Permohonan Dana Khas Budaya Membaca DBP 2026

dana khas budaya membaca
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah memperkenalkan Dana Khas Budaya Membaca Tahun 2026 khusus untuk sekolah bawah Kementerian Pendidikan (KPM) yang boleh dipohon menerusi borang permohonan https://drive.google.com/file/d/1VW7YqxBK1uL_1ikpQVpXJpDQjrLSBbOg/view.

Berikut adalah info lanjut mengenai dana khas ini.

Mengenai Dana Khas Budaya Membaca

Dana Khas Budaya Membaca telah diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk memperkasa budaya ilmu dalam kalangan murid sekolah KPM.

Dana ini adalah sejajar dengan amanat Tahun Baharu 2026 oleh Menteri Pendidikan yang menekankan pengukuhan budaya ilmu.

Inisiatif ini bertujuan memperkasa pelaksanaan pelbagai program pembudayaan membaca dalam kalangan murid, antaranya:

  • Pameran serta lawatan pendidikan
  • Pertandingan berkaitan literasi
  • Persembahan dan aktiviti bahasa
  • Wacana ilmu
  • Bengkel penulisan dan pembacaan

Oleh itu, sekolah-sekolah yang berminat digalakkan untuk memanfaatkan peluang ini bagi memperkukuh budaya membaca dan memperkaya pengalaman pembelajaran murid secara holistik.

Tarikh Permohonan

Tempoh permohonan yang ditetapkan adalah pada 31 Mac 2026 – 31 Ogos 2026.

Program Yang Layak Memohon

Program yang layak untuk memohon dana ini adalah seperti berikut:

  • Pertandingan
  • Persembahan
  • Lawatan
  • Bengkel
  • Wacana
  • Pameran

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon dana ini adalah seperti berikut:

  1. Permohonan terbuka kepada sekolah bawah Kementerian Pendidikan.
  2. Program yang dirancang hendaklah memberikan penekanan kepada pemerkasaan amalan membaca dalam kalangan murid sekolah sebagai wahana pembangunan modal insan yang berilmu, berintegriti, beraspirasi dan berdaya saing.
  3. Program juga mestilah selaras dengan misi DBP, iaitu meningkatkan penggunaan bahasa Melayu serta memberikan impak yang tinggi terhadap pemasyarakatan bahasa dan sastera tanah air.
  4. Surat dan borang permohonan hendaklah dilampirkan bersama-sama dengan kertas cadangan program.
  5. Salinan surat dan borang permohonan perlu diserahkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah.
  6. Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya dua (2) bulan sebelum tarikh pelaksanaan program.
  7. Tarikh tutup permohonan DKBM bagi tahun semasa adalah pada 31 Ogos 2026 atau bergantung pada jumlah dana.
  8. Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan. Permohonan yang tidak mematuhi tempoh yang ditetapkan akan ditolak serta-merta.
  9. Tarikh akhir pelaksanaan program adalah pada 31 Oktober 2026.
  10. Keputusan Jawatankuasa Penilaian DKBM adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Syarat Kelulusan

Syarat kelulusan untuk permohonan ini adalah seperti berikut:

  1. Permohonan hendaklah dari sekolah bawah Kementerian Pendidikan.
  2. Pemohon tidak pernah menerima DKBM atau dana lain daripada mana-mana Jabatan/Bahagian/Cawangan/Wilayah di DBP pada tahun semasa.
  3. Pemohon yang berkelayakan akan menerima sumbangan sekali beri berdasarkan jumlah yang diluluskan oleh Jawatankuasa Penilaian DBP pada tahun semasa.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila muat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/file/d/1VW7YqxBK1uL_1ikpQVpXJpDQjrLSBbOg/view.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Dana Khas Budaya Membaca?

Dana Khas Budaya Membaca telah diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk memperkasa budaya ilmu dalam kalangan murid sekolah KPM

Bilakah tarikh permohonan dana ini dibuka?

Tarikh permohonan dana ini dibuka mulai 31 Mac 2026 – 31 Ogos 2026.

Apakah program-program yang layak untuk memohon untuk dana ini?

– Pertandingan
– Persembahan
– Lawatan
– Bengkel
– Wacana
– Pameran

Adakah hanya sekolah di bawah Kementerian Pendidikan layak untuk memohon?

Ya. Hanya sekolah di bawah Kementerian Pendidikan layak untuk memohon.

Berapakah jumlah dana yang bakal diperoleh sekolah tersebut?

Jumlah sumbangan adalah tertakluk kepada jumlah yang diluluskan oleh Jawatankuasa Penilaian DBP pada tahun semasa.

Bagaimanakah cara untuk memohon dana khas ini?

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://drive.google.com/file/d/1VW7YqxBK1uL_1ikpQVpXJpDQjrLSBbOg/view.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan, sila hubungi urus setia melalui talian:

  • Pn. Nursyafikah binti Rahim : 03-21479203
  • En. Aris bin Othman : 03-21479207
  • Pn. Amira Husna binti Amin Hafiz : 03-21479208

Baca juga: Cara Mohon Tukar Sekolah & Jurusan Tingkatan 6

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut