Doa Untuk Palestin: Lafaz Doa dan Maksudnya

Sebagai kaum Muslim, jangan lupa kita sentiasa doa untuk rakyat Palestin yang sedang dizalimi oleh pengganas Zionis.

Krisis di Palestin bukan hanya isu orang Islam, sebaliknya merupakan isu kemanusiaan sejagat apabila kanak-kanak dan wanita yang tidak bersalah untuk menjadi mangsa serangan dan penngeboman.

Malah, tindakan rejim Zionis hospital-hospital turut dikritikan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Alasan mereka ianya menjadi tempat persembunyian Hamas adalah dakwaan semata-mata malah terrdapat media Barat yang membuat naratif seoleh-oleh Hamas sendiri yang menyerang hospital-hospital di Gaza.

Walaupun kita mungkin tidak mampu ke sana menjadi Mujahidin, sekurang-kurangnya lakukan apa sahaja termampu dengan daya upaya kita antaranya memberikan sumbangan bantuan derma dan sentiasa mendoakan kesejateraan mereka tiap-tiap hari.

Amalan untuk mendoakan mereka ini selari dengan saranan Nabi Muhammad SWT:

( Hadis Riwayat Muslim)

Contoh Lafaz & Bacaan Doa Untuk Palestin

Doa untuk Palestin ini boleh dibaca setiap kali selepas solat atau dalam apa juga majlis keramaian.

doa untuk palestin

Maksudnya:

Ya Allah selamatkanlah saudara-sauudara kami di Gaza
Ya Allah selamatkanlah saudara-saudara kami di Palestin
Ya Allah selamatkanlah orang-orang yang lemah dari kalangan orang-orang beriman
Ya Allah keraskanlah siksaan-Mu ke atas golongan Zionis yang melampaui batas dan timpakanlah kepada mereka musim kemarau sebagaimana terjadi di zaman Yusof

“Ya Allah, peliharalah saudara-saudara kami di Palestin dari segala bentuk kezaliman. Kurniakanlah mereka kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Lindungilah mereka dengan rahmat-Mu yang melimpah-ruah.”

Berikanlah hidayah kepada para pemimpin, tetapkanlah hati mereka dan kuatkanlah kesabaran keluarga para pejuang di sana. Jadikanlah pengorbanan mereka sebagai syuhada’.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Agung.
Tunjukkanlah kemukjizatan qudrahmu, gantikanlah perjuangan mereka, nyawa dan darah mereka dengan kemenangan di akhirat dan syurgaMu.

Ampunkanlah kami hamba mu yang serba lemah ini.
Kami memohon kepadaMu Ya Allah…
Kabulkanlah doa kami dan harapan orang-orang Palestin.

> Dapatkan mafla solidariti bersama Palestin – lebih 5 ribu terjual!

Mari sama-sama kita membaca doa Qunut Nazilah dan menunaikan Solat Sunat Hajat untuk saudara-saudara Islam di bumi Gaza, Palestin.

Qunut Nazilah

Selain doa untuk Palestin di atas, kita juga boleh membaca doa Qunut Nazilah buat saudara mara kita di Palestin.

Qunut Nazilah ialah doa khas dalam semua solat ketika umat Islam ditimpa sebarang bencana seperti serangan musuh, penularan wabak penyakit, kemarau dan sebagainya.

Qunut Nazilah adalah sunnah Nabi SAW yang perlu dilaksana untuk mendapat bantuan daripada Allah atas bencana yang melanda.

Nabi SAW pernah mendoakan kemusnahan kepada tiga kabilah Arab iaitu Ri’lan, Dhakwan dan ‘Usayyah yang menipu baginda SAW sehingga menyebabkan 70 sahabat Ansar mati dibunuh. (Sahih al-Bukhari, 3781).

Baginda SAW turut melakukan Qunut Nazilah bagi mendoakan kesejahteraan beberapa sahabat Nabi yang ditawan di Mekah.

Ada 3 cara membaca doa tersebut, iaitu kita boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

  1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
  2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja
  3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah
doa untuk palestin

BACAAN QUNUT NAZILAH (RUMI)
ALLâhumma ‘Innâ Naj-‘Aluka Fi Nuĥuri ‘A‘-Dâ ‘Innâ‚
Wa Na-‘Użu-Bika Min Syuru-Rihim,
ALLâhumma Baddid Syam-Lahum
Wa Farriq Jam-‘Ahum‚
Wa Syattit Kalimata-Hum,
Wa Zal-Zil ‘Aqdâ-Mahum,
Wa Salliţ ‘Alayhim Kalbân Min Kilâbik‚
Yâ Qahhâr‚ Ya Jabbâr‚ Yâ Muntaqimu
Yâ ALLâhu‚ Yâ ALLâhu‚ Yâ ALLâh‚
ALLâhumma Yâ Mun-Zilal-Kitâb‚
Yâ Mujriyas-Saĥâb‚
Yâ Hazimal Aĥzâb
Ihzim-Hum. Wan-Şurnâ ‘Alayhim

Bacaan Qunut Nazilah diharuskan dibaca ketika umat Islam ditimpa musibah besar yang boleh memudaratkan agama suci itu dan Muslim secara keseluruhan sama ada diperangi secara nyata atau dikhianati musuh.

Musibah dimaksudkan menurut Imam al-Nawawi adalah yang menimpa ke atas orang Islam seperti ketakutan, kebuluran, wabak, (serangan) belalang dan lain-lain.

Ibn Hajar al-Haitami pula menjelaskan sama ada nazilah tersebut bersifat umum atau khusus yang melibatkan masyarakat umum yang mana kemudaratannya akan melibatkan umat Islam seperti wabak dan juga taun serta hujan lebat yang memudaratkan.

Artikel berkaitan: Qunut Nazilah : Panduan & Doa

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!