Niat puasa Ramadan merupakan perkara asas dan sangat penting dalam pelaksanaan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan. Ia menjadi penentu sah atau tidaknya puasa seseorang, justeru setiap umat Islam perlu memahami cara berniat dengan betul sama ada secara harian mahupun sebulan penuh. Bagi yang ingin menyemak jadual waktu berbuka dan imsak bagi negeri-negeri lain di Malaysia, ia boleh dilihat melalui pautan rasmi JAKIM.
Umat Islam di Malaysia dijangka akan mula berpuasa pada 19 Februari 2026 (Khamis), tertakluk kepada pengumuman rasmi pengisytiharan anak bulan Ramadan.
Artikel ini akan mengupas panduan lengkap berkaitan niat puasa berserta lafaz yang boleh dijadikan rujukan sepanjang Ramadan.
Maksud Puasa
Puasa secara bahasa bermaksud “menahan diri“.
Dari segi istilah syarak puasa bermaksud “menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari berserta niat“.
Lafaz Niat Puasa Ramadan Sebulan / Harian
Persoalannya, nak niat puasa setiap malam atau sebulan terus?
Berikut pandangan setiap mazhab akan hal ini.
MAZHAB SYAFI’IE
Wajib berniat puasa pada setiap malam Ramadhan kerana ia adalah ibadah yang bersendiri yang tak terikat antara satu sama lain.
MAZHAB MALIKI
Seseorang itu diharuskan niat puasa sebulan pada malam Ramadhan yang pertama dan tak wajib niat setiap malam.
PANDANGAN SEBAHAGIAN ULAMA MAZHAB SYAFI’IE
Boleh berpegang pada pendapat mazhab Maliki dalam hal ini sebagai langkah bejaga-jaga dan dalam masa yang sama tetap wajib berniat pada setiap malam Ramadhan.

1. Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadan
نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْضِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـّهِ تـَعَالىَ
- Bahasa rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala
- Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
2. Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan Ramadhan
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كُلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
- Rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
- Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala

Syarat-Syarat Niat Puasa Ramadan
Dalam berniat untuk berpuasa, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi agar ianya dinamakan dengan berniat. Kebanyakan kitab-kitab fiqh telah menggariskan beberapa panduan dalam berniat ketika berpuasa bagi memudahkan umat Islam memahaminya. Antara yang disebutkan ialah:
- Al-Jazm (الجزم): yang dimaksudkan di sini adalah benar-benar memastikan tanpa ragu-ragu.
- Al-Ta’yiin (التعيين): iaitu penentuan jenis puasa. Seseorang yang ingin berpuasa perlulah menentukan jenis puasanya sama ada ianya puasa Ramadhan, wajib (qadha’, kaffarah, nazar) ataupun sunat (Isnin-Khamis, hari Arafah, ‘Asyura dsb.). Tidak memadai dengan berniat secara mutlaq untuk berpuasa.
- Al-Tabyiit (التبييت): menetapkan niat pada malam hari. Waktunya adalah selepas tenggelamnya matahari sehinggalah terbitnya fajar sadiq (waktu bersahur juga masih dikira sebagai waktu untuk berniat). Ini adalah syarat di sisi al-Malikiyyah, al-Syafi’iyyah dan juga al-Hanabilah. Ini berdasarkan sebuah hadith Nabi ﷺ riwayat Hafsah R.Anha:
مَنْ لَمْ يُجْمِعِ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلاَ صِيَامَ لَهُ
Maksudnya: Barangsiapa yang tidak berniat (pada malam hari) sebelum terbit fajar, maka tiada puasa baginya (pada hari tersebut).
Riwayat Abu Daud (2454). Status Hadith: Sahih.


Kesimpulan
Berdasarkan dalil dan juga alasan yang diberikan dalam permasalahan ini, S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri cenderung kepada pendapat jumhur dan ianya juga adalah pendapat mazhab kita, mazhab al-Syafi’ie iaitu niat perlulah diperbaharui pada setiap malam untuk berpuasa.
Adapun pendapat yang mengatakan boleh berniat sekaligus untuk berpuasa selama sebulan di permulaan niat, maka tiada masalah untuk melakukannya sebagai langkah berjaga-jaga dan dalam masa yang sama hendaklah seseorang itu berniat juga pada setiap malam.
Sumber: IRSYAD AL-FATWA KHAS RAMADHAN #74
Kami juga telah menyediakan jadual waktu berbuka dan panduan solat tarawih berdasarkan sumber rasmi JAKIM.
Sila rujuk : WAKTU SOLAT BANDAR-BANDAR UTAMA DI MALAYSIA
Soalan Lazim – Niat Puasa Ramadan
Niat merupakan syarat sah puasa dan hukumnya adalah wajib. Tanpa niat, maka tidak sah puasa seseorang. Hal ini kerana puasa termasuk dalam ibadah khusus (ibadah mahdhah) yang tidak sah melainkan disertai dengan niat, sebagaimana ibadah solat.
Firman Allah SWT:
وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ
Maksudnya: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya.”
(Surah al-Bayyinah: 5)
Sabda Nabi ﷺ pula:
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat.”
(Riwayat al-Bukhari)
Dalam berniat puasa, terdapat beberapa syarat penting yang perlu dipenuhi:
1. Al-Jazm (الجزم)
Iaitu niat yang dibuat dengan penuh kepastian dan tanpa sebarang keraguan.
2. Al-Ta’yin (التعيين)
Menentukan jenis puasa sama ada puasa Ramadan, puasa wajib (qadha’, kaffarah, nazar) atau puasa sunat. Tidak memadai dengan niat secara umum tanpa menentukan jenis puasa.
3. Al-Tabyit (التبييت)
Menetapkan niat pada waktu malam, iaitu selepas terbenam matahari (Maghrib) sehingga sebelum terbit fajar (Subuh). Waktu sahur masih dikira sebagai waktu berniat.
Ini berdasarkan hadis Nabi SAW:
“Barangsiapa yang tidak berniat puasa sebelum terbit fajar, maka tiada puasa baginya.”
(Riwayat Abu Daud – Hadis Sahih)
Ya. Menurut Mazhab Syafi‘i, niat puasa Ramadan wajib dilakukan pada setiap malam. Ini kerana setiap hari puasa dianggap sebagai ibadah yang berdiri sendiri.
Namun begitu, digalakkan juga berniat sebulan penuh pada malam pertama Ramadan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya terlupa berniat pada malam-malam berikutnya.
Ulama berbeza pandangan dalam isu ini:
Pendapat pertama:
Dibolehkan berniat sekali untuk sebulan penuh. Ini merupakan pendapat al-Imam Malik dan al-Imam Zufar.
Pendapat kedua (jumhur ulama):
Wajib memperbaharui niat pada setiap malam kerana setiap hari puasa adalah ibadah yang berasingan.
Dalam Mazhab Syafi‘i, niat setiap malam adalah wajib, namun niat sebulan penuh pada malam pertama boleh dijadikan sokongan jika terlupa.
Waktu sah berniat puasa Ramadan ialah bermula selepas masuk waktu Maghrib sehingga sebelum terbit fajar (Subuh). Jika niat dilakukan selepas Subuh, maka puasa tersebut tidak sah.
Ya, sah. Tempat niat adalah di dalam hati. Melafazkan niat dengan lisan hanyalah sunat dan bertujuan membantu menghadirkan fokus serta kesedaran terhadap ibadah puasa.
Boleh. Berniat dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang difahami adalah sah, asalkan niat tersebut jelas dalam hati.
Menurut Mazhab Syafi‘i, jika seseorang terlupa berniat sebelum Subuh, puasanya tidak sah dan wajib diganti (qadha) selepas Ramadan. Namun, dia tetap wajib menahan diri daripada makan dan minum sepanjang hari sebagai penghormatan kepada bulan Ramadan.
Sekiranya dia telah berniat puasa sebulan penuh pada malam pertama Ramadan, maka puasanya dikira sah.
Ya, puasanya sah kerana niat sebulan penuh yang dilakukan pada malam pertama mencakupi hari-hari berikutnya. Walau bagaimanapun, disunatkan untuk berniat setiap malam bagi mengelakkan keraguan.
Tidak batal. Puasa tidak terbatal dengan niat atau lintasan hati semata-mata, melainkan dengan melakukan perkara yang membatalkan puasa secara zahir seperti makan, minum atau bersetubuh.
Ya, jika ketika bersahur seseorang sudah ada lintasan hati untuk berpuasa, maka itu sudah memadai sebagai niat. Namun, jika makan sahur tanpa sebarang niat untuk berpuasa, maka niatnya dianggap belum sempurna.
Rukun puasa ada dua:
1. Berniat sebelum masuk waktu Subuh.
2. Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
Ya. Wanita tersebut wajib memperbaharui niat selepas suci daripada haid kerana haid memutuskan kesinambungan puasa sebelumnya.
Ya, dibolehkan berniat secara bersyarat (ta‘liq), contohnya:
“Jika esok Ramadan, maka aku berpuasa wajib.”
Cara ini dibenarkan dalam Mazhab Syafi‘i apabila terdapat keraguan tentang permulaan Ramadan.
Ya, sah. Bersahur adalah sunat dan bukan syarat sah puasa. Yang wajib hanyalah niat sebelum Subuh.
Ya. Dalam puasa wajib seperti Ramadan, qadha, nazar atau kaffarah, wajib menentukan jenis puasa dalam niat. Jika tidak ditentukan, maka puasa tersebut tidak sah.
Baca juga:




