Walid, drama terbaru Erma Fatimah bakal ditayangkan melalui penstriman VIU bermula 26 Februari 2026, menampilkan 12 episod. Anda boleh layari https://www.viu.com/ untuk menonton drama ini setelah mula ditayangkan.
Drama ini merupakan sekuel kepada drama popular Bidaah, dengan Faizal Hussein kembali melakonkan watak utama bersama Aqasha, Datuk A Tamimi Siregar serta pelakon Indonesia, Olla Ramlan.
Drama karya Erma Fatima ini diarahkan oleh Pali Yahya dan produksi Rumah Karya Citra.
Rujuk info penuh di bawah.
Sinopsis Drama Walid
Walid, bekas pemimpin sekte Jihad Ummah yang melarikan diri dari pihak berkuasa, bersembunyi di kawasan pergunungan untuk membina semula pengaruhnya.
Beliau bersekutu dengan Habiburrahman, pendakwah Indonesia yang kelihatan soleh tetapi menyimpan cita-cita setajam Walid, yang akhirnya mencetuskan persaingan halus untuk mendominasi kumpulan tersebut.
Sementara itu, bekas isteri Walid, Ummi Hafizah, cuba memulihkan Jihad Ummah ke jalan yang benar, namun dia mula tergoda dengan kuasa palsu yang pernah merosakkan Walid.
Ustaz Fateh, mentor lama Walid, muncul semula dari Kaherah untuk menyelamatkannya sebelum terlambat, membawa konfrontasi mendalam tentang ego, taubat, dan penebusan.
Drama ini meneroka garis nipis antara ketaatan dan penipuan, ego serta pencarian taubat dan penebusan. Ia menampilkan 12 episod penuh ketegangan, dengan elemen thriller religius yang provokatif.

Senarai Pelakon
Berikut ialah barisan pelakon yang menerajui drama Walid:
| Pelakon | Watak |
|---|---|
| Faizal Hussein | Walid​ |
| Aqasha | Habiburrahman​ |
| Olla Ramlan | Raras Kartika |
| Datuk A. Tamimi Siregar | Ustaz Fateh |
| Marisa Yasmin | Ummi Hafizah ​ |
| Vanidah Imran | Ummi Rabiatul |
| Hasnul Rahmat | Abi Saifullah |
| Ranea Ezreen | Dewi ​ |
| Riena Diana | Baiduri |
| Fazlina Ahmad Daud | Kalsum​ |
| Fatiya Latiff | Masyitah ​ |
| Malia Baby | Habibah​ |
| Putra Amaris | Anton |
Waktu Tayangan
Bagi anda yang berminat untuk menonton drama bertajuk Walid ini, anda boleh menontonya di platform penstriman Viu bermula 26 Februari 2026 (Khamis), sempena Bulan Ramadan.
Drama yang diterbitkan oleh Erma Fatimah ini akan ditayangkan sebanyak 12 episod sahaja.
Lagu Tema OST
Lagu tema atau OST bagi drama Walid adalah lagu bertajuk “Walid” yang dinyanyikan oleh Fadzli Far East.
Lirik lagu tema Drama Walid (Viu)
Biarpun suaramu tak semerdu biduan
Syahadah yang kau bisikkan
Meresap dalam diri bersendi bernadi
Menanam ketauhidan
Bangkit dari runtuhan
Ku daki puncak impian
Menggalas cinta dan pengorbanan
Itu yang walid amanahkan
Pertama kali kau sentuh
Tubuhku yang kecil dengan kasihmu
Dan lenyap segala kerisauan
Dan cemas di jiwa seorang kekasih
Melayan rajukku
Hingga terlena mesra manja
Dan betapaku rindukan detik indah itu
Namun semuanya hanyalah seketika
Di saat ku mencoret luahan kudus ini
Ku usai menjahit luka
Kerana keazaman yang tersemat teguh
Di dinding sanubari
Ku cari penyelesaian
Ku tidak menyimpan dendam
Oh pengalaman mendewasakan
Senyuman meringankan kepiluan di hati ku ini
Pertama kali kau sentuh
Tubuhku yang kecil dengan kasihmu
Dan lenyap segala kerisauan
Dan cemas di jiwa seorang kekasih
Melayan rajukku
Hingga terlena mesra manja
Dan betapaku rindukan detik indah itu
Namun semuanya hanyalah seketika
Andainya engkau tak mampu
Membahagiakan insan yang lain
Kau berusahalah tak memberi
Kedukaan di dalam kehidupannya
Itulah pesanan kali terakhir
Seorang walid di hujung perjalanannya
Yang singkat tinggalkan rindu
Dan sejambak kenangan
Trailer Drama Walid
BACA JUGA: Bidaah : Sinopsis, Senarai Pelakon & Tarikh Ditayangkan




