Tawaran Diskaun 20% Tiket Penerbangan Ekslusif Untuk Konvokesyen UiTM

Sukacita dimaklumkan bahawa syarikat penerbangan Firefly dan Malaysia Airlines kini menawarkan potongan diskaun tiket penerbangan sebanyak 20% untuk para graduan serta keluarga sempena Majlis Konvokesyen University Teknologi MARA (UiTM) yang bakal berlangsung tak lama lagi.

Tawaran diskaun ini merupakan salah satu inisiatif daripada pihak Filrefly dan Malaysia Airlines bagi memastikan graduan dan keluarga dapat hadir bersama dalam majlis konvokesyen terutamanya melibatkan kampus yang jauh.

Baca Juga : Tawaran Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi-Atlit Cemerlang IPT 2022

Diskaun 20% Tiket Penerbangan

Tarikh Pembelian Tiket dan Penerbangan

Tawaran diskaun ini sah bagi untuk pembelian sehingga 10 Jun 2022 bagi penerbangan bertarikh 12 Jun hingga 7 Julai 2022.

Tarikh Majlis Konvokesyen

Tarikh majlis konvokesyen yang bakal diadakan pada tahun ini mengikut kampus adalah seperti berikut :

Tarikh KonvokesyenKampus
14 Jun sehingga 28 Jun 2022UiTM Shah Alam
30 Jun sehingga 1 Julai 2022UiTM Sabah
4 Julai sehingga 6 Julai 2022UiTM Sarawak

Kod Promo

Para graduan serta ahli keluarga yang berminat untuk dapatkan diskaun ini boleh sertakan bersama kod promo seperti berikut :

  • Malaysia Airlines : MHUITM 2022
  • Firefly : FYUITM22

Kelas Penerbangan

Diskaun tiket ini sah untuk pembelian kelas penerbangan seperti berikut :

  • Kelas Ekonomi (Business Class)
  • Kelas Perniagaan (Economy Class)

Cara Pembelian Tiket

Pembelian tiket boleh dilakukan di laman web Malaysia Airlines dan Firely.

Buat pembelian tiket dan masukkan kod promo yang telah diberikan untuk tebus diskaun tiket penerbangan.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai tawaran diskaun 20% tiket penerbangan Malaysia Airlines dan Firefly ini, sila layari laman web https://www.malaysiaairlines.com/my/en/campaign/uitm.html

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!