Cara Buka Akaun RHB Online untuk Pelajar UiTM merupakan panduan penting yang perlu diketahui oleh pelajar baharu sebelum mendaftar di universiti.
Proses pembukaan akaun kini boleh dilakukan secara dalam talian dengan lebih mudah dan cepat. Berikut ialah langkah-langkah lengkap Cara Buka Akaun RHB Online untuk Pelajar UiTM bagi tahun 2026.
Apa itu Akaun RHB Online
Akaun RHB Online ialah platform perbankan internet dan aplikasi digital yang disediakan oleh RHB Bank untuk memudahkan pelanggan mengurus kewangan secara online.
Melalui akaun ini, pengguna boleh semak baki akaun, transfer duit, bayar bil, reload prepaid, semak transaksi serta mengurus kad bank hanya menggunakan telefon atau komputer tanpa perlu ke cawangan bank.
RHB Online juga dilengkapi ciri keselamatan seperti Secure Plus dan pengesahan transaksi bagi memastikan urusan perbankan lebih selamat dan mudah diakses pada bila-bila masa.
Syarat Buka Akaun RHB Secara Online
- Warganegara Malaysia
- Anda mesti berumur 18 tahun ke atas
Nota: Untuk individu yang berumur bawah 18 tahun pembukaan akaun perlu dilakukan di mana-mana cawangan RHB yang berdekatan
Cara Buka Akaun RHB Online
Sebelum memulakan proses pembukaan akaun, pastikan anda mempunyai kad pengenalan (MyKad), nombor telefon yang aktif, alamat e-mel, serta RM10 untuk deposit permulaan.
Setelah semua dokumen dan maklumat disediakan, ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuka akaun RHB secara dalam talian.
1. Muat turun aplikasi RHB Mobile Banking
Download aplikasi RHB Mobile Banking melalui Google Play Store atau App Store.
2. Layari pautan ini
Buka pautan ini dalam browser anda: https://onlinebanking.rhbgroup.com/my/open-in-app?mohe
3. Isi butiran dan ikut arahan di skrin untuk menghantar permohonan anda
Pastikan anda menyediakan RM10 sebagai deposit permulaan untuk pengesahan dan pengaktifan akaun secara atas talian
4. Semak emal yang anda daftarkan untuk menerima “Welcome Email” daripada RHB
Jika anda memohon pinjaman PTPTN, anda boleh menggunakan nombor akaun yang tertera di emel tersebut
5. Kad Debit-i RHB MySiswa
Dapatkan Kad Debit-i RHB MySiswa setelah pihak universiti memaklumkan kepada anda
6. Aktifkan Kad Debit-i RHB MySiswa
Aktifkan Kad Debit-i RHB MySiswa anda dengan membawa kad dan MyKad ke kaunter RHB di universiti anda. Anda boleh menggunakan kad untuk transaksi perbankan selepas pengaktifan.
Nota: Bagi individu yang berumur di bawah 18 tahun, pembukaan akaun boleh dilakukan di mana-mana cawangan RHB yang berdekatan. Hanya bawa dokumen seperti Sijil Kelahiran Asal, MyKad Asal, dan Surat Tawaran Universiti. Anda mesti ditemani ibu bapa atau penjaga.
Jika ditemani penjaga, bawa bukti hubungan seperti surat penjaga.

Kenapa Pelajar Perlu Buka Akaun RHB?
Pelajar UiTM perlu membuka akaun RHB kerana Kad MySiswa dihubungkan dengan akaun Simpanan iPro RHB. Inisiatif KPT, Universiti Awam dan RHB ini bertujuan menyokong konsep cashless campus, smart campus, serta menjadikan Kad MySiswa sebagai kad identiti pelajar.
Ia juga memudahkan urusan kewangan pelajar, universiti, PTPTN dan KPT dalam satu ekosistem yang lebih cekap dan teratur.
Baca juga: Medical Check Up Pelajar Matrikulasi UPU (2026)
Beza Kad MySiswa Pelajar
Kad MySiswa bagi pelajar yang mempunyai akaun Simpanan i-Pro (RHB) dan tiada akaun Simpanan i-Pro (RHB) adalah berbeza dari segi reka bentuk.
Mudah nak kenal pasti: Jika Kad MySiswa anda mempunyai gambar cip elektronik, itu bermakna akaun Simpanan iPro RHB telah dibuka. Jika tiada gambar cip elektronik pada kad, anda dikategorikan sebagai belum mempunyai akaun tersebut.

Maklumat Lanjut
Sebarang info lanjut, layari platform rasmi RHB Online Banking.
Bantuan Berkaitan Akaun Perbankan
Chat dengan pihak RHB
- Akses melalui aplikasi RHB Mobile Banking
- Waktu operasi: 9 pagi – 9 malam (Isnin hingga Ahad termasuk cuti umum)
Cara akses Live Chat:
- Tekan bahagian “Settings”
- Pilih “Live Chat”
- Masukkan kata laluan log masuk
Hubungi Khidmat Pelanggan
- Telefon: 03-9206 8118
- Tersedia 24 jam
Kunjungi Cawangan RHB
- Anda juga boleh membuat temu janji melalui aplikasi RHB Mobile Banking sebelum hadir ke cawangan.
Pertanyaan Bukan Berkaitan Akaun Perbankan
- [email protected]
- Pihak RHB akan memberi maklum balas dalam tempoh 3 hari bekerja.
Sekiranya anda mempunyai maklum balas atau aduan, anda boleh menghubungi pihak RHB untuk membantu menambah baik pengalaman perbankan anda.
Soalan Lazim Buka Akaun RHB Online
Rujuk soalan lazim Buka Akaun RHB Online di sini:
Nama akaun tersebut adalah akaun Simpanan iPro. Akaun ini hanya akan dipautkan secara khusus kepada Kad MySiswa yang dicetak/dikeluarkan oleh pihak UiTM sahaja.
Ya, akaun di bawah inisiatif Kad MySiswa adalah akaun khas yang diwujudkan oleh pihak bank RHB dan akaun ini dinamakan sebagai akaun Simpanan iPro. Antara keistimewaan Simpanan iPro ini adalah ianya percuma dan tiada yuran tahunan yang akan dikenakan oleh pihak bank RHB ke atas pelajar sepanjang pengajian di UiTM.
Kemasukan dan pendaftaran pelajar baharu UiTM mulai Julai 2023 dan kemasukan seterusnya, semua pelajar baharu UiTM perlu membuka dan mengaktifkan akaun Simpanan iPro RHB terlebih dahulu di mana-mana cawangan bank RHB sebelum hadir ke kampus UiTM untuk membuat pendaftaran sebagai pelajar baharu UiTM.
Pembukaan akaun Simpanan iPro RHB oleh semua pelajar UiTM juga boleh dibuat melalui kaedah secara atas talian (online).
Akaun Simpanan iPro akan ditutup secara automatik jika akaun tersebut tidak diaktifkan dalam tempoh 240 hari dari tarikh pembukaan akaun dan/atau jika tiada deposit diterima dalam tempoh 300 hari dari tarikh pembukaan akaun.
Satu (1) SMS daripada pihak RHB akan dihantar kepada pelajar UiTM sebelum penutupan akaun Simpanan iPro dibuat oleh pihak RHB. Contoh SMS adalah seperti berikut :
“RM0 RHB: Akaun Simpanan-i PRO anda akan ditutup jika masih tiada pengaktifan/transaksi. AKTIFKAN di RHB berhampiran dan guna Kad Debit-i MySISWA anda SEKARANG.”
Jika berlaku senario di atas, pelajar perlu :
i. Membuka akaun Simpanan iPro RHB yang baharu di mana-mana cawangan bank RHB.
Nota : Bagi tujuan pembukaan akaun baharu di cawangan bank RHB, pelajar UiTM perlu membawa bersama Kad Pengenalan (warganegara Malaysia) / Passport (bukan warganegara Malaysia), Kad MySiswa (jika ada) dan Surat Pengesahan Pelajar UiTM bagi melancarkan proses pembukaan akaun.
ii. Membuat pautan Kad MySiswa ke Akaun Simpanan iPro RHB yang baharu dan mengaktifkan kad tersebut.
Kad MySiswa yang masih belum diaktifkan atau belum dibuat pautan pada mana-mana akaun Simpanan iPro, kad tersebut masih boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat pautan ke akaun yang baharu dibuka. Oleh itu, tiada Kad MySiswa baharu yang perlu dicetak oleh pihak UiTM.
1. Tiada deposit permulaan diperlukan.
2. Arahan Tetap Percuma mengenai pemindahan dana daripada RHB Bank/RHB Islamic Akaun Semasa atau Akaun Simpanan ke akaun Simpanan iPro.
3. Anda mungkin mempunyai pilihan untuk menderma peratusan tertentu keuntungan Pelanggan yang diperoleh daripada akaun Simpanan iPro anda kepada Badan Amal tersenarai.
4. Dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 untuk setiap. Pendeposit.
5. Untuk maklumat lanjut, untuk merujuk kepada www.rhbgroup.com
Nota: Had pengeluaran harian tertakluk kepada had RM5,000 sehari dan sehingga lima (5) kali sehari, tidak termasuk transaksi runcit, pembayaran bil dalam talian, pemulangan cek tempatan.
Ya, jika anda berumur 18 tahun ke atas. Bagi pelajar yang berumur di bawah 18 tahun dan mereka yang mempunyai akaun status bawah umur, anda tidak layak untuk mendaftar Perbankan Internet / Perbankan Mudah Alih (IBK / MBK).
– Urus niaga ATM di mana-mana.
– ATM RHB MEPS bank tempatan / asing (di Malaysia).
– ATM yang memaparkan VISA / MasterCard / VISA Plus Cirrus (Di Luar Malaysia).
– Perbelanjaan runcit untuk membeli barangan atau perkhidmatan melalui transaksi PIN (nombor Pengenalan Peribadi (PIN) 6 digit diperlukan di terminal tempat jualan).
Tanpa Sentuhan/Gelombang
– Pembelian RM250 & ke bawah, tiada Pin diperlukan.
– Pembelian RM251 & ke atas, PIN diperlukan.
Tandatangan (Berkuat kuasa 1 Julai 2017, tandatangan tidak lagi diterima di Malaysia)
Pelanggan dikehendaki menandatangani slip caj.
Pembelian dalam talian / Internet
– Untuk memasukkan PIN anda untuk melindungi transaksi dalam talian.
– Untuk ikut serta untuk kad tidak hadir fungsi dahulu.
– Untuk maklumat lanjut tentang fungsi ikut serta, rujuk perkara 16.
Untuk butiran lanjut, anda boleh merujuk kepada Helaian Pendedahan Produk untuk Kad MySiswa yang disediakan dalam Buku Persetujuan Program RHB Joy@Uni.




