Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) 2022 / 2023

Program yang dikenali sebagai Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) ini merupakan inisiatif kerajaan negeri Sarawak melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) untuk semua anak jati Sarawak.

Ini merupakan berita baik buat para pelajar anak kelahiran Sarawak yang ingin melanjutkan pengajian peringkat Diploma di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik pada sesi tahun 2022/2023.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang BPKNS khususnya bagi mereka yang berminat untuk memohon biasiswa ini.

Apakah Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS)?

Biasiswa pinjaman ini merupakan satu konsep menarik dimana pelajar yang layak hanya perlu membayar kembali 25% sahaja daripada pinjaman yang diberikan dengan syarat mereka berjaya menamatkan pengajian.

Tempoh maksimum ansuran bulanan bayaran balik BPKNS adalah selama 60 bulan (5 tahun).

Para pelajar yang layak mendapat bantuan BPKNS bakal menerima bantuan-bantuan dalam bentuk yang berikut:

  • Yuran Pengajian
  • Elaun Sara Hidup
  • Elaun Pengangkutan
  • Elaun Buku, Pakaian dan lain-lain
bpkns september 2022

Tarikh Permohonan BPKNS 2022 / 2023

Permohonan bagi program BPKNS ini dibuka bagi tempoh 26 September hingga 9 Oktober 2022.

Syarat Kelayakan

Para pelajar yang berminat perlulah memastikan mereka memenuhi syarat-syarat kelayakan di bawah untuk dipertimbangkan bagi program ini

  • Peribumi Sarawak dan bermastautin tetap di Sarawak;
  •  Telah mendapat surat tawaran untuk mengikuti pengajian secara sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara;
  • Terbuka kepada semua kursus pengajian KECUALI PENDIDIKAN dan PERUBATAN sahaja;
  • Pelajar yang menerima tawaran BPKNS WAJIB MEMBATALKAN bantuan pendidikan yang lain.

Cara Memohon

Permohonan untuk program ini boleh dilakukan di atas talian melalui laman web rasmi program ini di alamat https://escholarship.sarawak.gov.my/

Pemohon dikehendaki mengemaskini butiran peribadi dan
membuat permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) Peringkat DIPLOMA Sesi
2022/2023 di dalam sistem E-Scholarship.

Pemohon wajib mendaftar akaun Sarawak ID.

Pemohon yang telah mengisi butiran peribadi perlu membuat permohonan BPKNS Peringkat DIPLOMA Sesi 2022/2023 bermula 1
Ogos 2022.

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda berminat dengan program Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) ini tetapi mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini, boleh berhubung dengan pegawai yang bertugas di talian 082-236325, 082-236554 atau 082-237258.

Selain itu, anda juga boleh berhubung dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak:

Tingkat 9 & 10,
Wisma Satok,
Jalan Satok, 93400,
Kuching Sarawak

TEL: 082-236 325/ 544
FAKS: 082-237 258 / 010

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!