Doa akhir Ramadan merupakan doa yang boleh dibaca oleh umat Islam pada 10 malam terakhir bulan Ramadan. Doa ini dibaca bagi memohon agar kita dapat bertemu semula dengan bulan mulia ini pada tahun akan datang.
Pada penghujung bulan Ramadan ini juga kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan-amalan sunat bagi merebut keberkatan bulan mulia ini. Untuk mengetahui lebih lagi, pastikan anda membaca artikel ini sehingga ke penghujung.
Koleksi Doa Akhir Ramadan
Seperti yang dinyatakan di bahagian awal tadi, doa akhir ramadan merupakaan satu doa yang boleh dibaca oleh semua umat Islam bagi memohon agar umur kita dipanjangkan untuk bertemu bulan mulia ini sekali lagi pada tahun hadapan.
Dan melalui doa ini juga kita memohon agar jika tidak dapat dipertemukan dengan bulan Ramadan pada tahun hadapan, kita berharap agar puasa dan amalan yang kita lakukan pada Ramadan tahun ini diterima oleh Allah S.W.T:
DOA 1
Perbanyakkanlah baca doa ini
اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun dan amat suka akan pengampunan, maka ampunilah daku.”
Moga rahmat Ramadan, kita peroleh KEAMPUNAN DOSA atas kekhilafan yang lalu.
Mohonlah keampunan kepada Allah. Bila kita mengaku salah dan mohon maaf, ia akan menjadikan jiwa kita sedar yang kita hanyalah HAMBA. Kita sedar diri yang sehebat mana pun kita, ia tidak ke mana tanpa rahmat Allah untuk ke SYURGA.
CONTOH DOA AKHIR RAMADAN 2
اللَّهُمَّ لاَ تَجْعَلْهُ آخِرَ الْعَهْدِ مِنْ صِيَامِنَا إِيَّاهُ، فَإِنْ جَعَلْتَهُ فَاجْعَلْنِيْ مَرْحُوْمًا وَ لاَ تَجْعَلْنِيْ مَحْرُوْمًا
Ertinya: “Ya Allah, janganlah Kau jadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan Ramadhan terakhir dalam hidupku. Jika Engkau menjadikannya sebagai Ramadhan terakhirku, maka jadikanlah aku sebagai orang yang Engkau sayangi,”
“Ya Allah, janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Engkau berketetapan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati bukan puasa yang sia-sia,”.
CONTOH DOA AKHIR RAMADAN 3
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيْمِ الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَرَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ الْمَلِكِ الْقُدُّوْسِ السَّلاَمِ الْمُؤْمِنِ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، الأَمِيْنِ المَبْعُوْثِ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْنَ.
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu pemeliharaan dan keamanan dalam bulan Ramadan yang masih berbaki ini.
Kami menadah tangan dengan penuh pengharapan dan rendah diri agar kami dikurniakan kesihatan dan kekuatan, jiwa yang tenang dan tenteram. Hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab, tekad dan azam yang tinggi untuk terus berjaya serta dapat menjalankan tugas sebagai hamba-Mu ya Allah.
Ya Allah, bantulah kami dalam menjalankan urusan agama kami, elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan. Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya. Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian kami sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan. Sesungguhnya kami ingin kembali kepada-Mu dengan jiwa yang tenang.
Ya Allah, berkatilah kami, rahmatilah kami dan tekunkanlah kami dalam melaksanakan ibadah puasa Ramadan yang bakal tiba nanti. Perbaikilah segala keadaan dan akhlak kami serta segala amal kami dalam bulan Ramadan. Panjangkanlah usia kami dengan keberkatan Ramadan. Perbaikilah akhlak kami dan jadikanlah puasa kami mengikut segala puasa yang dilakukan oleh Nabi kami, Nabi Muhammad S.A.W.
Ya Allah, pertemukanlah kami dengan Ramadan yang akan datang. Kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati, kekuatan dan kesabaran dalam menempuh dugaan.
Jadikanlah Ramadan ini Ramadan yang penuh keberkatan, penuh kerahmatan dan penuh keampunan bagi kami.
Terimalah ibadah kami dan izinkanlah kami mendapat ganjaran yang telah engkau janjikan.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا. وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَة وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ .وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ .وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
CONTOH DOA AKHIR RAMADAN 4
DOA DI AKHIR RAMADAN
Ya Allah, di akhir Ramadan ini,
ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa
ibu bapa kami, keluarga kami, sahabat-
sahabat kami dan seluruh umat Nabi
Muhammad saw Ya Ilahi.
Ya Allah, di akhir Ramadan ini,
terimalah puasa kami, solat kami,
bacaan Al-Quran kami, sedekah kami,
ibadah kami dan segala amal kebajikan
yang kami lakukan Ya Rahman.
Ya Allah, di akhir Ramadan ini, apa-apa
kekurangan dalam puasa kami, solat kami
dan ibadah kami Kau tutupilah dengan
kasih sayang dan rahmat-Mu Ya Rahim.
Ya Allah, di akhir Ramadan ini kami
pohon ringankanlah penghisaban kami,
masukkankah nama kami dalam senarai
penghuni syurga-Mu dan lindungilah kami
dari azab api neraka-Mu Ya Rabb.
Amin.. Ya Rabbal Alamin.
Sumber: Bahagian Dakwah JAKIM
CONTOH DOA AKHIR RAMADAN 5
Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati-hati kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa-dosa kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak-jejak ke syurga untuk kami.
Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.
Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan mahupun selepas Ramadhan.
Ya Allah, sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Engkau ampunilah kami dan Engkau terimalah taubat kami.
Ya Allah, lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkan setiap seorang dari kami dengan Iman dan taqwa.
Jadikan kami calon syurgaMu. Sempurnakan akhlak kami dan lindungi kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.
Ya Mujib
Limpahilah kami dengan sifat-sifat kebaikan dan terpuji.
Jadikan kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.
Ya Allah, Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.
Ya Allah….Janganlah Kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang…
Tapi, andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…Jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami..
Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami di kalangan hambaMu yang dapat beramal di malam al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami…amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi… kurniakanlah kepada kami syurga-Mu yang maha luas nikmatnya…
Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni X3
Aamiin ya rabbal’aalamiin..
Sumber: Pejabat Agama Daerah Pendang, Kedah
CONTOH DOA AKHIR RAMADAN 6
DOA TAHAJUD RAMADAN
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِينَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّـدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الأَنْـبِيَاءِ وَالمُرْسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ
Ya Allah Ya Tuhanku! Aku bertaubat kepadaMu dengan sebenar-benar taubat. Ampunilah dosa-dosaku, Ampunilah kesalahan-kesalahanku, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Penerima Taubat.
Berikanlah aku kemenangan ke atas kelemahan diriku ketika berada dalam bulan Ramadhan dan selepas perginya Ramadan.
Terimalah doa-doa aku, ibadahku dan amalan-amalan baikku.
Ya Allah berkatilah aku dengan menyaksikan lailatul Qadr.
Tunjukkanlah aku ke arah melakukan amalan yang diterima baik hanya keranaMu.
Bantulah aku dalam mendapatkan khusyu’; dan ikhlas dalam melaksanakan ibadahku.
Bantulah aku untuk lebih mendekatkan diriku kepadaMu dalam ramadhan yang kian berakhir.
Jadikan aku hamba yang menyayangiMu, NabiMu (saw), agamaMu, QalamMu dengan cara yang sewajarnya untuk disayangi.
Tingkatkanlah tahap keimananku, tawakkalku dan keyakinanku kepadaMu. Tambahkanlah Taqwa kepadaku. Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur.
Berikan aku kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan dugaan dariMu. Kurniakanlah kepadaku kelembutan hati dalam mentaati segala syariatMu.
Jadikanlah Al-Quran sebagai temanku di dunia dan akhirat. Tunjukkan lah aku jalan yang lurus dengan kebenaran dariMu sehingga nafas terakhirku, jauhilah aku daripada mensyirikkanMu, kufur atau bid’ah (besar / kecil).
Golongkanlah aku dari golongan muhsineen, muttaqeen, mukhliseen dan sabiqoon fil Ilm. Tambahkanlah kepadaku ilmu yang bermanfaat.
Jadikanlah aku hamba yang redha dengan segala takdir dan ketentuanMu untuk diriku. Selamatkanlah aku daripada penyakit hati iaitu dengki, bongkak, menunjuk-nunjuk dan lain-lain.
Berkatilah aku dengan kebahagiaan di dunia ini, lindungi aku daripada kesedihan & kemurungan. Bantulah aku dengan keupayaanku untuk melakukan Tazkiyah jiwaku sepanjang perjalanan hidupku.
Hilangkanlah perasaan cintakan dunia ini daripada terbentuknya dalam hatiku. Pelawalah aku ke rumahMu untuk aku menyembahMu.
Ya Rabb, berikanlah kepadaku pengakhiran yang baik. Jadikanlah perasaan aku suka dan gembira untuk bertemu denganMu.
Jadikan kuburku & alam barzakh sebagai tempat kediamanku yang aman dan sejuk. Kurniakanlah kepadaku pelindung Arash Mu pada Hari Qiamah.
Berikan catatan amalanku dari tangan kanan dan beratkan timbangan ku dengan perbuatan-perbuatan baik. Kurniakanlah kepadaku nikmat untuk minum dari Telaga Al Kawthar.
Permudahkan aku untuk melintas titan Siraat & Qantarah (jambatan sebelum Syurga). Bantuilah aku Ya Allah bagi memperolehi kebahagiaan yang hakiki dengan melihatMu di akhirat kelak.
Lindungilah, tingkatkanlah dan semaikanlah perasaan cinta, kasih, barakah dan rahmah antara aku dan pasanganku selama-lamanya.
Perbaikilah dan tingkatkan akhlak dan kelakuanku antara satu sama lain. Berikanlah ganjaran kepada pasanganku dengan ganjaran yang terbaik untuk dia dalam berusaha untuk keluargaku.
Jadikanlah Al-Quran dan Syariah Mu menjadi hakim kepada ku dalam semua perkara. Kukuhkanlah amalan-amalan ku demi agamaMu. Jadikanlah aku tergolong dalam golongan bersama-sama mereka dalam kebahagiaan di Jannah al Firdaus.
Ya Allah, bantulah aku dari segi kekuatan fizikal & emosi untuk menjadi ibu bapa yang baik & contoh yang terbaik untuk anak-anak ku.
Peliharalah anak-anak ku supaya tidak terpengaruh daripada kesan kesilapan-kesilapan ku yang lalu dalam hidup mereka. Berkatilah aku dengan anak-anak yang soleh.
Jadikanlah anak-anakku sebagai penyejuk mataku dan jadikan mereka sebagai amal jaariah bagiku & pasanganku. Jadikanlah mereka daripada orang yang mendirikan solat dan sujud hanya kepadaMu sahaja.
Lindungilah diri aku daripada kejahatan, musibah, gangguan syaitan daripada manusia & jin. Lindungilah anak-anakku daripada bahaya, penyakit, kekufuran, perkara-perkara haram dan kemusnahan.
Berikanlah kejayaan kepada anak-anakku dalam agamanya, dunia & Akhirah. Berkatilah aku dan keturunanku agar menjadi anak soleh sehingga Hari Qiamah. Satukan dan kumpulkanlah keseluruhan keturunanku di Jannah al Firdaus.
Ya Allah Ya Rahman,
Jadikanlah anak-anak kami bekerja untuk agamaMu; hafiz Al-Quran, daie, imam, ulama dan syahid di atas jalanMu. Jadikan mereka sebagai penyebab bagi kami mendapat tempat di dalam Jannah & jauhilah kami dari api neraka.
Ya Allah selamatkanlah aku & seluruh keluargaku dari api neraka & jadikanlah kami daripada golongan yang memasuki Jannah Firdaus Mu tanpa sebarang perhitungan.
Ya Allah, Ya Gaffaar. Ampunilah kedua ibu bapaku.
Ganjarilah mereka dengan ganjaran yang paling besar di dunia ini & akhirat.
Tingkatkanlah kedudukan mereka di sisiMu dan berikanlah kepada mereka Jannah al Firdaus. Jadikanlah kami penyejuk mata mereka di hari tua mereka.
Berikanlah kejayaan kepada adik-beradikku di dunia ini & akhirat.
Muliakanlah kedudukan kedua ibu bapa pasangan kami, orang tua kami, umat masyarakat kami.
Lindungilah mereka daripada penyakit dan segala masalah pada usia tua. Ampunilah dosa-dosa mereka yang telah meninggal dunia dalam keluarga kami & umat masyarakat; sama ada yang muda & tua.Berikanlah keamanan dan ketenangan kepada mereka di alam barzakh sehingga mereka bertemu denganMu.
Selamatkanlah dan peliharalah kami daripada Dajjal, Ya’juj dan Ma’juj dan hari lepas. Kurniakanlah zuriat yang soleh kepada keluarga kami dan rakan-rakan kami yang sedang menunggu kelahiran dan berusaha bagi mendapatkan zuriat.
Satukanlah hati-hati kami dengan sahabat-sahabat kami yang bekerja untukMu dan eratkanlah ikatan persaudaraan kami.
Satukanlah hati mereka yang sedang menjalani dan menguruskan rumahtangga dan limpahkanlah kebahagiaan dan ketenangan dalam perkahwinan mereka, permudahkanlah urusan mereka yang sedang berada dalam kesukaran urusan perkahwinan.
Kau sembuhkanlah penyakit kepada mereka yang sedang sakit, sesungguhnya Kau Maha Menyembuhkan segala penyakit kecuali mati.
Jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah agar mereka dapat beribadah bersama kami. Jika ada di kalangankami mereka yg derhaka kepada ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti kepada ibubapa, jika ada dikalangan kami yang berhutang kau selesaikanlah hutangnya, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Maha Mengasihani.
Ya Allah Ya Qawiyy, Kau lindungilah saudara-saudara kami di seluruh pelusuk dunia; terutamanya mereka yg sedang ditindas dan dizalimi.
Kau legakanlah penderitaan mereka dan tingkatkan darjat mereka di sisiMu. Kau hancurkanlah mereka yang zalim, kejam dan penindas ke atas saudara-saudara kami.
Kau cukupkanlah mereka yang serba kekurangan, Kau ringankanlah beban bagi mereka yang tertindas dan Kau bebaskanlah mereka daripada hutang.
Ya Allah ya zal jalali wal ikram…
Ya Allah….Janganlah kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami.. Ya Allah…temukanlah kami dengan lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dapat beramal di malam al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami…amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi…kurniakanlah kepada kami syurga Mu yg maha luas nikmatnya
Ya Allah pilihlah kami semua untuk memasuki Syurga-Mu melalui pintu Ar-Rayyan khusus untuk orang-orang berpuasa.Pintu Ar-Rayyan hanya Kau peruntukkan bagi orang-orang berpuasa, bukan untuk lainnya. Bila pintu tersebut sudah dimasuki oleh seluruh rombongan ahli puasa Ramadhan, maka tak ada lagi yang boleh masuk ke dalamnya. Sesungguhnya bila Kau telah pilih kami memasuki Syurga sebenarnya kami telah berjaya. Tunaikan hajat dan permohonan kami ini ya Allah.
Ya Allah! Jauhilah kami daripada bala’ bencana, wabak penyakit, taun, pelbagai perlakuan keji dan mungkar, segala kepayahan dan dugaan yang zahir dan yang tersembunyi. Ya Allah! Selamatkanlah negeri kami ini khususnya, dan negara umat Islam amnya daripada segala bencana tersebut. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas segala-galanya dan Engkaulah yang selayaknya memberi perkenan.
Aku berlindung dengan Allah Tuhan yang Maha Gagah Perkasa dan yang Mempunyai Kekuasaan Mutlaq. Aku berpegang teguh kepada Allah Tuhan yang Memiliki Kerajaan yang Maha Agung dan aku berserah diri kepada Allah yang Hidup dan tidak akan mati.
Ya Allah! Wahai Tuhan kami jauhilah kami daripada sebarang wabak, kecelakaan dan peliharalah kami daripada segala kejahatan yang merosakkan serta selamatkanlah kami daripada segala fitnah dan bala’ yang datang, dengan kelembutan-Mu ya Allah, Tuhan yang Maha Berlemah Lembut, wahai Tuhan yang Maha Halus Pengetahuan-Nya, Engkau Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّـدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِينَ.
Amin Ya Rabbal Alamin
Sumber: Facebook
CONTOH DOA AKHIR RAMADAN 7
RINTIHAN DOA DI AKHIR RAMADAN
Ya Allah ya Tuhan kami, malam ini adalah malam terakhir buat kami mendirikan solat tarawih, malam terakhir kami bangun untuk bersahur dan esok mungkin Maghrib terakhir kami berbuka. Usia kami, tertulis di sisi-Mu bila-bila akan habis, sedang kami masih leka menguliti dunia tanpa ada noktahnya.
Ya Allah, semoga kami sudah mampu merasai nikmat manisnya iman di bulan Ramadan, menikmatinya manis ibadah di bulan Ramadan, mensyukuri segala anugerah di bulan Ramadan. Semoga kami sudah makin mudah bangun di tengah malam walau sekadar mendirikan tahajjud dua rakaat, sudah semakin mesra membaca al-Quran dan mentadabbur segala isinya, sudah semakin ghairah bersedekah walau sedikit tanpa lelah, sudah kian asyik beribadah hanya kerana-Mu wahai Allah.
Ya Allah, panjangkanlah usia kami agar dapat lagi kami menjadi tetamu Ramadan pada tahun-tahun akan datang, dan sekaligus meraih gandaan pahala yang telah Engkau janjikan.
Ya Allah, andai kami tersalah, maafkanlah kami. Sesungguhnya, pada hari raya Idulfitri ini nanti, kami lahir menjadi manusia yang bersih, suci seperti seorang anak yang masih bayi.
Perkenankanlah ya Allah, segala rintihan dan harapan kami ini.
Amin ya Rabbal A’lamin…
“SELAMAT TINGGAL RAMADAN, SEHINGGA BERJUMPA LAGI.. SELAMAT DATANG SYAWAL”
Sumber: JAKIM
Malam Lailatul Qadar
Untuk pengetahuan anda, penghujung Ramadan merupakan hari-hari paling penting dalam bulan mulia ini. Hal ini demikian kerana, terdapatnya 1 malam dalam 10 hari terakhir tersebut yang sangat-sangat mulia.
Malam tersebut dikenali sebagai malam Lailatul Qadar. Malam ini merupakan satu malam yang menyimpan keutamaan yang melimpah, bahkan dipercayai lebih mulia dibanding 1000 bulan.
Oleh itu, tidak hairanlah mengapa pada 10 malam terakhir Ramadan ini, umat Islam sangat digalakkan melakukan amalan sunat bagi mencari keberkatan malam Lailatul Qadar.
Amalan 10 Malam Terakhir Ramadan
Berikut kami senaraikan antara amalan-amalan sunat yang anda boleh perbanyakkan pada 10 hari terakhir Ramadan ini. Diharapkan amalan-amalan ini dapat membantu meningkatkan kedudukan kita di sisi Allah S.W.T.
1. MEMBACA AL-QURAN
Al-Quran merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi petunjuk dan panduan buat semua umat Islam. Dengan membaca Al-Quran pada bulan Ramadan ini ganjaran pahala yang diperoleh akan berlipat ganda daripada bulan-bulan biasa.
2. BANYAKKAN BERZIKIR, BERISTHIGFAR DAN BERDOA
Selain membaca Al-Quran, amalan sunat yang mudah untuk dilakukan oleh umat Islam pada bulan Ramadan ini adalah dengan memperbanyakkan zikir, istighfar dan doa terutama pada 10 malam terakhir.
Berzikir dan beristighfar mampu mendekatkan kita dengan Allah S.W.T dan dalam masa yang sama ia sedikit sebanyak membantu dalam menghapuskan dosa-dosa lepas kita. Ia juga membantu dalam meningkatkan kedudukan kita di sisi Allah dan menambah pahala kita.
Malam lailatul qadar merupakan satu malam mustajab doa. Pada malam ini, anda digalakkan untuk memohon segala yang anda inginkan di dunia dan juga di akhirat. Dengan izin Allah doa anda akan dimakbulkan.
Berikut merupakan antara doa mudah yang boleh anda amalkan sepanjang 10 hari terakhir Ramadan ini:
3. BER’IKTIKAF DI MASJID
Secara ringkasnya, iktikaf ini merujuk kepada perbuatan bertafakur didalam masjid bagi mencari keredaan Allah S.W.T. Iktikaf yang disyariatkan ada dua bentuk, namun, iktikaf di 10 malam terakhir Ramadan ini merupakan iktikaf sunat muakkad.
Iktikaf di bulan Ramadan ini merupakan satu perkara sunat yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W sendiri dan baginda juga amat menggalakkan isteri, keluarga dan para sahabat baginda melakukan perkara yang sama.
Oleh itu, sebagai umat baginda, kita juga sangat digalakkan untuk melakukan perkara yang sama.
4. SOLAT SUNAT & QIAMULLAIL
Qiamullail merujuk kepada perbuatan ‘bangun malam’ di mana umat islam yang melakukan amalan ini akan bangun pada waktu malam iaitu kira-kira pada pukul 3:00 pagi dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah S.W.T sehingga tibanya waktu subuh.
Pada bulan Ramadan, qiamullail ini dilakukan dengan melaksanakan amalan-amalan sunat seperti solat sunat (solat taubat, solat tahajud, solat hajat, dll), membaca Al-Quran, dan berzikir.
Bagi anda yang ingin melakukan qiamullail pada bulan Ramadan ini, anda boleh lihat panduan qiamullail yang disediakan di bawah:
5. BANYAKKAN BERSEDEKAH
Bersedakah merupakan satu amalan mulia, dan pada bulan puasa ini ganjaran pahala yang bakal kita peroleh apabila melakukan amalan ini akan dilipat gandakan oleh Allah S.W.T. Oleh itu, perbanyakkanlah sedekah kita pada bulan mulia ini.
Firman Allah SWT:
إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ
Maksud: “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.”
Surah al-Hadid: 18
Baca juga: Makmum Masbuk: Pengertian & Tindakan Yang Perlu Diambil