BuAi LPPKN: Bantuan Rawatan Kesuburan & Advokasi Infertiliti

buai lppkn
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menawarkan sokongan dan kepakaran untuk membantu mereka yang berusaha menimang cahaya mata menerusi Program Bantuan Rawatan Kesuburan dan Advokasi Subfertiliti (BuAi) LPPKN.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai program ini.

Mengenai Program Bantuan Rawatan Kesuburan & Advokasi Infertiliti (BuAi)

BuAi merupakan program yang dilaksanakan bagi membantu pasangan yang berdepan cabaran mendapatkan zuriat agar akses kepada rawatan kesuburan lebih terbuka dan inklusif.

Menerusi program ini, pasangan golongan B40 dan M40 akan diberikan bantuan subsidi untuk menjalani rawatan kesuburan permanian beradas (IUI).

Subsidi penuh akan diberikan merangkumi:

  • Konsultasi Doktor
  • Ultrabunyi Pelvis
  • Ubat-Ubatan
  • Prosedur IUI

Dengan peruntukan sebanyak RM6 juta diperuntukkan, seramai 125 ibu berjaya hamil hasil sokongan rawatan dan advokasi yang disediakan.

Manfaat Program

Manfaat yang akan diterima pasangan suami isteri adalah seperti berikut :

  • Perkhidmatan kaunseling, konsultasi, saringan dan rawatan kesuburan dan kesejahteraan lelaki
  • Rawatan IUI akan dibiayai untuk maksimum 2 kitaran rawatan IUI.
  • Kempen advokasi kesuburan dan kesejahteraan lelaki melalui platform fizikal, media sosial dan outreach dengan tagline “Lebih Awal Lebih Baik”

Lokasi Klinik Subfertiliti LPPKN

Terdapat 4 Klinik Subfertiliti LPPKN dan Klinik Fertiliti LPPKN Full Paying Patient (FPP) iaitu :

Nama KlinikAlamat
Klinik Subfertiliti LPPKN Kuala LumpurTingkat 6, Bangunan LPPKN,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur
Klinik Fertiliti LPPKN Full Paying Patient (FPP)Aras Bawah, Bangunan LPPKN,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur
Klinik Subfertiliti LPPKN JohorPusat Keluarga LPPKN Johor
29-37, Jln Bestari ¼, Tmn Nusa Bestari,
81300 Skudai, Johor
Klinik Subfertiliti LPPKN Pulau PinangPusat Keluarga LPPKN Bertam
8875, Jalan Bertam, Kepala Batas
13200 Pulau Pinang
Klinik Subfertiliti LPPKN SarawakPusat Keluarga LPPKN Sarawak
Lot 3593, Blok 14, Salak Land District
Jalan Sultan Tengah, 93050 Kuching, Sarawak

Syarat Permohonan

Syarat pasangan yang layak untuk menerima bantuan :

  1. Pendapatan isi rumah kurang daripada RM10,000 sebulan.
  2. Pasangan suami isteri yang sah berkahwin dan berdaftar mengikut undang – undang Malaysia.
  3. Kedua-dua suami isteri adalah Warganegara Malaysia.
  4. Masalah Subfertiliti primer dan sekunder.
  5. Umur isteri kurang daripada 37 tahun.
  6. Pasangan tidak mendapat sebarang bantuan kewangan rawatan subfertiliti daripada mana-mana agensi lain semasa menjalani program rawatan ini.
  7. Menghadiri sesi konsultasi dan saringan kesuburan di Klinik Subfertiliti LPPKN atau di Klinik Fertiliti LPPKN Full Paying Patient (FPP).

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila kunjungi mana-mana 4 Klinik Subfertiliti LPPKN dan Klinik Fertiliti LPPKN Full Paying Patient (FPP) yang berhampiran.

Soalan Lazim

Apakah maksud Program BUAI LPPKN?

Program ini ialah program khusus bagi membantu pasangan yang berdepan cabaran mendapatkan zuriat agar akses kepada rawatan kesuburan lebih terbuka dan inklusif.

Siapakah yang boleh memohon program ini?

Mereka yang tergolong dalam golongan ini layak memohon:
– Pasangan suami isteri warganegara Malaysia.
– Perkahwinan yang sah.
– Isteri berumur 37 tahun ke bawah
– Pendapatan pasangan kurang daripada RM10,000 sebulan.
– Masalah Subfertiliti primer dan sekunder.

Apakah bentuk subsidi penuh yang ditawarkan?

Subsidi penuh akan diberikan merangkumi:
– Konsultasi Doktor
– Ultrabunyi Pelvis
– Ubat-Ubatan
– Prosedur IUI

Dimanakah rawatan akan dijalankan?

Rawatan akan dijalankan di 4 Klinik Subfertiliti LPPKN dan Klinik Fertiliti LPPKN Full Paying Patient (FPP) seluruh negara.

Bagaimanakah cara untuk memohon?

Permohonan boleh dibuat dengan mengunjungi mana-mana 4 Klinik Subfertiliti LPPKN dan Klinik Fertiliti LPPKN Full Paying Patient (FPP) yang berhampiran.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Program BuAi LPPKN, sila layari laman web https://www.lppkn.gov.my/.

Baca juga: Tanda Keguguran Trimester 1 Yang Ramai Ibu Hamil Tak Jangka

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut