JAKIM: Panduan Solat Tarawih Berjemaah & Bersendirian

panduan solat tarawih
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Sembahyang Sunat Tarawih adalah solat sunat yang hanya boleh dilakukan dalam bulan Ramadan, iaitu selepas solat Isyak. Ia boleh dilakukan berjemaah di masjid atau sendirian di rumah, mengikut sunnah Nabi ﷺ. Anda boleh muat turun panduan lengkap Solat Tarawih terbitan JAKIM di pautan rasmi https://www.islam.gov.my/

Menjelang bulan Ramadhan ini, eloklah kita mengetahui dan mengulangi kembali cara solat Tarawih sama ada secara sendirian atau berjemaah supaya kita sama-sama dapat menghidupkan malam-malam bulan yang mulia ini.

Ringkasan Pantas

  • Hukum: Sunat muakkad, mendapat pahala besar.
  • Bilangan rakaat: 8, 10 atau 20 rakaat, ikut kemampuan & negeri.
  • Waktu: Selepas solat Isyak / solat sunat ba’diah Isyak
  • Cara mudah: Niat solat tarawih, kemudian solat dilakukan seperti solat sunat biasa (2 rakaat 1 salam). Bacaan Al-Fatihah + surah pendek, rukuk & sujud biasa.
  • Bacaan selawat selepas setiap 2 rakaat :  Setiap kali selepas salam, imam biasanya akan membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. dan kemudian disambut oleh para jemaah. Bacaan ini hukumnya harus. Jika tidak mampu mengingat bacaan selawat yang biasanya dibaca oleh imam di masjid, sudah memadai dengan membaca “Allahumma Sholli ‘ala Muhammad”. Itu adalah yang paling mudah. Dan jika tidak membacanya pun tidak mengapa. Solat tarawihnya tetap sah dan sempurna.
  • Solat witir : Solat sunat witir dilakukan 3 rakaat selepas selesai Tarawih.

Berikut dikongsikan cara solat tarawih lengkap yang dirujuk melalui JAKIM.

Hukum & Kelebihan Solat Sunat Tarawih

Hukum solat sunat terawih adalah sunat Muakkad, iaitu yang sangat dituntut (dikerjakan) oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan.

Solat sunat terawih boleh dikerjakan sama ada secara berseorangan mahupun berjemaah di masjid, surau, atau di rumah.

Hukum solat tarawih bersendirian pula adalah seperti berikut:

solat tarawih bersendirian

Ada banyak kelebihan solat sunat terawih dan antaranya disebutkan dalam hadis Nabi SAW :

“Barang siapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu”. – HR Muslim

Waktu Solat Sunat Tarawih

Ditunaikan selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak dan sunat ba’diah (selepas isyak) dua rakaat.

Berapa Bilangan Rakaat Tarawih?

Sembahyang sunat Tarawih ditunaikan seperti solat sunat biasa, iaitu dua rakaat satu salam, kemudiannya diulangi lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

Di Malaysia, umumnya kita melihat ada surau dan masjid yang mendirikan sembahyang sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 atau 10 rakaat sahaja.

Ini bukanlah satu masalah kerana pada zaman Rasulullah SAW sembahyang Tarawih biasanya dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan keberatan. Walau bagaimanapun terdapat juga hadis yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah mengerjakan solat terawih sebanyak 10 dan 20 rakaat. Setiap pendapat ini ada dalilnya.

Jadi, tak perlu gaduh-gaduh dan buatlah ikut kemampuan kita.

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Sembilan

Cara Solat Terawih

Berikut adalah cara solat sunat tarawih yang boleh dilakukan sama ada secara sendirian atau berjemaah.

1. Lafaz Niat Solat Terawih

Lafaz niat sembahyang sunat Tarawih adalah seperti berikut :

اُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ إِمَامًا ِللهِ تَعَالَى

Sahaja aku sembahyang sunat Tarawih dua rakaat
*(menjadi makmum / imam) kerana Allah Taala.

niat solat tarawih
Sumber: myJAKIM

2. Menyempurnakan Rukun Solat Yang Lain

Rukun sembahyang sunat Tarawih ini samalah dengan rukun
sembahyang yang lain juga.

Ini bermaksud, selepas lafaz niat dan takbiratul ihram, kita perlu membaca al-Fatihah, surah pilihan, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, dan kemudian meneruskan rakaat kedua sehinggalah bacaan tahiyat akhir dan diakhiri dengan salam.

Jumlah rakaat boleh dilakukan sama ada 8 rakaat (4 salam) atau 20 rakaat (10 salam).

3. Bacaan Surah

Secara ringkasnya, sebenarnya kita boleh membaca apa-apa surah yang dihafal.

Namun pada malam 1 hingga 15 Ramadhan boleh juga dibacakan surah-surah yang tertentu pada rakaat pertama mengikut susunan seperti:

  • Surah Al-Takathur
  • Surah Al-Asr
  • Surah Al-Humazah
  • Surah Al-Fil
  • Surah Quraisy
  • Surah Al-Ma’un
  • Surah Al-Kautsar
  • Surah Al-Kafi run
  • Surah An-Nasr
  • Surah Al-Masad

Pada tiap-tiap rakaat yang kedua pula dibaca surah al-Ikhlas.

Dari malam 16 hingga akhir Ramadhan,

  • Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr.
  • Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam-malam 1 hingga 15 Ramadhan iaitu bermula dari surah al-Takathur hingga kepada surah al-Masad.

*Penentuan sesuatu surah seperti yang disebutkan itu hanyalah untuk memudahkan kita mengingati bilangan rakyat sahaja dan kerana itu seseorang boleh membaca mana-mana surah atau ayat yang diingatnya.

Begitu juga tentang peraturan berselawat antara rakaat-rakaat sembahyang Tarawih seperti yang dikongsikan di bawah ini.

4. Panduan Selawat & Wirid Antara Solat

Acara selawat dan bacaan tertentu ketika memulakan atau di antara solat terawih tidaklah dimestikan jika kita tidak menghafalnya.

Namun, tidak salah juga jika kita ingin mengamalkannya kerana tujuannya adalah untuk menambahkan lagi ibadat pada bulan yang mulia ini.

Sebagai panduan, berikut adalah bacaannya:

This image has an empty alt attribute; its file name is cara-solat-sunat-terawih.png

Cara Solat Sunat Witir

Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia
menunaikan sembahyang sunat Witir selepas sembahyang
sunat Tarawih sebanyak 3 rakaat.

Sunat Witir ini ditunaikan sepertimana solat sunat lain, namun dengan bilangan rakaat ganjil.

Secara ringkasnya, berikut adalah cara solat witir 3 rakaat yang mudah:

  1. Dilakukan 3 rakaat dengan dua salam. (2 rakaat + 1 rakaat)
  2. Lafaz niat sembahyang sunat Witir: Sahaja aku sembahyang sunat Witir 1 rakaat / 2 rakaat (makmum / mengikut imam) kerana Allah Taala.
  3. Solat seperti biasa dan diakhiri dengan salam.
  4. Pada malam ke-16 hingga akhir bulan Ramadhan disunatkan membaca qunut pada rakaat yang akhir. Lafaznya sama dengan lafaz qunut sembahyang Subuh.
  5. Boleh dibacakan apa-apa surah selepas surah al-Fatihah, namun afdalnya boleh dibaca surah berikut:
  • Rakaat pertama – surah Al-A’la
  • Rakaat kedua – surah Al-Kafirunn
  • Rakaat ketiga – surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas

Baca juga : Lafaz Niat Puasa Ramadhan Harian / Sebulan (JAKIM)

Download Panduan Solat Tarawih JAKIM

Untuk memudahkan anda membuat rujukan, anda boleh merujuk panduan solat terawih oleh JAKIM di pautan berikut:

http://www.islam.gov.my/

Semoga dengan panduan ini kita dapat menambah amal dan memantapkan lagi penghayatan kita terhadap bulan Ramadhan agar ia memberi manfaat dan faedah yang besar untuk kita semua.

Soalan Lazim (FAQ) Solat Tarawih

Bolehkah Tarawih dilakukan di rumah?

Ya, boleh dilakukan secara sendirian di rumah serta tetap mendapat pahala.

Selepas Isyak, bila masa sesuai solat Tarawih?

Selepas selesai solat Isyak dan sunat ba’diah.

Berapa rakaat Tarawih yang digalakkan?

Kebiasaannya ia dilakukan sebanyak 8, 10 atau 20 rakaat, ikut kemampuan.

Surah apa yang sesuai dibaca dalam Tarawih?

Mana-mana surah boleh dibaca, termasuklah surah pendek seperti Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas seperti mana dalam solat harian.

Adakah wajib baca selawat antara solat tarawih?

Hukum berselawat antara solat tarawih adalah harus. Tiada nas dalil yang mewajibkan umat Islam berselawat atau berdoa antara solat tarawih.

Kalau tak hafal bacaan seperti imam tarawih, bolehkah teruskan solat lagi 2 rakaat seperti biasa?

Jika tidak mampu mengingat bacaan selawat yang panjang sepertimana yang lazimnya dibaca oleh imam di masjid, sudah memadai cukup dengan membaca “Allahumma Sholli ‘ala Muhammad”. Itu adalah yang paling mudah. Dan jika tidak membacanya pun tidak mengapa. Solat tarawihnya tetap sah dan sempurna.

Ruang antara satu solat tarawih dengan solat tarawih seterusnya boleh diisi dengan pelbagai amalan yang dibenarkan syarak seperti berdoa, berzikir, membaca al-Quran, selawat, tazkirah atau tidak membacanya langsung pun tidak mengapa.

Apakah yang dibaca selepas setiap kali selesai 2 rakaat solat?

Setiap kali selepas salam, imam biasanya akan membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. dan kemudian disambut oleh para jemaah.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut