Advertisements

BKSS 7.0: Permohonan Bantuan RM10,000 One-off Untuk Peniaga

Advertisements

Sarawak Lancar BKSS 7.0

Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg menyempurnakan Majlis Simbolik Penyerahan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 dan melancarkan BKSS 7.0 di Dewan Serbaguna, Yayasan Sarawak Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah, Petrajaya.

Menurut Abang Johari, bantuan ini memberi fokus kepada perusahaan dan perniagaan yang sihat setelah menghadapi beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) memandangkan pelbagai aktiviti ekonomi tertangguh dalam usaha mengekang pandemik COVID-19 dan BKSS 1.0 -6.0 kini melibatkan perbelanjaan RM4.5 billion.

Antara bantuan yang diberikan di bawah BKSS 6.0 termasuklah bantuan tunai bagi isi rumah B40, elaun enam bulan kepada petugas barisan hadapan, bantuan kepada peniaga kecil dan penjaja, pemandu ‘e-hailing’ dan guru memandu, individu bujang, pemilik dan pengusaha penambang, pengusaha van berlesen, pemandu teksi, pemandu bas sekolah dan pengusaha van sekolah, pemandu pelancong, dan pemandu pelancong Taman Negara, Agensi Pelancongan Berlesen, Operator ‘Homestay’ Berlesen dan Pemandu Kenderaan Perlamcongan Berlesen.

Bantuan lain termasuklah diskaun bil air dan elektrik, kadar cukai taksiran, diskaun 30% cukai tanah, bakul makanan dan sewa bagi penerima yang layak.

Kerajaan negeri turut meneliti kegiatan ekonomi perusahaan dan perniagaan yang masih menanggung kos peralatan, gaji pekerja dan sewa yang mengganggu aliran tunai membantutkan perkembangan ekonomi mereka sejak pandemik COVID-19 melanda serta berbincang dengan wakil persatuan perusahaan dan perniagaan bagi membincangkan usaha atau strategi memulihkan kegiatan ekonomi terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Ekonomi dijangka akan beransur pulih semasa tempoh peralihan fasa PKP dengan pembukaan sektor ekonomi berperingkat setelah Program Vaksinasi Sarawak mencapai 80 peratus,” ujar Abang Johari.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

3 Fokus Utama Bantuan BKSS 7.0

Tiga fokus utama BKSS 7.0 pula, adalah seperti berikut:

1. Bantuan RM10,000 One-off Untuk Peniaga

Memberi bantuan kewangan RM10 ribu ringgit (‘one-off’) untuk perniagaan aktif yang berdaftar di Sarawak dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) setakat 31 Disember 2021 kepada lebih kurang 40 ribu perniagaan melibatkan kos RM400 juta bagi membantu kelangsungan perniagaan seperti perbelanjaan operasi, sewa dan upah pekerja terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Bayaran bantuan sebanyak RM5000 akan diagihkan pada bulan September dan baki RM5000 pada Disember 2021.

Tarikh atau cara permohonan BKSS 7.0 belum diumumkan setakat ini dan akan dikemaskini seiring dengan makluman oleh pihak Kerajaan Negeri Sarawak.

Baca juga: BKSS Peniaga 2021: Semakan Tarikh Bayaran RM1500 (Fasa 1 & Fasa 2)

2. Pengecualian Perolehan Kerajaan bagi Perniagaan dan Industri iaitu ‘Liquidated and Ascertained Damages’ (LAD) dan ‘Extension of Time’ (EAT)

LAD yang telah dikenakan akan dikecualikan dalam tempoh PKP diwartakan dan pernilaian akan dilakukan secara automatik pada setiap akhir bulan tanpa perlu menunggu permohonan terperinci secara bertulis dari pihak kontraktor bagi tujuan tuntutan dan pembaharan interim sebanyak RM1000 diagihkan bagi semua pemegang Kontrak Negeri.

Kerajaan Negeri turut membenarkan pembayaran kepada ‘Consultants Site Supervision’ selama tempoh PKP tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan juga membenarkan variasi harga untuk kontrak kerja kerajaan yang mengakibatkan kenaikan harga untuk bahan binaan tertentu kesan global pandemik dianggarkan dalam RM400 juta.

EOT pula dikenakan pada projek yang sedang berjalan dengan tarikh siap bukan dalam tempoh PKP 3.0 dan projek yang dijadualkan siap pada PKP 3.0 diberikan EOT maksimum 60 hari.

3. Pengecualian Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Ketiga pula mengenai Pengecualian Pembaharuan Permit Pekerja Asing melibatkan sektor perladangan berdaftar sehingga 31 Disember 2022 diperluas kepada pertanian, perlombongan, pembinaan dan servis perkhidmatan.

Terdahulu Setiausa Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion menegaskan penjawat awam negeri akan terus memberi komitmen yang tinggi dalam memacu ekonomi dan sistem tadbir urus kerajaan dan mengucapkan selamat ulangtahun ke-71 tahun kepada Ketua Menteri serta mengharapkan Sarawak terus cemerlang di bawah pimpinannya.

Turut hadir, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak (KWKPK) Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

(Sumber: Pusat Maklumat Rakyat Kuching / NST)

Leave a Comment