Diskaun Saman PDRM 50% Terkini (6-9 Februari 2025)

diskaun saman polis pdrm 2025
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

DISKAUN SAMAN PDRM TERKINI

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan diskaun 50% bagi saman PDRM di Dewan Seri Siantan pada 6 hingga 9 Februari 2025! Program ini diadakan sempena Hari Terbuka Putrajaya 2025, yang berlangsung di Dataran Putrajaya, Presint 3.

Datanglah dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang untuk menyelesaikan saman anda dengan penjimatan hebat. Namun, diskaun ini tidak ditawarkan bagi kesalahan tertentu seperti saman mahkamah, kemalangan, dan kesalahan trafik serius.

Sambil itu, nikmati pelbagai aktiviti menarik di Hari Terbuka Putrajaya! Jom hadir dan rebut peluang ini!

Jom ketahui lebih lanjut untuk mendapatkan manfaat daripada pengurangan saman ini.

diskaun saman polis pdrm 2025

Diskaun Saman Polis 50% (6-9 Februari 2025)

Tawaran diskaun sehingga 50% bagi saman yang terpilih sempena Hari Terbuka Putrajaya akan ditawarkan selama 3 hari, iaitu bermula 6 Februari sehingga 9 Februari 2025 di Dataran Putrajaya Presint 3.

Tawaran pengurangan bagi sehingga 50% terhadap SEMUA jenis saman KECUALI bagi saman kemalangan, saman bicara mahkamah, kategori tidak boleh kompaun (N/C), memotong secara berbahaya, kesalahan menggunakan lorong kecemasan dan tidak mematuhi isyarat lampu merah.

Bagi kesalahan berkaitan kenderaan berat, pengubahsuaian ekzos, saman berstatus Op Selamat dan kesalahan memotong di garisan berkembar turut tidak termasuk dalam tawaran tersebut.

Kaunter Saman PDRM berada di Dewan Sri Siantan yang terletak dalam Zon 1, iaitu dalam kawasan Dewan Persidangan (sila rujuk peta lokasi di bawah).

Jangan lepaskan peluang untuk menyelesaikan saman-saman yang tertunggak!

Semakan Saman Online

Bagi mengelakkan kesesakan dan mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar, orang ramai yang ingin membuat bayaran saman boleh membuat semakan terlebih dahulu melalui Portal MyBayar Saman.

mybayar saman

Anda perlu mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :

Rujuk cara buat semakan saman online: MyBayar Saman – Semakan & Bayaran Saman PDRM Online

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai pengurangkan saman ini, sila rujuk Facebook Rasmi JSPT IPK SABAH.

BACA JUGA:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut