Citrawarna 2026 bakal kembali menghidupkan suasana di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 24 hingga 26 Julai 2026 dengan pelbagai persembahan budaya, seni dan warisan yang mencerminkan kepelbagaian masyarakat Malaysia.
Program anjuran Tourism Malaysia ini merupakan antara acara utama sempena Kempen Melawat Malaysia 2026 (Visit Malaysia 2026 – VM2026) dan membawa tema “Ritma Warisan, Nadi Nusa dan Bangsa”.
Sepanjang tiga hari penganjuran, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik yang mengetengahkan keunikan budaya dari seluruh negara.

Empat Segmen Utama Citrawarna 2026
Citrawarna 2026 akan menampilkan empat komponen utama yang menawarkan pengalaman budaya secara menyeluruh kepada pengunjung, iaitu:
- Citra Perarakan (Colours of Parade) – Perarakan budaya yang menggabungkan muzik, tarian serta penceritaan daripada kontinjen seluruh Malaysia.
- Citra Rasa (Colours of Flavour) – Menampilkan pelbagai hidangan tradisional dan pengalaman gastronomi yang mencerminkan warisan kulinari negara.
- Citra Budaya (Colours of Culture) – Persembahan kebudayaan, aktiviti komuniti dan demonstrasi tradisi pelbagai kaum di Malaysia.
- Citra Seni (Colours of Art) – Pameran hasil kraf tangan tempatan serta demonstrasi seni secara langsung oleh penggiat industri kreatif.
Kemuncak Acara Pada 25 Julai
Acara paling dinanti ialah Citra Perarakan yang dijadual berlangsung pada 25 Julai 2026.
Perarakan berskala besar ini akan menghimpunkan ratusan penghibur dari seluruh negara menerusi persembahan penuh warna-warni yang menggabungkan muzik tradisional, tarian kebudayaan serta elemen penceritaan yang menggambarkan identiti Malaysia.
Dataran Merdeka dijangka bertukar menjadi pentas kebudayaan terbesar negara yang meraikan perpaduan rakyat serta kekayaan warisan pelbagai kaum.

Antara Produk Pelancongan Budaya Ikonik Malaysia
Citrawarna atau Colours of Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 1999 dan sejak itu menjadi antara acara pelancongan budaya paling ikonik negara.
Penganjurannya bukan sahaja bertujuan mempromosikan seni, budaya dan warisan Malaysia kepada pelancong tempatan serta antarabangsa, malah menjadi platform penting dalam memperkukuh penghargaan terhadap identiti budaya negara.
Edisi tahun ini dianjurkan oleh Tourism Malaysia dengan kerjasama Yes Travel & Holidays Sdn. Bhd., serta mendapat sokongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Warisan Kuala Lumpur.

Jadual Acara
Berikut merupakan jadual acara sepanjang Citrawarna 2026 yang akan berlangsung selama 3 hari, iaitu mulai 24 Julai sehingga 26 Julai 2026:






Selain menjadi acara kebudayaan utama negara, Citrawarna 2026 turut dijangka memberi impak positif kepada sektor pelancongan dan ekonomi tempatan.
Peningkatan kehadiran pelawat domestik dan antarabangsa dijangka memberi manfaat kepada:
- Hotel dan penginapan
- Pengusaha pelancongan
- Restoran dan premis makanan
- Peniaga tempatan
- Industri kreatif dan kebudayaan
Bersempena acara ini, Tourism Malaysia turut menggalakkan hotel serta penyedia penginapan menawarkan kadar bilik istimewa dan pakej promosi bagi menarik lebih ramai pelawat ke Kuala Lumpur sepanjang festival berlangsung.
Orang Ramai Dijemput Hadir
Orang ramai dijemput memeriahkan Citrawarna 2026 dan menyaksikan sendiri keunikan budaya Malaysia yang dipersembahkan dalam suasana penuh warna-warni.
Maklumat lanjut mengenai jadual persembahan, aktiviti serta pengisian program akan diumumkan oleh Tourism Malaysia dari semasa ke semasa menerusi laman web Tourism Malaysia di https://www.tourism.gov.my serta akaun media sosial rasmi di Facebook, Instagram, X, YouTube, dan TikTok.




