e-JanjiTemu PTPTN: Cara Buat Temujanji Kaunter Negeri /Cawangan

CARA BUAT TEMUJANJI DI KAUNTER PTPTN & URUSAN YANG BOLEH DILAKUKAN

Kaunter perkhidmatan PTPTN telah beroperasi di seluruh negara kecuali bagi negeri dan daerah yang masih dalam tempoh PKPD.

Untuk itu, pelanggan PTPTN boleh berurusan dengan lebih mudah dan selamat di kala pandemik Covid-19 sedang melanda negara.

Berikut dikongsikan cara membuat janji temu online PTPTN.

Apakah e-JanjiTemu PTPTN?

e-JanjiTemu PTPTN merupakan kemudahan secara dalam talian (online) membolehkan pelanggan yang berhasrat untuk berurusan dengan pegawai PTPTN di kaunter Pejabat PTPTN Negeri atau Cawangan yang berdekatan membuat temujanji terlebih dahulu sebelum hadir ke kaunter berkenaan.

Anda boleh membuat tempahan slot janji temu terlebih dahulu secara online sebelum hadir ke pejabat kaunter PTPTN sekurang-kurangnya sehari sebelum janji temu anda.

Waktu Operasi Kaunter Temujanji PTPTN

Waktu operasi kaunter PTPTN bermula pada 9.00 pagi hingga 1.00 petang dan kehadiran adalah hanya melalui janji temu yang telah dibuat sahaja.

Urusan Yang Boleh Dilakukan Di Kaunter PTPTN

Hanya urusan berikut sahaja boleh dilakukan di kaunter pada masa ini :

  1. Rundingan penstrukturan pinjaman
  2. Pendaftaran penama SSPN
  3. Permohonan penangguhan disebabkan masih belajar
  4. Penghantaran cek potongan gaji majikan/cek bendahari (pinjaman/simpanan)
  5. Penghantaran borang pembatalan/ pertukaran alamat/ kemaskini nombor akaun
  6. Tuntutan takaful pinjaman/ SSPN dan pembatalan direct debit

Baca juga: PTPTN: Semakan Permohonan & Bayaran Balik PTPTN Online

Cara Membuat Janji Temu Online PTPTN

Sila rujuk langkah-langkah di bawah untuk membuat janji temu online sebelum berurusan di kaunter PTPTN.

  1. Sila layari laman web janji temu PTPTN di pautan berikut: https://ejanjitemu.ptptn.gov.my
  2. Klik menu ‘Tempah Slot Anda’.
  3. Isikan maklumat janji temu.
  4. Lengkapkan maklumat diri.
  5. Semak maklumat diri dan janji temu yang telah diisikan sebelum membuat pengesahan.
  6. Setelah temujanji berjaya, sila muat turun slip tempahan slot temujanji untuk dibawa ke kaunter pada hari yang ditetapkan.
ptptn appoinment
ptptn appoinment
ptptn appoinment kaunter
e-temujanji ptptn
e-temujanji ptptn

Baca juga: Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN (Ijazah Kelas Pertama)

Maklumat Lanjut

Hubungi saluran berikut untuk sebarang pertanyaan tentang temujanji ptptn

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!