Cara Menulis Karangan Bahasa Inggeris

Subjek Bahasa Inggeris sering menjadi ancaman kepada para pelajar terutamanya bagi penulisan karangan.

Ini kerana kurangnya penguasaan dalam Bahasa Inggeris menjadi punca pelajar sering berasa takut untuk menulis karangan dalam bahasa ini.

Namun, jika pelajar mengetahui teknik penulisan yang betul, mereka tidak mempunyai masalah untuk menulis karangan dengan baik.

Cara Menulis Karangan

Untuk menulis karangan yang baik, sila ikuti cara-cara untuk menulis karangan Bahasa Inggeris ini:

1. Menyediakan draf atau rangka karangan

Ramai pelajar yang terus mula menulis karangan dan tidak menyediakan draf karangan merekadahulu.

Dengan menulis draf, pelajar dapat melihat secara kasar hasil karangan mereka.

Daripada situlah mereka boleh memperbetulkan atau menambah perkataan yang diperlukan agar dapat menyiapkan karangan dalam masa yang diperuntukkan.

2. Pilih tajuk karangan dan gunakan konsep 5W1H.

Pilih tajuk karangan dan pastikan tajuk karangan menepati kehendak soalan yang diberikan.

Cari isi penting dengan menggunakan kaedah melemparkan soalan dengan menggunakan konsep 5W1H.

Apakah yang dikatakan 5W1H?

  • Who (Siapa)
  • What (Apa)
  • Where (Di mana)
  • When (Bila)
  • Why (Kenapa)
  • How (Bagaimana)

3. Main points untuk karangan

Daripada semua soalan yang dikemukakan di atas, pelajar seharusnya mencari jawapan yang sesuai.

Jawapan inilah yang akan menjadi main points (isi penting) untuk karangan.

4. Hasilkan beberapa sub points

Seterusnya, dari setiap main points tersebut, pelajar perlu menghasilkan beberapa sub points (isi tambahan).

Buatlah beberapa sub points untuk setiap main points sekurang-kurangnya 2 atau 3.

5. Kembangkan main points dan sub points

Selepas itu, kembangkan kesemua main points dan sub points supaya karangan pelajar mempunyai isi yang banyak.

Panjang karangan mestilah mengikut kehendak soalan dan menarik untuk dibaca.

Untuk memastikan struktur bahasa adalah betul, pelajar perlu mematuhi subject-verb agreement.

6. Ikut format karangan

Pastikan karangan yang ditulis mengikut format yang ditetapkan dengan mempunyai

  • Introduction (Pendahuluan)
  • Body (Isi)
  • Ending (Penutup)

Di bahagian Introduction, pelajar mestilah menyatakan:

  • Tajuk karangan
  • Definasi tajuk karangan anda

Di bahagian body pula, bahagikan semua main points kepada beberapa perenggan dan perenggan-perenggan itu pula akan diisi dengan sub points yang telah dikembangkan isinya.

Di bahagian ending, pelajar perlu membuat kesimpulan karangan yang merangkumi segala main points yang telah anda bincangkan dalam perenggan-perenggan sebelumnya.

Aturan Pemarkahan

Aturan pemarkahan bagi peperiksaan SPM adalah seperti berikut:

Lihat Panduan Menulis Esei Bahasa Inggeris

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!