Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan instrumen pelaburan yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia sebab risikonya yang rendah, dividen yang konsisten serta mudah untuk dikeluarkan sekiranya pelabur memerlukan dana segera. Pengeluaran ASB boleh dilakukan melalui aplikasi myASNB ataupun melalui portal myASNB di https://www.asnb.com.my/

Bila dah buat jualan balik (pengeluaran) ASB, mesti soalan pertama yang wajib lalu kat kepala kita mesti: Berapa hari sebenarnya duit ASB masuk ke akaun bank kita? Ada yang kata sekejap, ada pula yang kata kena tunggu berhari-hari.

Jom rujuk tempoh masa pemprosesan duit ASB yang dikeluarkan untuk masuk ke dalam akaun bank di bawah.

Pengeluaran Duit ASB ke Akaun Bank

Pengeluaran duit ASB sebenarnya adalah proses menjual kembali unit amanah yang anda miliki dalam ASB untuk mendapatkan wang tunai.

Pelabur yang ingin mengakses wang pelaburan mereka boleh membuat jualan balik unit ASB melalui kaunter atau lebih mudah menggunakan platform dalam talian iaitu portal atau aplikasi myASNB.

Selepas transaksi jualan balik disahkan, wang hasil jualan akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah didaftarkan bersama ASNB.

Proses ini biasanya mengambil masa antara 1 hingga 7 hari bekerja bergantung kepada kaedah pengeluaran dan ketepatan maklumat akaun bank.

Kemudahan pengeluaran duit ASB dalam talian ditawarkan untuk memenuhi permintaan pemegang unit yang inginkan fleksibiliti dalam pengurusan pelaburan mereka.

Pemegang unit bagaimanapun dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan pengeluaran ini dengan bijak dan berhemah serta hanya mengeluarkan wang sekiranya benar-benar memerlukan.

Pelaburan dalam unit amanah sebaiknya dilakukan untuk jangka masa sederhana dan panjang supaya wang yang dilaburkan boleh menikmati kuasa faedah kompaun dan terus berkembang.

pengeluaran asb

Berapa Hari Duit ASB Masuk Dalam Bank?

Wang hasil jualan balik unit amanah ASNB anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan dengan ASNB boleh mengambil masa 3 hingga 7 hari.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah bank memprosesnya lebih cepat dan anda boleh dapat wang anda pada hari bekerja berikutnya.

Sekiranya pengkreditan pembayaran tidak berjaya, unit akan dikembalikan ke dalam akaun tabung unit amanah anda dalam tempoh 10 hari bekerja.

Berapa Hari Duit ASB Masuk Akaun Bank Selepas Pengeluaran?
Tempoh Pengeluaran
Cara Keluarkan Duit ASB
Sumber: FAQ ASNB

Sekiranya wang masih belum masuk selepas tempoh tersebut, kemungkinan sebab-sebabnya adalah:

  • Maklumat akaun bank tidak tepat atau tidak sah.
  • Akaun bank yang digunakan tidak dibenarkan (contoh: akaun pihak ketiga, akaun bersama, atau e-wallet).
  • Butiran peribadi di ASNB berbeza dengan rekod bank (contoh: nama atau nombor kad pengenalan).
  • Akaun bank tidak wujud atau tidak aktif.

Pemegang unit adalah bertanggungjawab memastikan nombor akaun bank yang didaftarkan betul dan sepadan bagi mengelakkan kelewatan pemindahan.

Cara Keluarkan Duit ASB
Sumber: FAQ ASNB

Sekiranya pengkreditan pembayaran tidak berjaya, unit akan dikembalikan ke dalam akaun tabung unit amanah anda dalam tempoh 10 hari bekerja.

Berapa Hari Duit ASB Masuk Akaun Bank Selepas Pengeluaran?
Tempoh Pengeluaran

Sekiranya anda menerima notifikasi transaksi berjaya melalui SMS, permohonan anda telahpun diterima oleh ASNB untuk proses pengkreditan.

Namun begitu, jika wang masih belum dikreditkan dalam tempoh yang ditetapkan, ianya mungkin disebabkan oleh perkara berikut:

  1. Maklumat akaun bank tidak sah/ tepat.
  2. Mengunakan akaun yang tidak dibenarkan (contoh: akaun pihak ketiga/ akaun bersama/ akaun e-wallet).
  3. Maklumat peribadi di ASNB berbeza dengan rekod di bank (contoh: nama/ kad pengenalan).
  4. Akaun bank tidak wujud atau tidak aktif.

Sila pastikan maklumat akaun yang diberikan adalah tepat dan memenuhi syarat yang ditetapkan bagi megelakkan sebarang kelewatan penerimaan wang anda.

Cara Membuat Pengeluaran Duit ASB ke Akaun Bank

Anda boleh membuat pengeluaran duit ASB secara mudah dan cepat terus ke akaun bank masing-masing melalui dua kaedah utama iaitu secara dalam talian (online) dan secara offline (kaunter fizikal).

1. Pengeluaran Duit ASB Melalui Portal myASNB

  1. Layari portal myASNB di www.myasnb.com.my
  2. Log masuk ke akaun portal myASNB menggunakan ID dan kata laluan.
  3. Pergi ke menu Portfolio dan pilih dana ASB yang ingin dikeluarkan.
  4. Klik pada pilihan Transaksi > Jualan Balik.
  5. Isi jumlah pengeluaran yang dikehendaki (minimum RM100, maksimum RM2,000 sebulan).
  6. Semak dan sahkan maklumat akaun bank penerima.
  7. Tandakan kotak pengisytiharan persetujuan dan klik Seterusnya.
  8. Masukkan kod TAC (kod pengesahan yang dihantar melalui SMS).
  9. Setelah pengesahan, wang akan dikreditkan ke akaun bank dalam masa 1 hingga 7 hari bekerja.

*Rujuk panduan bergambar di bawah:

CARA KELUARKAN DUIT ASB ONLINE

Cara Keluarkan Duit ASB

LANGKAH 1

Log masuk ke akaun myASNB : https://www.myasnb.com.my/

Keluarkan duit asb

LANGKAH 2

Klik Portfolio > Transaksi > Jualan Balik

Keluarkan duit asb

LANGKAH 3

Semak maklumat bank untuk pemindahan dana.

pengeluaran asb

LANGKAH 4

Tandakan kotak kecil dan klik Seterusnya.

pengeluaran asb

LANGKAH 5

Pilih amaun > Klik Seterusnya

Cara Keluarkan Duit ASB

LANGKAH 6

Semak semula butiran bank dan klik Teruskan.

Keluarkan duit asb

LANGKAH 7

Klik Permintaan TAC > Seterusnya

Cara Keluarkan Duit ASB

SELESAI!

2. Pengeluaran Duit ASB Melaui Aplikasi myASNB

Selain portal, pengeluaran duit ASB juga boleh dibuat menggunakan aplikasi mudah alih myASNB yang boleh dimuat turun dari Google Play atau Apple App Store.

  1. Log masuk aplikasi myASNB atau klik “Daftar Sekarang” sekiranya anda belum mempunyai akaun.
  2. Untuk membuat pengeluaran duit ASB, klik “Pengeluaran”.
  3. Pilih akaun “Amanah Saham Bumiputera” untuk keluarkan duit ASB.
  4. Masukkan nilai/amaun yang anda ingin keluarkan dan klik, seterusnya.
  5. Pilih sebab pengeluaran dan klik, Pasti.
  6. Semak no akaun dan jumlah amaun yang ingin dikeluarkan, klik Pasti.
  7. Sahkan dan semak sekali lagi no akaun bank dan jumlah amaun yang ingin dikeluarkan, klik Pasti.
  8. Klik Benarkan.
  9. Transaksi diluluskan. Klik OK.
  10. Tempoh masa pengeluaran adalah 3-7 hari bekerja. Klik OK.

Pengeluaran selesai.

Sekiranya anda belum mempunyai akaun myASNB, sila muat turun melalui:

PANDUAN BERGAMBAR PENGELUARAN DUIT ASB MELALUI APLIKASI myASNB

Pengeluaran ASB Secara Online Melalui myASNB & Had Pengeluaran
1. Log masuk aplikasi myASNB atau klik “Daftar Sekarang” sekiranya anda belum mempunyai akaun.
Pengeluaran ASB Secara Online Melalui myASNB & Had Pengeluaran
2. Untuk membuat pengeluaran duit ASB, klik “Pengeluaran”.
Pengeluaran ASB Secara Online Melalui myASNB & Had Pengeluaran
3. Pilih “Amanah Saham Bumiputera” untuk keluarkan duit ASB.
Pengeluaran ASB Secara Online Melalui myASNB & Had Pengeluaran

4. Masukkan nilai/amaun yang anda ingin keluarkan dan klik, seterusnya.

Pengeluaran ASB Secara Online Melalui myASNB & Had Pengeluaran
5. Pilih sebab pengeluaran dan klik, Pasti.
Pengeluaran ASB Secara Online Melalui myASNB & Had Pengeluaran
6. Semak no akaun dan jumlah amaun yang ingin dikeluarkan, klik Pasti.
Pengeluaran ASB Secara Online Melalui myASNB & Had Pengeluaran
7. Sahkan dan semak sekali lagi no akaun bank dan jumlah amaun yang ingin dikeluarkan, klik Pasti.
Pengeluaran ASB Secara Online Melalui myASNB & Had Pengeluaran
8. Klik Benarkan.
Pengeluaran ASB Secara Online Melalui myASNB & Had Pengeluaran
9. Transaksi diluluskan. Klik OK.
Pengeluaran ASB Secara Online Melalui myASNB & Had Pengeluaran
10. Tempoh masa pengeluaran adalah 3-7 hari bekerja. Klik OK.
Pengeluaran ASB Secara Online Melalui myASNB & Had Pengeluaran
Pengeluaran selesai.

3. Pengeluaran Duit ASB Melalui Kaunter Fizikal

    Sekiranya anda lebih suka berurusan secara langsung atau ingin mengeluarkan jumlah melebihi had pengeluaran online, pengeluaran boleh dilakukan di kaunter ASNB, pejabat pos yang menjadi ejen, atau bank ejen ASNB.

    1. Pergi ke mana-mana kaunter ASNB, pejabat pos atau bank ejen ASNB.
    2. Isikan borang jualan balik unit ASB.
    3. Serahkan dokumen pengenalan diri yang sah seperti MyKad.
    4. Berikan maklumat akaun bank untuk pembayaran atau pilih untuk menerima wang secara tunai jika kaunter menyediakan perkhidmatan tunai.
    5. Tunggu proses pengeluaran selesai dan terima resit pengeluaran sebagai bukti.
    6. Pengeluaran di kaunter tidak mempunyai had maksimum jumlah dan sesuai untuk transaksi besar.

      Caj Pengeluaran

      Tiada sebarang caj dikenakan.

      Had Pengeluaran ASB (2026)

      A) BAGI PENGELUARAN ONLINE:

      Had minimum jualan balik ialah 100 unit manakala had maksimum jualan balik yang ditetapkan adalah sebanyak 5,000 unit dalam setiap satu (1) bulan kalendar bagi kesemua unit amanah ASNB.

      Contoh: Urus niaga jualan balik dalam talian terkumpul pada bulan Ogos:

      TarikhUnit AmanahJumlah Jualan Balik (unit)Baki Jualan Balik yang dibenarkan bulan OgosStatus urus niaga
      11/8ASB3,5001,500Berjaya
      15/8ASB 3 Didik1,5000Berjaya
      20/8ASN5000Tidak Berjaya

      Urus niaga pada 20/8 tidak berjaya kerana pemegang unit telah mencapai had maksimum 5,000.00 unit bagi bulan Ogos.

      Cara Keluarkan Duit ASB

      B) BAGI PENGELUARAN SECARA MANUAL (DI KAUNTER):

      Tiada had jualan balik sekiranya urus niaga tersebut dilaksanakan di kaunter cawangan atau ejen ASNB (bank).

      Proses pengeluaran di kaunter biasanya memerlukan pemegang akaun membawa dokumen pengenalan diri seperti Kad Pengenalan dan buku ASB (jika ada) untuk tujuan pengesahan.

      Pengeluaran boleh dilakukan terus di kaunter ASNB, pejabat pos atau ejen yang berdaftar dengan ASNB yang menyediakan perkhidmatan jualan balik unit amanah.

      Setelah pengeluaran diproses di kaunter, wang akan diserahkan secara tunai kepada pemegang akaun atau dipindahkan ke akaun bank jika permohonan dibuat dengan maklumat akaun bank yang sah.

      Apa Perlu Dilakukan Jika Duit ASB Tidak Masuk?

       1. Semak Status Transaksi di myASNB

      • Log masuk ke akaun myASNB melalui portal atau aplikasi.
      • Semak status transaksi pengeluaran di bahagian “Transaksi” atau “Jualan Balik”.
      • Jika status tertera Berjaya, ia bermakna duit sedang diproses untuk dikreditkan.
      • Jika status Tidak Berjaya atau Dikembalikan, duit akan dipulangkan ke dalam akaun ASB dan anda boleh cuba buat pengeluaran semula selepas membetulkan maklumat.

      2. Semak dan Kemas Kini Maklumat Akaun Bank

      • Pastikan nombor akaun, nama akaun bank dan nama pemilik akaun yang didaftarkan di myASNB adalah tepat dan aktif.
      • Kemas kini maklumat di portal myASNB atau kunjungi cawangan ASNB terdekat jika perlu bantuan.
      • Elakkan menggunakan akaun baru yang dibuka kurang dari 24 jam kerana sesetengah bank memerlukan masa untuk aktif sepenuhnya.

      3. Hubungi Khidmat Pelanggan ASNB

      • Jika status transaksi di myASNB sudah bertukar kepada “Berjaya”, tetapi wang masih belum masuk ke akaun bank anda selepas 7 hari bekerja, segera hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB untuk semakan lanjut:
        • Talan Hotline: 03-7730 8899
        • WhatsApp: 6019-2235747
        • Emel Rasmi: [email protected]
        • Waktu Operasi:Isnin – Ahad (8:00 pagi – 8:00 malam)(Kecuali cuti umum kebangsaan & cuti umum Wilayah Persekutuan)
      • Sediakan maklumat lengkap seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, tarikh transaksi dan bukti transaksi jika ada.

      4. Semak Dengan Bank Anda

      • Pastikan akaun bank tidak mempunyai sekatan untuk menerima kredit dari pihak ketiga.
      • Hubungi bank anda untuk memastikan tiada masalah dengan akaun atau transaksi masuk.

      NOTA:

      • Pengeluaran yang dibuat sebelum jam 5 petang pada hari bekerja biasanya akan masuk ke akaun bank esoknya (hari bekerja berikutnya).
      • Jika pengeluaran dibuat selepas jam 5 petang, hujung minggu atau cuti umum, pengkreditan akan dilakukan pada hari bekerja berikutnya.
      • Jika berlaku masalah, wang akan dipulangkan ke akaun ASB dalam tempoh maksimum 10 hari bekerja.

      Kelebihan Pengeluaran Duit ASB Secara Online

      Aplikasi myASNB

      Pengeluaran duit ASB secara online melalui platform myASNB (portal dan aplikasi mudah alih) memberikan banyak kemudahan dan manfaat kepada pelabur, antaranya:

      1. Mudah dan Cepat

      Proses pengeluaran boleh dilakukan dalam beberapa minit sahaja tanpa perlu beratur di kaunter atau pejabat fizikal ASNB. Pelabur hanya perlu log masuk ke akaun myASNB dan buat pengeluaran bila-bila masa sahaja.

      2. Fleksibiliti

      Pengeluaran boleh dibuat pada bila-bila masa dan di mana sahaja asalkan ada sambungan internet. Sesuai untuk golongan yang sibuk atau sukar untuk ke kaunter fizikal.

      3. Tiada Caj

      Pengeluaran ASB secara online adalah percuma, tanpa sebarang caj atau yuran tambahan yang dikenakan. Ini menjimatkan kos transaksi pelabur.

      4. Had Pengeluaran Terkawal

      Had pengeluaran maksimum RM2,000 sebulan bagi transaksi online membolehkan pelabur merancang dan mengawasi pengeluaran mereka dengan lebih berhemah tanpa membahayakan pelaburan jangka panjang.

      5. Wang Dipindahkan Terus ke Akaun Bank

      Dana hasil jualan balik unit ASB akan dipindahkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dengan ASNB dalam tempoh 1 hingga 7 hari bekerja (biasanya satu hari bekerja jika tiada isu). Ini memudahkan akses dana dengan cepat.

      6. Keselamatan Terjamin

      Transaksi yang dibuat melalui myASNB menggunakan sistem kod TAC (Transaction Authorization Code) yang dihantar melalui SMS ke telefon bimbit pemegang unit, memberikan lapisan keselamatan tambahan untuk mengelakkan transaksi tidak sah.

      7. Pengurusan Pelaburan Lebih Mudah

      Platform myASNB juga membolehkan pemantauan baki unit dan dividen secara langsung, memberikan kawalan penuh kepada pelabur untuk merancang pengeluaran dan pelaburan semula.

      BACA JUGA: Lupa Kata Laluan ASB & Cara Aktifkan Semula Akaun

      Maklumat Lanjut

      Untuk maklumat lanjut dan info terkini, sila layari portal rasmi ASNB di pautan: https://www.asnb.com.my/V2/asnbv2_0index.php

      Waktu Operasi

      • Isnin – Ahad : 8.00 pagi – 8.00 malam
      • (kecuali pada cuti umum kebangsaan dan cuti umum Wilayah Persekutuan)

      Jangan lupa muat turun aplikasi myASNB yang terkini untuk pelbagai pembaharuan yang disediakan.

      Soalan Lazim – Bila Duit ASB Masuk Akaun Bank?

      Berapa hari duit ASB masuk ke akaun selepas pengeluaran?

      Tempoh kemasukan wang bergantung kepada kaedah pengeluaran. Melalui aplikasi myASNB, wang biasanya dikreditkan dalam tempoh 1 hari bekerja sekiranya tiada isu. Ia juga boleh mengambil masa 3-7 hari.

      Adakah pengeluaran pada hujung minggu atau cuti umum diproses segera?

      Tidak. Semua transaksi hanya diproses pada hari bekerja. Jika pengeluaran dibuat pada hujung minggu atau cuti umum, wang akan dikreditkan pada hari bekerja berikutnya.

      Mengapa duit ASB saya masih belum masuk selepas 3 hari?

      Kelewatan boleh berlaku disebabkan maklumat akaun bank tidak tepat, masalah teknikal sistem bank, atau jumlah pengeluaran yang besar. Pelabur dinasihatkan menyemak status transaksi di aplikasi myASNB atau menghubungi ASNB Careline.

      Bolehkah pengeluaran ASB dibuat secara tunai di kaunter?

      Ya, tetapi kebanyakan bank ejen akan mengkreditkan wang terus ke akaun bank berdaftar. Pengeluaran tunai adalah terhad dan tertakluk kepada polisi bank berkenaan.

      Dividen ASB dikreditkan terus ke akaun bank atau tidak?

      Tidak. Dividen ASB dikreditkan ke dalam akaun pelaburan ASB, bukan ke akaun bank. Jika ingin menggunakan wang tersebut, pelabur perlu membuat pengeluaran sama ada melalui kaunter atau myASNB.

      Apa yang dimaksudkan dengan hari bekerja?

      Hari bekerja adalah hari Isnin hingga Jumaat, tidak termasuk cuti cuti umum dan hujung minggu.

      Apa akan berlaku jika pengkreditan wang gagal?

      Jika pengkreditan wang tidak berjaya, unit ASB yang ditebus akan dikembalikan ke akaun pelabur dalam tempoh 10 hari bekerja selepas permohonan pengeluaran dibuat.

      Bagaimana cara semak status transaksi pengeluaran duit ASB?

      Log masuk ke akaun myASNB melalui portal rasmi atau aplikasi, kemudian semak di menu Transaksi atau bahagian Jualan Balik untuk status terkini.

      Adakah pengeluaran duit ASB melalui kaunter fizikal ikut tempoh yang sama?

      Pengeluaran secara kaunter biasanya diproses di tempat dan wang boleh diterima secara tunai atau dikreditkan ke akaun bank dalam tempoh serupa, bergantung pada pilihan pembayaran.

      Berapa bayaran buka akaun ASB?

      Pelaburan permulaan ialah serendah RM10 untuk semua tabung unit amanah ASNB.

      Bila boleh keluarkan duit asb loan?

      Perlu diingatkan duit pinjaman ASB itu tidak boleh dibawa keluar sehinggalah habis tempoh pembayaran yang ditetapkan, Jika 20 tahun, maka selepas 20 tahun barulah wang tersebut menjadi milik pelanggan.

      Adakah ASB tidak patuh syariah?

      Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah pelaburan yang telah difatwakan sebagai harus dan patuh syariah oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan majlis fatwa di semua 14 negeri di Malaysia.

      Penulis