Tawaran Biasiswa Top Glove Foundation 2022 Untuk Pelajar Prasiswazah dan Pascasiswazah

Tawaran Biasiswa Top Glove Foundation 2022 ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi Biasiswa Top Glove Foundation untuk tahun 2022 kini dibuka.

Pelajar prasiswazah dan pascasiswazah yang sedang melanjutkan pelajaran di IPT dialu-alukan untuk memohon sebelum tarikh tutup.

Biasiswa ini dibawa oleh Yayasan Top Glove bagi menyediakan dana untuk tujuan amal, pendidikan serta aktiviti berkaitan alam sekitar dan komuniti.

Yayasan Top Glove yang sudah wujud sejak tahun 2009 ini setia dalam menawarkan biasiswa kepada pelajar berkelayakan yang sedang mengikuti kursus ijazah sepenuh masa iaitu prasiswazah dan pascasiswazah di universiti awam tempatan.

Baca Juga : Tawaran Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) 2022

biasiswa top glove foundation

Tarikh Tutup Permohonan

Untuk makluman, tarikh tutup permohonan bagi biasiswa ini adalah pada 31 Mei 2022.

Bidang Pengajian Yang Layak Memohon

Pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran dalam salah satu bidang yang tersenarai di bawah layak untuk memohon :

  • Kejuruteraan/Sains
  • Kejuruteraan Mekatronik
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Kimia
  • Kejuruteraan Pembuatan
  • Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Kejuruteraan Awam
  • Kimia/Bio Kimia/Fizik/Matematik
  • Sains Polimer/Sains Gunaan
  • Pengurusan perniagaan
  • Perakaunan, Perdagangan dan Kewangan
  • Statistik/Matematik
  • Pemasaran/E-Dagang
  • Ekonomi
  • Sains dan Teknologi Komputer
  • Sumber Manusia
  • Pentadbiran/Pengurusan Perniagaan

Syarat Permohonan Biasiswa Top Glove Foundation 2022

Pelajar perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
  2. Telah diterima masuk di mana-mana universiti awam dalam negara.
  3. Pemohon tidak memegang biasiswa/pinjaman lain daripada mana-mana perbadanan atau badan kerajaan lain.
  4. Pemohon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum atau sukan serta mempunyai bakat kepimpinan yang baik.
  5. Pemohon mestilah dalam keadaan sihat dan fizikal yang tegap
  6. Pemohon mestilah mendapat keputusan akademik yang baik:
    – 9A dalam SPM di dalam mata pelajaran yang berkaitan.
    – Mendapat CGPA 3.5 dan ke atas di peringkat Matrikulasi/STPM/Asasi/A-Levels

Cara Memohon

Pelajar yang berkelayakan boleh memohon berpandukan langkah-langkah seperti berikut :

  1. Muat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/file/d/1eqi2w9FHS7r_QMJg-ou8Xo5pRKZfKK48/view?fbclid=IwAR36Hu6Mmk78kv7fxxoXvstAtwmUzmDz51tjQ-C1e32ljy6OGbaxL_lsM30.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar ke semua dokumen ke alamat berikut:

    Level 21, Top Glove Tower,
    16, Persiaran Setia Dagang, Setia Alam,
    Seksyen U13,
    40170 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.
  5. Untuk penilaian segera, pemohon boleh emelkan permohonan ke alamat emel [email protected] sebelum tarikh tutup.

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Pemohon juga perlu sertakan dokumen sokongan untuk dihantar bersama borang permohonan seperti yang disenaraikan di bawah :

  1. Gambar berukuran passport.
  2. Salinan kad pengenalan (depan dan belakang).
  3. Salinan sijil akademik, kokurikulum, dan transkrip.
  4. Salinan sijil pencapaian akademik/anugerah.
  5. Salinan surat tawaran kemasukan ke universiti.
  6. Testimoni (jika ada).

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Yayasan Top Glove di talian 03-3362 3098.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!