Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Senarai Buffet Ramadan halal di Malaysia yang kami kongsikan ini merujuk kepada hotel atau restoran yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Semakan status halal dan senarai hotel / resort yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) boleh dibuat dari semasa ke semasa melalui portal rasmi https://myehalal.halal.gov.my/.

Ringkasan Pantas

  • Buffet Ramadan halal mesti mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM)
  • Tidak semua hotel automatik halal
  • Sijil sah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  • Status boleh disemak melalui portal Halal Malaysia
  • Pastikan sijil masih aktif untuk tahun 2026

Kenapa Penting Pilih Buffet Ramadan Bersijil Halal?

Ramai sangka menu yang tak ada khinzir / alkohol atau dilabel sebagai “Muslim friendly” adalah automatik halal.

Sebenarnya tidak.

Di bawah peraturan pensijilan halal Malaysia, premis makanan hanya boleh menggunakan istilah “halal” jika mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah dan masih aktif dalam sistem Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Buffet Ramadan tanpa sijil halal rasmi:

  • Tidak melalui audit bahan mentah
  • Tidak dipantau proses dapur
  • Tidak disahkan pengendalian makanan

Sebab itu, penting untuk semak status sebelum buat tempahan.

Rujuk senarai hotel yang mempunyai sijil halal dan sudah pastinya mempunyai buffet Ramadan halal sempena Ramadan di bawah.

BACA JUGA: Buffet Ramadan 2026 – Lokasi, Cara Tempah & Harga Early Bird

Senarai Hotel / Resort Pemegang Sijil Halal JAKIM 2026

Sempena ketibaan bulan Ramadan 1447H, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan senarai hotel dan resort yang merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebagai rujukan kepada para pengguna.

Wilayah Persekutuan

Berikut ialah senarai hotel dan resort di Kuala Lumpur yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah dan direkodkan di bawah sistem pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Tarikh kemaskini: 16 Februari 2026

  1. AC Hotel KL – Sah hingga 15/11/2027
  2. Aloft KL Sentral Hotel – Sah hingga 28/2/2026
  3. Amari KL – Sah hingga 31/12/2027
  4. AnCasa Hotel KL – Sah hingga 31/5/2026, 15/10/2026
  5. Arena Star Hotel – Sah hingga 15/1/2028
  6. Berjaya Times Square Hotel – Sah hingga 15/3/2026
  7. Cititel Mid Valley – Sah hingga 31/10/2027
  8. Cosmo Hotel KL – Sah hingga 15/2/2027
  9. Crystal Crown Hotel KL – Sah hingga 15/9/2027
  10. Days Hotel & Suites – Sah hingga 15/5/2027
  11. De Moccis Boutique Hotel – Sah hingga 15/12/2026
  12. Dorsett KL – Sah hingga 30/9/2026
  13. DoubleTree by Hilton Hotel – Sah hingga 30/4/2026
  14. Equatorial KL – Sah hingga 30/6/2027
  15. Four Points by Sheraton KL – Sah hingga 30/11/2027
  16. Furama Bukit Bintang – Sah hingga 15/4/2026
  17. Grand Continental KL – Sah hingga 31/1/2027, 31/10/2027
  18. Grand Hyatt KL – Sah hingga 31/3/2026
  19. Grand Mercure Hotel KL – Sah hingga 15/5/2027
  20. Hilton KL – Sah hingga 31/8/2026
  21. Ibis KLCC – Sah hingga 15/8/2027
  22. Ibis Styles KL Fraser Business Park – Sah hingga 15/11/2027
  23. Ibis Styles KL Sri Damansara – Sah hingga 31/12/2027
  24. Impiana KLCC Hotel – Sah hingga 15/2/2027
  25. InterContinental Hotel KL – Sah hingga 31/1/2027, 15/2/2027
  26. Komune Living & Wellness – Sah hingga 31/10/2027
  27. Komune Living Bangsar South – Sah hingga 30/11/2027
  28. Le Méridien KL – Sah hingga 31/10/2027
  29. Mandarin Oriental KL – Sah hingga 15/12/2027
  30. Mercure KL Shaw Parade – Sah hingga 30/4/2027
  31. Metrostar Hotel KL – Sah hingga 31/5/2026
  32. M Resort & Hotel – Sah hingga 15/8/2027
  33. Novotel KLCC – Sah hingga 31/3/2027
  34. Oakwood Hotel & Residence – Sah hingga 15/3/2026
  35. PARKROYAL Collection KL – Sah hingga 31/5/2026, 31/7/2026
  36. Perdana KLCC – Sah hingga 28/2/2027
  37. Premiera Hotel – Sah hingga 15/3/2027
  38. Pullman KLCC Hotel – Sah hingga 31/5/2027
  39. Renaissance KL Hotel – Sah hingga 31/7/2026, 15/3/2027
  40. Royal Hotel KL – Sah hingga 31/7/2026
  41. Royale Chulan KL – Sah hingga 15/5/2027
  42. Royal Signature Hotel – Sah hingga 30/11/2026
  43. Santa Grand Signature KL – Sah hingga 31/10/2027
  44. Seri Pacific Hotel KL – Sah hingga 31/8/2026
  45. Sheraton Imperial KL Hotel – Sah hingga 31/3/2027
  46. Silka Cheras KL – Sah hingga 31 Oktober 2027
  47. St Giles Boulevard Hotel KL – Sah hingga 15 Februari 2026
  48. Sunway Putra Hotel – Sah hingga 15 Januari 2028
  49. Tamu Hotel & Suites KL – Sah hingga 30 November 2026
  50. The Pearl KL – Sah hingga 30 November 2026
  51. The Westin KL – Sah hingga 28 Februari 2026
  52. UTM Hotel & Residence – Sah hingga 31 Mac 2027
  53. VE Hotel & Residence – Sah hingga 15 Oktober 2027
  54. WP Hotel – Sah hingga 15 Oktober 2027
  55. Wyndham Grand Bangsar KL – Sah hingga 15 September 2026

Johor

Terengganu

Pahang

Perak

Selangor

Kedah

Melaka

Perlis

Kelantan

Negeri Sembilan

Pulau Pinang

Sarawak

Sabah

Mengapa Perlu Pilih Hotel Berstatus Halal JAKIM?

Sebelum menempah, fahami perbezaan antara “Muslim-friendly” dan “Halal Certified”. Hotel yang mempunyai sijil halal melalui audit ketat merangkumi:

  • Sumber Bahan Mentah: Daging dan ayam yang disembelih mengikut syarak.
  • Kebersihan Premis: Standard sanitasi yang tinggi di dapur.
  • Rantaian Bekalan: Tiada percampuran dengan bahan yang meragukan (syubhah).

Untuk pengetahuan anda lagi, istilah seperti “Buffet Ramadan”, “Iftar Ramadan” dan frasa seumpamanya tidak boleh digunakan sewenang‑wenangnya oleh mana‑mana premis makanan.

Di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, hanya premis yang mempunyai SPHM sahaja dibenarkan menggunakan istilah yang boleh memberi gambaran makanan halal kepada pengguna Islam.

Jadi, kalau nak cari buffet Ramadan tu, bolehlah cari buffet Ramadan di hotel-hotel yang telah memiliki sijil pengesahan Halal Jakim.

Contoh Buffet Ramadan Halal 2026

Berikut ialah contoh buffet Ramadan yang mempunyai logo halal:

Buffet Ramadan 2026
Buffet Ramadan 2026

Buffet Ramadan 2026
Buffet Ramadan 2026

Buffet Ramadan 2026
Buffet Ramadan 2026

Cara Semak Status Halal Hotel/Resort

Layari portal rasmi Bahagian Halal Jakim Malaysia untuk anda menyemak status halal hotel atau resort di Malaysia bagi tahun 2026.

Anda boleh semak sendiri dengan langkah mudah berikut:

Langkah ringkas:

  1. Masuk ke laman web rasmi https://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/v1/
  2. Klik “Semakan Status Halal”
  3. Masukkan nama hotel / syarikat
  4. Semak tarikh sah sijil
    • Tip: Pastikan sijil masih aktif untuk tahun 2026.

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Buffet Ramadan Halal

Dapatkan info terkini dan maklumat lanjut di portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di https://myehalal.halal.gov.my/ atau ikuti facebook rasmi Bahagian Hab Halal Jakim.

Adakah semua hotel di Malaysia mempunyai sijil halal?

Tidak. Tidak semua hotel memegang sijil halal JAKIM. Ada yang hanya menggunakan bahan-bahan daripada pembekal halal tetapi tidak memohon sijil rasmi kerana masih menghidangkan alkohol di bar atau lounge mereka. Pastikan anda menyemak status Dapur Utama (Central Kitchen) atau restoran spesifik yang menghidangkan buffet tersebut.

Bagaimana jika sesebuah hotel tiada logo halal tetapi mendakwa “No Pork, No Lard”?

Terma “No Pork, No Lard” bukanlah jaminan halal. Ia hanya bermaksud tiada babi atau lemak babi digunakan, namun ia tidak menjamin sumber penyembelihan daging/ayam atau penggunaan bahan kritikal lain (seperti arak dalam masakan). Pilihlah premis dengan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) untuk jaminan 100%.

Apa yang perlu saya lakukan jika makanan yang dihidangkan meragukan?

Anda berhak bertanya kepada Chef atau Pengurus Restoran tentang sumber bahan mentah mereka. Premis yang mempunyai sijil halal JAKIM wajib menyimpan rekod pembelian bahan mentah untuk tujuan audit, jadi mereka sepatutnya boleh memberikan penjelasan dengan yakin.

Adakah semua hotel boleh guna istilah “Buffet Ramadan”?

Tidak, premis yang tidak mempunyai sijil halal tidak dibenarkan menggunakan istilah seperti “Buffet Ramadan”, “Iftar Ramadan”, “Jom Berbuka”, “Muslim‑friendly” dan frasa seumpamanya dalam iklan mereka. Larangan ini diperuntukkan di bawah Perintah/ Akta Perihal Dagangan berkaitan perakuan dan takrif halal untuk mengelakkan pengguna Islam tersalah anggap bahawa bufet tersebut dijamin halal.

Bagaimana cara paling mudah untuk semak status halal hotel/resort?

Antara cara utama ialah menyemak nama hotel di portal rasmi Halal Malaysia (JAKIM), aplikasi mudah alih halal (seperti Verify Halal), atau semak senarai yang dikongsikan di atas.

Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang
PENULIS