Kerajaan Umum Cuti Mengundi 18 & 19 November Sempena PRU15

Terkini : Kerajaan Umum Cuti Kelepasan Am 18 & 19 November Sempena Mengundi PRU15

Cuti Kelepasan Am 18 & 19 November Sempena Mengundi PRU15

Kerajaan menetapkan 18 dan 19 November ini (Jumaat dan Sabtu) sebagai Hari Kelepasan Am bagi memudahkan urusan pengundi menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan juga bersetuju supaya tarikh pembayaran gaji untuk penjawat awam bagi bulan ini diawalkan pada 17 November dan bagi pesara pula, bayaran pencen diawalkan pada hari ini.

“Perkara ini diharap dapat meringankan beban kos penjawat awam yang ingin pulang ke kampung halaman bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya.

Tol Percuma

Bagi memudahkan pengundi balik mengundi 30 konsesi lebuh raya bersetuju menawarkan kadar tol percuma selama dua hari kepada pengguna.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tol percuma akan bermula dari jam 12.01 pagi 18 November hingga 11.59 malam pada 19 November melibatkan semua kenderaan jenis persendirian Kelas 1 sahaja yang dianggarkan sekitar 90 peratus dari jumlah keseluruhan kenderaan di lebuhraya.

Cuti mengundi pru15

Ayuh, gunalah peluang ini untuk menjalankan tanggungjawab anda dengan keluar mengundi.

Sumber:

https://www.buletintv3.my/politik/pru-15-18-19-nov-ditetapkan-hari-kelepasan-am/

Baca juga: Pelepasan Mengundi PRU15, Tidak Boleh Potong Gaji Pekerja

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!