Advertisements

Cara Daftar Akaun Boost Merchant (Untuk Peniaga)

Advertisements

Sekiranya anda seorang peniaga, anda digalakkan untuk mendaftarkan diri dengan Boost Merchant bagi memanfaatkan aplikasi Boost eWallet yang begitu popular di Malaysia.

Mengikut statistik dari laman Boost sendiri, terdapat 8.8 juta pengguna Boost di Malaysia dengan lebih 200 ribu perniagaan telah mendaftarkan perniagaan mereka untuk menerima pembayaran melalui aplikasi Boost.

Boost ialah e-dompet gaya hidup tempatan yang bertujuan untuk merevolusikan cara pengguna berurus niaga setiap hari.

Dengan menggabungkan keperluan gaya hidup dan teknologi digital termaju, Boost berusaha untuk menjadikan urus niaga lebih mudah, lebih pantas, lebih selamat & keseluruhannya pengalaman yang lebih bermanfaat untuk pengguna.

Artikel berkaitan: Cara Daftar Boost eWallet, Kelebihannya & Promosi Terkini

Manfaat dan kelebihan

Sekiranya anda masih berkira-kira sama ada mahu mendaftarkan diri dengan Boost Merchant, berikut merupakan antara beberapa manfaat dan kelebihan mendaftarkan diri:

  1. Capaian pengguna – Jutaan pengguna Boost sedia ada
  2. Pendedahan – Pelbagai tawaran dan promosi menarik oleh pihak Boost agar pengguna berbelanja lebih banyak
  3. Mudah – Hanya beberapa klik sahaja untuk buat pembayaran
  4. Selamat – Setiap transaksi adalah selamat dan anda tidak lagi perlu membawa wang tunai
  5. Murah – Aplikasi Boost Business adalah percuma untuk digunakan dan fi transaksi adalah antara yang terendah di pasaran.

Cara mendaftar

boost merchant
  1. Layari halaman Boost Biz di alamat https://www.myboost.com.my/business
  2. Kemudian, klik pada butang “Login”
  3. Di halaman seterusnya, klik pada “Sign Up”
  4. Lengkapkan segala maklumat yang dikehendaki
  5. Klik butang “Next”

Dalam masa beberaap hari, anda akan menerima panggilan daripada pihak Boost untuk tujuan pengesahan dimana anda akan diminta untuk menghantar mereka beberapa dokumen sokongan untuk pengesahana perniagaan dan pengaktifan akaun Boost Business anda.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Muat turun aplikasi Boost Business

Setelah perniagaan anda diterima sebagai Boost Merchant, anda boleh menguruskan segala transaksi perniagaan ande melalui aplikasi Boost Business.

Pastikan anda hanya memuat turun aplikasi daripada sumber yang sahih sahaja dengan mengklik pautan di bawah:

  1. Google Play – Untuk pengguna Android
  2. App Store – Untuk pengguna iOS
  3. App Gallery – Untuk pengguna Huawei

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment