Cara Check Baki Digi Prepaid

Sekiranya anda seorang pengguna perkhidmatan prepaid Digi, cara untuk semak baki Digi anda sebenarnya sangatlah mudah.

Sekiranya anda mempunyai bajet yang kecil, tidak menggunakan data/panggilan yang banyak dan tidak mahu komitmen bayaran bulanan dan tidak mahu komitmen bayaran bulanan, maka memilih prepaid berbanding pelan postpaid atau pascabayar merupakan pilihan yang lebih.

Malah, urusan topup kredit juga kini mudah kerana boleh dilakukan secara online, tidak perlu ke kedai semata-mata untuk topup kredit prepaid anda.

Baki Digi prepaid

Terdapat beberapa cara mudah untuk cek baki Digi prepaid dan anda boleh menggunakan salah satu cara berikut mengikut kesesuaian:

  1. Aplikasi MyDigi
  2. Portal Digi
  3. Panggilan Dial Up

Semakan melalui Aplikasi MyDigi

Pihak Digi telah memperkenalkan aplikasi ini untuk pengguna Digi tidak kira pengguna pelan Postpaid mahupun Prepaid.

Anda boleh memuat turun aplikasi MyDigi daripada salah satu pautan yang berikut:

Bagi mengelakkan peranti anda digodam, pastikan anda hanya memuat turun aplikasi MyDigi dari sumber yang sah sahaja.

Setelah muat turun, log masuk ke akaun anda dalam baki kredit prepaid anda akan dipaparkan dalam aplikasi tersebut.

Bagi pengguna pelan Prepaid, aplikasi MyDigi ini menawarkan pelbagai kemudahan seperti yang berikut:

  1. Semakan baki kredit
  2. Penggunaan data
  3. Reload kredit
  4. Reload data internet
  5. … dan lain-lain fungsi lagi

Menariknya, dalam aplikasi ini anda juga boleh melihat tawaran dan promosi baru daripada pihak Digi yang pastinya lebih jimat dan berbaloi.

Semakan melalui portal Digi

Anda juga boleh membuat semakan baki kredit Digi melalui portal Customer Service Digi sendiri dengan mengikut langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal Digi di pautan https://www.digi.com.my/
  2. Klik pada butang MyDigi yang terletak pada bucu atas kanan laman tersebut
  3. Masukkan nombor telefon/emel dan password. Bagi pengguna baru, klik pada tulisan Register
  4. Setelah log masuk, anda dapat melihat perincian akaun anda beserta baki Digi anda secara terus pada dashboard anda

Melalui portal Digi juga, ada boleh melakukan pelbagai urusniaga lain seperti langganan e-Bill, bayaran bil, reload atau topup percuma dan banyak lagi.

Semakan melalui Panggilan Dial Up

Ini merupakan kaedah paling mudah untuk menyemak baki kredit prepaid anda dengan membuat panggilan terus ke nombor *126#

Walau bagaimanapun, panggilan ini hanya berfungsi sekiranya anda membuat panggilan terus daripada nombor Digi.

Adakah anda pengguna Celcom? Cara Check Baki Celcom Prepaid Dengan Mudah!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!