Doa berbuka puasa ialah doa yang dibaca apabila masuk waktu Maghrib selepas seharian berpuasa. Ia dibaca sejurus sebelum atau ketika menjamah makanan pertama.
Walaupun tidak wajib, membaca doa berbuka puasa adalah amalan sunat yang sangat digalakkan kerana ia tanda kesyukuran kepada Allah atas nikmat rezeki dan kekuatan berpuasa sepanjang hari. Tambahan pula, doa orang yang berpuasa adalah mustajab. Berikut dikongsikan doa berbuka puasa dan doa-doa yang boleh dibacakan menjelang waktu berbuka puasa.
Di bawah ini kami kongsikan bacaan lengkap dalam tulisan Arab, rumi dan maksud Bahasa Melayu untuk memudahkan anda mengamalkannya.

Ringkasan Pantas
- Hukum membaca doa: Sunat
- Waktu membaca: Selepas masuk waktu Maghrib
- Bahasa: Boleh Arab atau Bahasa Melayu
- Waktu mustajab doa: Ketika hampir berbuka
- Amalan sunnah: Menyegerakan berbuka dengan kurma atau air
Apa Itu Doa Berbuka Puasa
Doa berbuka puasa ialah bacaan khusus yang diamalkan ketika berbuka untuk memohon keberkatan dan kebaikan daripada Allah. Amalan ini disunatkan dan memberi pahala tambahan kepada orang yang berpuasa.
Dalam hadis, Rasulullah SAW mengajar beberapa lafaz doa yang boleh dibaca ketika berbuka. Antara yang paling masyhur dan ringkas adalah seperti berikut.
1. Doa Berbuka Puasa Sendirian
Doa yang masyhur dalam masyarakat kita apabila hendak berbuka adalah, daripada Muaz bin Zuhrah, telah sampai kepadanya bahawa Nabi SAW bersabda apabila hendak berbuka.
Berikut ialah teks Arab doa berbuka puasa yang sering diamalkan di Malaysia ketika berbuka sendirian :
TEKS ARAB :
اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
RUMI :
Allahumma laka shumtu wa ‘ala rizqika afthartu birahmatika yaa ar hamar rohimiin.
MAKSUD :
“Ya Allah Ya Tuhan kami kerana Engkau aku berpuasa dan dengan rezeki Engkau aku berbuka”.

*[Riwayat Abu Daud (2358)] [Imam al-Nawawi di dalam al-Azkar menghukum hadith ini sebagai mursal iaitu sanadnya terputus iaitu nama sahabat gugur di dalam sanad hadith ini]
Mufti Wilayah Persekutuan, dalam kesimpulannya, menukilkan bahawa kita dituntut untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan sekalipun dan berpandangan bahawa setiap orang boleh dibolehkan berdoa dengan apa jua doa selagi mana maksud atau makna doa itu tidak bertentangan dengan al-Quran dan hadith Nabi SAW tanpa menyandarkannya kepada Rasulullah SAW.
2. Bacaan Doa Berbuka Puasa Beramai-ramai
Berikut ialah teks Arab doa berbuka puasa yang sering diamalkan di Malaysia ketika berbuka beramai-ramai:
TEKS ARAB :
اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا وَبِكَ آمَناَّ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْناَ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
RUMI :
Allahumma laka shumna, wabika aamanna wa ‘ala rizqika afthorna birahmatika yaa ar hamar rohimiin.
MAKSUD :
“Ya Allah kerana-Mu kami berpuasa, Dengan-Mu kami beriman, kepada-Mu kami berserah dan dengan rezeki-Mu kami berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”

3. Doa Berbuka Puasa Berdasarkan Hadith (JAKIM)
Terdapat satu hadith di dalam Sunan Abi Daud:
Daripada Ibn Umar RA berkata, bahawa Nabi SAW apabila hendak berbuka, Baginda SAW membaca (doa) :
TEKS ARAB :
ﺫَﻫَﺐَ ﺍﻟﻈّـَﻤَﺄُ ﻭَﺍﺑْﺘَﻠّـَﺖِ ﺍﻟْﻌُﺮُﻭﻕُ، ﻭَﺛَﺒَﺖَ ﺍﻟْﺄَﺟْﺮُ ﺇِﻥْ ﺷَﺎﺀَ ﺍﻟﻠَّﻪُ
TEKS RUMI :
Zahabaz zoma’u wabtallatil ‘uruqu wa tsabatal ajru insya-Allah.
MAKSUD :
“Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala insyaAllah”.
[Riwayat Abu Daud (2357)][Syeikh al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini adalah hasan]
PENJELASAN DOA
Menurut Imam al-Nawawi di dalam al-Azkar, makna “الظَّمَأُ” di dalam hadith di atas adalah dahaga. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ لَا يُصِيبُهُمْ ظَمَأٌ
Maksudnya: “Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga”. [Lihat: al-Taubah:120]

Baca juga:
- JAKIM: Panduan Solat Tarawih Berjemaah & Bersendirian
- Lafaz Niat Puasa Ramadan Harian / Sebulan (JAKIM)
Bila Waktu Membaca Doa Berbuka Puasa?
Doa ini dibaca:
- Selepas masuk waktu Maghrib
- Ketika hendak menjamah makanan atau minuman pertama
- Mengikut waktu berbuka puasa di negeri masing-masing
Pastikan anda merujuk jadual waktu berbuka puasa bagi negeri seperti Selangor, Johor, Kedah, Sabah, Sarawak dan negeri lain di Malaysia supaya tidak berbuka sebelum waktunya.
Adab Ketika Berbuka Puasa
Berikut beberapa adab yang dianjurkan:
- Menyegerakan berbuka apabila masuk waktu
- Berbuka dengan kurma atau air terlebih dahulu
- Tidak berlebihan ketika makan
- Berdoa dengan penuh rasa syukur
Waktu berbuka adalah antara waktu mustajab doa, jadi digalakkan untuk berdoa apa sahaja hajat yang baik selepas membaca doa berbuka.

Kelebihan Membaca Doa Ketika Berbuka
Antara kelebihannya:
- Mengingatkan diri bahawa puasa dilakukan kerana Allah
- Tanda syukur atas nikmat Allah
- Menghidupkan sunnah Rasulullah SAW
- Waktu mustajab untuk berdoa
30+ Contoh Doa Yang Boleh Dibaca Ketika Hampir Waktu Berbuka (Waktu Mustajab)
5 – 10 minit sebelum waktu berbuka tu, jom tadah tangan berdoa! Kenapa? Kerana ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, yaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur
Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.

Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras
Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap untuk berbuka menjelang azan maghrib kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca “Allahuma lakasumtu… atau dzahaba zhoma’u sedangkan pada waktu itulah waktu mustajab untuk kita memohon apa yang kita mahukan daripada Sang Pencipta.
Nabi SAW :
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR Ibnu Majah)
Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT.
Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa.






























Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja….. boleh diubah mengikut hajat masing.
Lain-lain cadangan doa ketika berbuka puasa
- Bertambah iman
- Sihat tubuh badan
- Kematian yang baik.
- Murah rezeki.
- Anak soleh.
- Keluarga bahagia.
- Rahmat Allah.
- Jauh azab kubur.
- Lapang dada.
- Kekalkan iman.
- Ampunkan dosa.
- Anak-anak
- Berjaya dalam pelajaran / kerjaya.
- Perniagaan / pekerjaan / rezeki yang diberkati.
- Jauhi segala penyakit.
- Ibadat diterima.
- Mudah segala urusan.
- Diterima taubat.
- Lapangkan kubur.
- Mudah bayar hutang.
- Lailatulqadar.
- Syafaat Nabi SAW.
- Syurga Firdaus.
- Jauhi neraka.
- Terima kitab tangan kanan.
- Selamat meniti Sirat.
- Selamat fitnah Dajal.
- Ketenangan hati.
- Doa ibubapa.
- Keluarga yg dirikan solat.
- Diterima puasa Ramadhan
Semoga memberi manfaat buat semua.
Sumber: JAKIM Sabah / Dewan Muslimat PAS Malaysia
Soalan Lazim / FAQ
Tidak wajib. Ia sunat dan sangat digalakkan.
Boleh, terutama jika belum hafal dalam bahasa Arab. Tetapi bacaan dalam solat perlu dibaca dalam Bahasa Arab.
Doa dibaca ketika hendak berbuka, sama ada sebelum suapan pertama atau ketika menjamah makanan pertama.
Boleh. Tiada lafaz khusus yang wajib. Anda boleh berdoa dalam Bahasa Melayu atau apa sahaja bahasa yang difahami, kerana waktu berbuka ialah antara waktu mustajab doa.
Tidak ada ketetapan khusus. Boleh dibaca secara perlahan atau kuat supaya ahli keluarga boleh ikut bersama-sama.
Tidak. Doa berbuka puasa ialah amalan sunat, bukan syarat sah puasa. Puasa tetap sah walaupun tidak membaca doa.
Selepas membaca doa berbuka secara spesifik, digalakkan berdoa apa sahaja hajat yang baik untuk diri, keluarga dan umat Islam kerana waktu berbuka termasuk dalam waktu yang dimakbulkan doa.




