Awal Ramadan menandakan permulaan puasa tahunan bagi Umat Islam di seluruh Malaysia.
Tarikhnya berbeza-beza setiap tahun kerana ia berdasarkan kalendar bulan Islam dan kaedah penentuan rukyah dan hisab.
Dan jangan lupa semak semula kadar zakat fitrah mengikut negeri masing-masing bagi memudahkan anda membuat pembayaran sama ada manual atau pun secara online di portal zakat.
Cuti Umum Awal Ramadan 2022
Berikut jadual terkini cuti umum sempena awal ramadan bagi negeri Johor, Kedah dan Melaka.
Tahun | Tarikh | Hari | Negeri |
2021 | 13 Apr | Selasa | Johor, Kedah & Melaka |
2022 | 3 Apr | Ahad | Johor, Kedah & Melaka |
2023 | 23 Mac | Khamis | Johor, Kedah & Melaka |
2024 | 12 Mac | Selasa | Johor, Kedah & Melaka |
Baca juga: Panduan Lengkap Solat Tarawih Bersendirian Di Rumah
Setiap tahun permulaan puasa akan diumumkan secara rasmi oleh televisyen, radio dan media-media rasmi kerajaan.
Permulaan puasa ini ditentukan dengan terlihatnya hilal selepas berlaku ijtimak iaitu apabila bumi, bulan dan matahari berada di garisan atau longitud yang sama.
Menurut astronomi moden dan ilmu falak, perkiraan bulan baru bermula selepas peristiwa ijtimak dan hilal dikira berada di ufuk barat ketika matahari terbenam.
Di Malaysia, tanggungjawab melihat hilal dilakukan oleh Jawatankuasa Rukyah Negeri yang dilantik oleh Ketua Agama Islam Negeri yang diurusetiakan oleh Jabatan Mufti Negeri.
Terdapat kira-kira 29 lokasi melihat anak bulan di seluruh Malaysia dan peralatan berteknologi seperti teleskop dan total station serta pengiraan data rukyah yang meliputi jadual pergerakan bulan dan matahari digunakan pada hari rukyah bagi membantu para pencerap menentukan tarikh Awal Ramadan dengan tepat