Bulan Keluarga Kebangsaan 2023: Majlis Sambutan dan Tema

Mungkin ramai rakyat Malaysia sendiri tidak tahun dengan kewujudan Bulan Keluarga Kebangsaan yang disambut pada bulan November setiap tahun.

Jangan terkeliru, Bulan Keluarga Kebangsaan tidak sama dengan Bulan Kebangsaan kerana sambutan ini merupakan platform penting bagi menghargai kepentingan institusi keluarga.

Majlis Pelancaran Sambutan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan (BKK) Tahun 2023 telah dirasmikan sendiri oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada tarikh 4 November yang lalu berrtempat di Putrajaya.

Turut sama hadir ialah isteri Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail, YB Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Kementerian Luar Negeri, YB Dr. Zaliha bin Mustafa, Menteri Kesihatan Malaysia, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi serta Pegawai-pegawai Kanan kementerian.

Bulan Keluarga Kebangsaan

BKK turut disambut di setiap negeri sepanjang November sebagai tanda sokongan dan kerjasama strategik rentas agensi, jabatan dan kementerian dalam memartabatkan institusi keluarga.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan bagi mewarnai lagi sambutan ini dan mencipta memori indah bersama keluarga tercinta seperti Zumba Keluarga, Family Fun Walk, Ekspo KASIH MADANI, gerai Jualan RAHMAH serta aktiviti Mini Karnival Kasih MADANI.

Artikel berkaitan: Tema & Logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023

Tema sambutan 2023

Tema sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan pada tahun 202 ini adalah “Keluarga Harmoni, Negara MADANI”.

Tema ini sememangnya sinonim dan seiring dengan modenisasi dalam kehidupan
masyarakat masa kini.

Sambutan pada bulan ini akan menjadi platform untuk menyemarakkan keutuhan serta keterangkuman dalam Keluarga Malaysia, sekali gus menjamin kemakmuran dan perpaduan sebuah keluarga yang besar.

> Dapatkan buku Keluarga Yang Setia Menyayangi Dalam Al-Quran

Pengenalan Anugerah Khas Kasih MADANI

Sempena sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2023, Anugerah Khas Kasih MADANI diperkenalkan kepada majikan yang melaksanakan amalan dan polisi mesra keluarga di agensi dan syarikat masing-masing.

Anugerah ini bertujuan mengiktiraf amalan baik majikan yang memberi sokongan kepada usaha Kerajaan bagi membantu rakyat dalam mengimbangi kerja dan keluarga (work life balance).

Selain penyertaan kementerian dan kerajaan negeri sebagai penggerak utama program, kerajaan amat berharap sektor swasta, NGO dan komuniti turut mengambil bahagian agar program kesejahteraan keluarga dilaksanakan sebaik dan sebanyak mungkin mengikut kapasiti masing-masing.

Penganjuran program juga boleh dilakukan di peringkat nasional secara gandingan kerjasama dengan agensi kerajaan sebagai satu acara nasional negara bagi mempertingkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!