Permohonan Biasiswa Prauniversiti Kijang Bank Negara Malaysia kini dibuka dan pemohon boleh membuat permohonan menerusi pautan https://bnm.gov.my/web/guest/careers/scholarships.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai biasiswa ini.

Mengenai Biasiswa Prauniversiti Kijang
Biasiswa Prauniversiti Kijang ialah penajaan penuh berprestij daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk pelajar cemerlang lepasan SPM melanjutkan pengajian prauniversiti di institusi terkemuka tempatan atau luar negara.
Menariknya, biasiswa ini meliputi perkara-perkara seperti yuran pengajian, elaun sara hidup, dan peluang kerjaya di BNM.
Menerusi biasiswa ini juga, penerima akan mendapat pelbagai manfaat lain termasuk penglibatan berkala dan sokongan berterusan daripada BNM, serta latihan amali berstruktur.
Penerima biasiswa dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk menyumbang secara bermakna kepada kemajuan ekonomi dan kewangan negara.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka mulai 18 Mac sehingga 8 April 2026.
Manfaat & Bon Pekerjaan Penerima Biasiswa
Sebaik sahaja biasiswa dianugerahkan, penerima biasiswa akan memulakan pengajian mereka dengan program prauniversiti di kolej pra-universiti yang diluluskan oleh BNM.
Biasiswa yang disediakan merangkumi sokongan komprehensif, termasuk yuran pengajian, elaun sara hidup dan elaun berkaitan lain.
Untuk biasiswa di peringkat Sarjana Muda, ia adalah bergantung kepada kemajuan pelajar yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh BNM di bawah Program Sarjana Muda Kijang.
Setelah berjaya menamatkan pengajian Sarjana Muda mereka, mereka dikehendaki memenuhi bon pekerjaan mereka dengan BNM, berdasarkan nisbah satu tahun pengajian kepada dua tahun perkhidmatan.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Pencapaian Akademik Cemerlang: Minimum 8A (A+ dan A sahaja) yang diperolehi dalam SPM terkini berserta CEFR.
- Mempunyai kualiti kepimpinan yang kukuh, keupayaan kerja berpasukan yang terbukti, prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum dan kemahiran interpersonal yang luar biasa.
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2026.
Proses Penilaian
Pemohon yang disenarai pendek akan dijemput ke pusat penilaian untuk penilaian berdasarkan kesesuaian, kemahiran interpersonal dan komunikasi, komitmen, demonstrasi kerja berpasukan dan bakat mereka sebelum ditawarkan biasiswa ini.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://bnm.gov.my/web/guest/careers/scholarships.
- Klik butang “Apply Now.”
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Untuk menghantar permohonan, klik pada pautan “Mohon di sini” di hujung setiap segmen borang permohonan.
Soalan Lazim
Biasiswa ini ialah penajaan penuh berprestij daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk pelajar cemerlang lepasan SPM melanjutkan pengajian prauniversiti di institusi terkemuka tempatan atau luar negara.
Mereka akan menerima perbelanjaan termasuk yuran pengajian, tiket penerbangan pergi balik (hanya untuk pelajar luar negara), elaun sara hidup dan elaun biasiswa berkaitan.
Ya jika penajaan mereka diteruskan diperingkat Sarjana Muda. Mereka dikehendaki memenuhi bon pekerjaan mereka dengan BNM, berdasarkan nisbah satu tahun pengajian kepada dua tahun perkhidmatan.
– Pencapaian Akademik Cemerlang: Minimum 8A (A+ dan A sahaja) yang diperolehi dalam SPM terkini berserta CEFR.
– Mempunyai kualiti kepimpinan yang kukuh, keupayaan kerja berpasukan yang terbukti, prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum dan kemahiran interpersonal yang luar biasa.
– Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2026.
Ya, program biasiswa yang ditawarkan oleh Bank hanya terbuka kepada warganegara Malaysia.
Semua permohonan dianggap sebagai permohonan baharu. Oleh itu, permohonan anda akan diterima untuk dipertimbangkan jika memenuhi syarat yang dinyatakan.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai Biasiswa Prauniversiti Kijang, sila layari laman web https://bnm.gov.my/web/guest/careers/scholarships.




