Cara Daftar Alumni UiTM & Tebus Manfaat Menarik!

alumni uitm
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Nak tahu tak, kalau anda daftar jadi Alumni UiTM (Universiti Teknologi MARA), anda berpeluang menikmati pelbagai kelebihan eksklusif yang sangat berbaloi untuk kegunaan harian.

Anda boleh mendaftar menjadi ahli Alumni UITM di https://myalumnicard.uitm.edu.my/login.

Ada banyak kelebihan tersedia contohnya potongan harga untuk Zus Coffee, KHATAM, akses mudah ke fasiliti pendidikan, serta pelbagai tawaran gaya hidup lain yang boleh menjimatkan perbelanjaan harian anda.

Rujuk cara daftar sebagai alumni UITM dan kelebihannya di bawah.

Siapa Boleh Daftar Jadi Alumni UiTM?

Alumni UiTM merujuk kepada semua bekas pelajar yang telah menamatkan pengajian mereka secara rasmi di Universiti Teknologi MARA, sama ada di kampus induk atau mana-mana kampus cawangan seluruh Malaysia.

Rangkaian ini diuruskan oleh Pusat Jaringan Alumni (Alumni Network Centre – ANC) dengan matlamat untuk mengekalkan hubungan silaturahim antara graduan dan universiti, di samping menawarkan sokongan kerjaya serta faedah kebajikan kepada ahlinya.

Cara Daftar Alumni UiTM

Proses pendaftaran keahlian adalah percuma dan boleh diselesaikan dalam masa beberapa minit sahaja secara dalam talian. Berikut ialah langkah mudah yang boleh anda ikuti:

  1. Layari laman web MyAlumni Card UiTM di pautan berikut: https://myalumnicard.uitm.edu.my/login
  2. Pilih akaun emel untuk sign in.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda, klik Verify.
  4. Kemudian, lengkapkan dan semak maklumat anda.
  5. Klik, kotak tanda setuju.
  6. Klik, Sign Up.
alumni uitm
Layari laman web MyAlumni Card UiTM & pilih akaun emel untuk sign in.

ALUMNI UITM
Masukkan nombor kad pengenalan anda, klik Verify.
alumni uitm
Lengkapkan dan semak maklumat, klik kotak tanda setuju dan klik Sign Up.

Senarai Manfaat & Kelebihan Alumni UiTM

Apabila anda berjaya mendaftar keahlian MyAlumni UiTM Virtual Card, terdapat pelbagai kelebihan eksklusif yang boleh anda tebus di rangkaian tertentu contohnya:

  1. ZUS Coffee
  2. Khatam
  3. Carsome
  4. Pelan Pascabayar CelcomDigi
  5. Akarea
  6. Produk Gramp’s
  7. KPJ Kinrara Resort
  8. OYO
  9. Sewa Kereta Socar
  10. Hotel Royale Chulan
  11. Felda Hotels & Resorts
  12. Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM)
  13. Pakej Kesihatan Salam Specialist Hospital
  14. Industri Berjasa Engineering
  15. Ahli Perpustakaan
alumni uitm
Sumber: UITM

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, kemas kini promosi terbaharu, atau masalah teknikal berkaitan sistem pendaftaran, anda boleh merujuk terus kepada pihak pengurusan melalui saluran rasmi berikut:

Soalan Lazim Alumni UiTM

Adakah pendaftaran kad maya MyAlumni UiTM ini dikenakan sebarang bayaran?

Tidak. Pendaftaran dan pengaktifan kad maya MyAlumni UiTM melalui portal rasmi adalah percuma untuk semua graduan.

Saya terlupa nombor pelajar (Matrix Card Number), adakah saya masih boleh mendaftar?

Boleh. Sistem pendaftaran utama menggunakan semakan nombor kad pengenalan anda untuk mengesan rekod konvokesyen dan pengajian lalu.

Bagaimana cara untuk saya menebus diskaun di kedai rakan niaga seperti ZUS Coffee?

Anda hanya perlu log masuk ke portal MyAlumni melalui telefon pintar, tunjukkan kad maya (Virtual Card) atau kod QR keahlian anda kepada juruwang sebelum membuat pembayaran. Bagi aplikasi tertentu, kod promosi khas biasanya disediakan di dalam portal untuk dimasukkan semasa membuat pesanan secara dalam talian.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut