Semoga kebahagiaan mereka menjadi kekuatan untuk terus berjuang di perantauan.

16. عيد مبارك, Ma dan Abah! Rindu akan sentuhan kasih sayang dan pelukan kalian semakin menguat di hari raya ini. Semoga Allah terus merahmati kalian dengan kesihatan dan kebahagiaan di sana.

17. Eid Mubarak, kawan-kawan! Walaupun jauh dari kampung halaman, kehadiran kalian di sini membuat raya terasa lebih meriah. Semoga kita terus bersama dalam kegembiraan dan persahabatan.

18. عيد مبارك, sayang! Dalam setiap senyummu, terukir kenangan manis raya di hatiku. Bersama-sama kita mengukir cerita-cerita bahagia di hari raya ini dan selamanya.

19. Selamat Hari Raya, sayang. Dalam setiap doa yang kita panjatkan, harapan untuk terus bersama dalam kebahagiaan menjadi nyata. Semoga cinta kita abadi di bawah lindungan Allah. Eid Mubarak!

20. Selamat Hari Raya, keluarga tercinta! Semoga kasih sayang dan kebahagiaan terus mengalir di antara kita selamanya. Eid Mubarak, Minal Aidil Wal Faizin. 

21. Eid Mubarak, rakan-rakan. Sempena bulan yang penuh berkat ini, marilah kita sambut raya dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran atas persahabatan kita yang tak ternilai.

22. Eid Mubarak semua. Bersama-sama kita menyambut raya dengan penuh kasih sayang dan kebahagiaan. Semoga setiap detik bersama menjadi kenangan yang abadi di hati.

23. Eid Mubarak kepada semua sahabat dan keluarga! Semoga setiap langkah kita di hari yang mulia ini dipenuhi dengan keberkatan dan kegembiraan yang tak terhingga. Marilah kita bersyukur atas nikmat kemenangan setelah menjalani bulan Ramadan dengan penuh pengabdian. 

24. Selamat Hari Raya. Semoga raya kali ini membawa keceriaan dan kedamaian kepada kita semua. Maafkan segala kesilapan dan kekurangan yang terjadi. Semoga kasih sayang dan rahmat Allah sentiasa menyertai kita di setiap langkah hidup kita. Eid Mubarak, Taqabbalallahu minna wa minkum.

25. Hari Raya ini bukan hanya tentang pakaian baru, tetapi juga hati yang diperbaharui. Taqabbalallahu minna wa minkum. Eid Mubarak!

26. Eid Mubarak kepada semua yang merayakannya! Semoga setiap langkah kita di hari raya ini diisi dengan keberkatan, kasih sayang, dan kegembiraan. Maafkan segala kesalahan dan mari kita terus bina hubungan yang kukuh dan penuh kasih sayang. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Taqabbalallahu minna wa minkum.

27. عيد مبارك! Semoga setiap langkah kita dipenuhi dengan rahmat dan kasih sayang-Nya. Maafkan segala khilaf dan kesalahan, dan mari kita mulakan lembaran baru dengan hati yang bersih dan jiwa yang tulus. Taqabbalallahu minna wa minkum.

28. Selamat Hari Raya, semua! Marilah kita gunakan kesempatan ini untuk merenungkan kurniaan yang Allah telah diberikan kepada kita. Gunakan masa ini untuk mengeratkan hubungan dengan keluarga, sanak saudara dan sahabat. Eid Mubarak. 

29. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin. Marilah kita sambut Hari Raya dengan hati yang penuh kesyukuran atas segala nikmat yang diberikan. Eid Mubarak!

30. Eid Mubarak! Semoga hari yang mulia ini membawa sukacita dan ketenangan kepada kita semua. Marilah kita sambut Hari Raya dengan hati yang bersih dan jiwa yang lapang, serta memaafkan segala kesilapan yang pernah dilakukan. Semoga setiap langkah kita dipenuhi dengan keberkatan dan rahmat Allah SWT. Taqabbalallahu minna wa minkum.

Background Syawal / Islamik

Dah tahu nak tulis apa dalam ucapan? Anda boleh gandingkan dengan background kosong di bawah, custom-made ikut kesesuaian anda sendiri.

Background / wallpaper Tema Syawal & Hari Raya ini juga boleh digunakan untuk backdrop program, buku program, brosur, surat jemputan.

Background Syawal / Islamik 1

Eid Mubarak

Background Syawal / Islamik 2

Eid Mubarak hari raya

Background Syawal / Islamik 3

Eid Mubarak

Background Syawal / Islamik 4

Eid Mubarak maksud hari raya

Background Syawal / Islamik 5

Sumber: Facebook Hazeem Azemi

Background Syawal / Islamik 6

Background Syawal / Islamik 7

background ramadan selamat berpuasa

Background Syawal / Islamik 8

background ramadan selamat berpuasa

Background Syawal / Islamik 9

background ramadan selamat berpuasa

Background Syawal / Islamik 10

Cara Buat Poster Hari Raya Guna Canva

  1. Pergi ke laman web Canva atau buka aplikasi Canva di telefon.
  2. Log masuk menggunakan akaun Google, Facebook atau e-mel.
  3. Pilih Saiz & Template Poster> Klik “Create a design” dan pilih “Poster” atau masukkan dimensi tersuai (contoh: 1080×1080 px).
  4. Taip “Hari Raya” di kotak carian untuk melihat template berkaitan.
  5. Pilih gambar latar yang sesuai seperti corak ketupat, masjid, atau lampu pelita ke. Mana-mana pun boleh.
  6. Gunakan font yang menarik seperti “Montserrat” atau “Pacifico” untuk ucapan seperti “Selamat Hari Raya Aidilfitri”.
  7. Tambah ikon yang sesuai seperti bulan sabit, bintang, atau doodle Islamik untuk lebih menarik.
  8. Jika poster untuk perniagaan, tambah logo syarikat atau media sosial.
  9. Sesuaikan saiz dan posisi agar tidak mengganggu elemen utama.
  10. Klik “Download”, pilih format PNG atau JPG untuk kualiti terbaik. Pilih PDF Print untuk resolusi tinggi.

Untuk lebih mudah, anda boleh rujuk video Tiktok yang dikongsikan oleh editwithfr di bawah:

@editwithfr

Tutorial Design Poster Ucapan Raya Guna CANVA ✨ Ini cara saya design salah satu poster raya yang ada dalam 40 Template Ucapan Hari Raya. Semua saya gunakan free element yang ada dalam CANVA. Kalau tutorial terlalu laju, boleh pause video ye 🙏🏻 Semoga Bermanfaat! #canva #canvassador #templatecanva #posterhariraya #tutorialcanva

♬ Dealova Piano – DNP

Cara Membalas Ucapan عيد مبارك

Nak balas macam mana kalau orang ucap Eid Mubarak?

Sebenarnya, tidak ada cara spesifik pun untuk membalas ucapan ini namun anda boleh gunakan dua frasa di bawah sebagai cara untuk membalasnya dengan hormat. 

1.“Khair Mubarak“: Anda boleh membalas ucapan Eid Mubarak dengan ucapan “Khair Mubarak”. Ia menggambarkan kemb ali harapan kebaikan kepada individu yang mengucapkannya kepada anda.

2. “JazakAllah Khair”: Selain itu,  anda juga boleh membalasnya dengan ucapan “JazakAllah Khair” yang bermaksud “Semoga Allah memberkati anda dengan kebaikan.” 

Untuk mendapatkan lebih banyak lagi perkongsian berkenaan dengan ilmu agama dan soal jawab berkenaan fiqh dari sudut pandang Mufti, anda boleh ikuti kami di e-Central (Agama) dan Taqwa.

Akhir kata, semoga hari raya kali ini lebih bermakna untuk anda sekeluarga. Selamat Hari Raya!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut