BPR Fasa 3: Semakan Status & Baki Bayaran Mengikut Kategori

Terkini: Tarikh Bayaran BPR Fasa 3 Bagi Rayuan BPR Yang Berstatus LULUS

Adalah dimaklumkan bahawa Rayuan BPR 2021 yang berstatus lulus dan masih belum menerima bayaran termasuk status kredit (dalam proses pengkreditan), pembayaran adalah seperti berikut:

  • Ada akaun (BSN) – Bayaran mulai 2 November 2021 secara berperingkat
  • Ada akaun (selain BSN) – Bayaran mulai 5 November 2021 secara berperingkat
  • Tiada akaun – Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 5 November 2021

Perkara ini dimaklumkan melalui laman web rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Bagi penerima sedia ada, tarikh pembayaran BPR Fasa 3 telah bermula pada 28 September 2021.

Pembayaran ini telah dikreditkan bersekali dengan penerima BPR Fasa 3 bersekali pada penghujung September 2021 lalu.

Rujuk kenyataan rasmi Menteri Kewangan di bawah:

Rujuk cara semakan serta baki bayaran yang akan diterima mengikut kategori melalui jadual di bawah.

Apakah BPR?

Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR telah dilancarkan oleh Menteri Kewangan pada sesi pembentangan Belanjawan 2021 sebelum ini.

BPR 2021 bertujuan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Bayaran BPR dibuat dalam 3 fasa kesemuanya, dan Fasa 1 dan Fasa 2 telah diagihkan sebelum ini.

bpr fasa 3

Bilakah Bayaran BPR Fasa 3 Akan Dikreditkan?

Permohonan BPR 2021 yang layak akan menerima bayaran Fasa Ketiga selepas melepasi semakan verifikasi kelayakan.

Tarikh bayaran BPR Fasa 3 akan diterima pada bermula 28 September 2021, manakala semakan status boleh dibuat bermula 18 September 2021 melalui portal BPR.

Berapakah Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima?

Jumlah bayaran Fasa 3 yang akan diterima adalah bergantung kepada kategori penerima seperti berikut:

Kategori Keluarga

  • RM500 utk Isi rumah <2500 (Kurang dari 1 anak)
  • RM1100 utk Isi rumah <2500 (2 anak ke atas)
  • RM200 utk Isi Rumah >2501 – 4000 (Kurang dari 1 anak)
  • RM600 utk Isi Rumah >2501 – 4000 (2 anak ke atas)
  • RM100 utk Isi Rumah >4001 – 5000 (Kurang dari 1 anak)
  • RM200 utk Isi Rumah >4001 – 5000 (2 anak ke atas)
bpr fasa 3

Berapakah Bayaran Fasa 3 Bagi Kategori Bujang?

Kategori Bujang tidak akan menerima bayaran Fasa 3 kerana telah menerima keseluruhan amaun bayaran Bantuan Prihatin Rakyat berjumlah RM350 dalam Fasa 1 dan Fasa 2.

bpr fasa 3

Cara Semakan Status / Bayaran BPR Fasa 3

Untuk membuat semakan status kelulusan dan maklumat pembayaran BPR, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang ‘Semak Status’
  4. Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.

Baca juga: Bantuan JKM 2021: Semakan Status & Jadual Pembayaran Bulanan

Maklumat Lanjut

  • Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!