Daftar UMNO Online 2026 – Cara Jadi Ahli UMNO

daftar UMNO online 2026
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Daftar UMNO Online 2026 ~ UMNO secara rasmi telah melancarkan portal pendaftaran ahli secara dalam talian (online) melalui https://myumno.org

Inisiatif ini diperkenalkan untuk memudahkan orang ramai yang berminat untuk menyertai parti UMNO tanpa birokrasi yang panjang.

Rujuk panduan di bawah untuk mengetahui langkah-langkah daftar UMNO online 2026, syarat menjadi ahli UMNO, dan maklumat terkini mengenai keahlian UMNO.

Ringkasan Daftar UMNO Online 2026
  • Pendaftaran ahli UMNO boleh dilakukan secara online melalui https://myumno.org
  • Untuk mendaftar sebagai Ahli Biasa UMNO, pemohon mestilah warganegara Malaysia, berbangsa Melayu atau Bumiputera dan berumur 18 tahun ke atas.
  • Dalam tempoh 24 jam Nombor Keahlian UMNO akan dihantar kepada pemohon melalui emel sekiranya pendaftaran berjaya.

    Apa Itu Ahli UMNO?

    Ahli UMNO merujuk kepada individu yang telah berdaftar secara rasmi sebagai penyokong atau anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti politik Melayu dan Bumiputera di Malaysia.

    Apabila menjadi ahli UMNO, ia memberi peluang kepada individu untuk berpengaruh secara politik, mendapat maklumat dalaman, dan membuka jalan kepada perkhidmatan serta aktiviti komuniti yang disokong parti.

    Daftar UMNO Online 2026 - Cara Jadi Ahli UMNO

    Syarat Menjadi Ahli UMNO

    Untuk mendaftar sebagai Ahli Biasa UMNO, pemohon mestilah:

    • Warganegara Malaysia.
    • Berbangsa Melayu atau Bumiputera (termasuk Orang Asli, Anak Negeri Sabah, Sarawak, dll.).
    • Berumur 18 tahun ke atas.

    Cara Daftar UMNO Online 2026

    Pendaftaran untuk menjadi ahli UMNO kini boleh dilakukan secara dalam talian untuk memudahkan proses pendaftaran.

    Rujuk cara-cara daftar jadi ahli UMNO 2026 secara online di bawah:

    1. Layari laman web pendaftaran UMNO di https://myumno.org
    2. Klik “Daftar Sebagai Ahli”
    3. Ambil gambar atau muat naik foto MyKad anda untuk mengisi borang secara automatik.
    4. Semak maklumat seperti nama, ejaan, dan sebagainya sebelum klik “Submit”.
    5. Maklumat dan keputusan akan dihantar melalui emel yang didaftar.

    Dalam tempoh 24 jam Nombor Keahlian UMNO akan dihantar kepada pemohon melalui emel. Pemohon perlu log masuk dengan menggunakan nombor ahli dan emel anda.

    Pendaftaran Berjaya

    • Bagi pendaftaran yang berjaya, pemohon akan menerima notifikasi melalui emel. Nombor rujukan akan diberikan dan pemohon akan menerima nombor ahli dalam masa 24 jam.

    Pendaftaran TIDAK Berjaya

    • Bagi pendaftaran yang TIDAK berjaya kerana pemohon sudah menjadi ahli UMNO, pemohon disarankan untuk menghubungi ibu pejabat UMNO bagi tindakan selanjutnya.
    Daftar UMNO Online 2026 - Cara Jadi Ahli UMNO

    Daftar UMNO Online 2026 - Cara Jadi Ahli UMNO

    Daftar UMNO Online 2026 - Cara Jadi Ahli UMNO

    Kelebihan Jadi Ahli UMNO

    Apabila menjadi ahli UMNO, anda mempunyai beberapa kelebihan antaranya:

    1. Boleh hadiri dan mengundi dalam mesyuarat Cawangan, Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO.
    2. Mempunyai hak menyertai pemilihan jawatan dalam parti, dari peringkat akar rumput hingga peringkat tertinggi (jika layak).
    3. Dapat suara lebih kuat dalam membentuk arah politik dan keputusan parti di kawasan sendiri.
    4. Menerima maklumat lebih awal mengenai program kerajaan, bantuan, dan insentif di kawasan masing‑masing.
    5. Boleh berhubung lebih mudah dengan Ketua Cawangan, Ahli Parlimen, ADUN dan agensi kerajaan melalui saluran parti.
    6. Mendapat peluang menyertai program komuniti, ceramah, raptai, dan aktiviti kerja amal anjuran UMNO.
    7. Membuka peluang untuk membina jaringan sosial dan perniagaan dengan pemimpin dan ahli lain di kawasan dan negeri.
    8. Boleh menyertai kursus dan latihan kepimpinan, politik, komunikasi melalui sayap UMNO (Pemuda, Wanita, Puteri).
    9. Membantu membina rekod kepimpinan awam dan CV komuniti untuk kerjaya kerajaan atau politik di masa depan.
    10. Dapat membawa dan memperjuangkan isu tempatan (jalan, air, tanah, sekolah) ke peringkat Bahagian dan Parlimen.
    11. Membantu memperkukuh perjuangan Melayu, Bumiputera, Islam dan kestabilan politik negara melalui parti rasmi yang berdaftar.

    Maklumat Lanjut

    Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan info terkini mengenai pendaftaran UMNO, sila rujuk:

    1. Unit Keahlian, Jabatan Pengurusan Data, Ibu Pejabat UMNO
      • Tel: 0340429511
    2. Portal Pendaftaran UMNO

    Soalan Lazim Daftar UMNO Online 2026

    Siapa yang boleh daftar UMNO online 2026?

    Hanya warganegara Malaysia berbangsa Melayu atau Bumiputera berusia 18 tahun ke atas boleh mendaftar sebagai ahli UMNO.

    Apakah maklumat yang perlu diisi dalam borang?

    Anda perlu isi: nama penuh, kad pengenalan, tarikh lahir, alamat, jantina, telefon, e‑mel, jenis keahlian (Biasa/Wanita/Pemuda/Puteri), Negeri, Bahagian, Cawangan.

    Perlu ke muat naik salinan kad pengenalan?

    Ya, setiap permohonan perlu disertakan salinan kad pengenalan (boleh berupa imbasan gambar/PDF) semasa mengisi borang.

    Berapa lama untuk permohonan approve selepas daftar UMNO online 2026?

    Dalam masa 24 jam akan akan menerima notifikasi melalui emel yang anda daftarkan.

    Adakah ahli yang daftar online dapat nombor keahlian rasmi?

    Ya, apabila permohonan disahkan, anda akan dihantar nombor keahlian dan boleh dianggap sebagai ahli rasmi UMNO yang berhak menghadiri mesyuarat dan aktiviti parti.

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut