BKM Tambahan Untuk Ibu Bapa Tunggal & Warga Emas

BKM TAMBAHAN & BANTUAN TUNAI TAMBAHAN

Pembayaran Fasa 3 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kini dalam proses dikreditkan bagi penerima yang layak.

Tahukah anda, bagi penerima yang lulus, terdapat bayaran tambahan BKM yang telah diperuntukkan.

Bayaran Tambahan BKM ini dikhaskan bagi penerima BKM yang layak, manakala Bantuan Tunai Tambahan (BTT) telah dikreditkan dalam Fasa 2 terdahulu.

Berikut dikongsikan lebih lanjut untuk makluman bersama.

Apakah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah pemberian bantuan tunai langsung kepada kumpulan bersasar yang diumumkan melalui Bajet 2022.

Bantuan ini lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Penyaluran bantuan tunai ini diperuntukkan bagi penerima warga Malaysia dari kategori isi rumah dan bujang B40, warga emas dan ibu bapa tunggal.

BKM Tambahan BKM Untuk Ibu Tunggal & Warga Emas

BKM Tambahan pula adalah bayaran tambahan yang diperuntukkan bagi penerima BKM yang layak, iaitu bagi kategori isi rumah seperti berikut:

  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas
bayaran bkm tambahan


Kategori Bantuan Pendapatan Bilangan Anak Kelayakan Asas Kelayakan Selepas Kadar Tambahan

*Nota: Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.

Bilakah Akan Dapat BKM Tambahan?

Pembayaran BKM Tambahan Fasa 2 akan dibuat pada 27 Jun 2022.

Manakala Kadar Tambahan BKM telah dikreditkan dalam Fasa 3 ini.

Rujuk : Kadar Bayaran BKM Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 & Fasa 4 Setiap Kategori

Baca juga: Lupa Kata Laluan BKM? Ini Cara Reset ID & Tukar Password

Tempoh Permohonan / Kemaskini Maklumat

Tempoh permohonan Kemas Kini Maklumat Asas bagi penerima BKM 2022 yang tidak mengemukakan Permohonan Rayuan BKM adalah seperti berikut:

  • Mulai 12 September 2022 sehingga 29 September 2022*.
  • Mulai 10 Oktober 2022 sehingga 30 Oktober 2022*.

*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

  • Anda akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan
  • Anda tidak perlu membuat permohonan baharu BKM
  • Jika anda mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan Portal BKM
  • Jika anda tidak pernah memohon BPR ataupun BKC, dan tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM:
  • Anda boleh membuat permohonan baharu BKM secara dalam talian di Portal BKM;
  • Ataupun hadir ke mana-mana cawangan / pejabat satelit / pusat khidmat hasil / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM untuk megisi dan mengemukakan Borang Permohonan BKM

Kaedah Pembayaran

Pembayaran BKM dan BKM Tambahan adalah seperti kaedah pembayaran BKM sebelum ini :

  1. Ada akaun bank dan berjaya kredit
    • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
    • Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat
  2. Ada akaun bank tetapi gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup)
    • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
    • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM
  3. Tiada akaun bank
    • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
    • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM

Baca juga: Penebusan Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) Mulai 2022

Apakah Bantuan Tunai Tambahan (BTT)?

Bantuan Tunai Tambahan (BTT) adalah bayaran tambahan khas yang diperuntukkan untuk penerima BKM.

Jumlah bayaran tambahan ini akan diterima oleh penerima BKM Fasa 2 yang layak adalah seperti berikut:

JUMLAH BANTUAN TAMBAHAN :

  • RM100 untuk golongan isi rumah B40
  • RM50 untuk golongan bujang B40

TARIKH BAYARAN:

Perkara ini telah dijelaskan dalam Sidang Media Perdana Menteri bertarikh 22 Jun 2022.

Rujuk infografik:

Kerajaan sediakan bantuan tunai tambahan RM100 kepada isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang melalui BKM bagi B40 – PM @ismailsabri60

Maklumat Lanjut BKM Tambahan & Bantuan Tunai Tambahan (BTT)

Info lanjut & jumlah bayaran bagi setiap kategori penerima :

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!