Biasiswa Perguruan Persekutuan 2026 – Lepasan STPM / STAM

biasiswa perguruan STPM STAM
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Biasiswa Perguruan STPM STAM ambilan tahun 2026 kini dibuka bermula 17 Mac 2026 (10 pagi) sehingga 5 April 2026 (5 petang). Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal ePenawaran di pautan berikut: https://epenawaran.moe.gov.my/ting6/

Tawaran ini dibuka kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Rujuk info penuh permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan bagi pelajar STPM dan STAM ambilan 2026 dibawah.

Ringkasan Biasiswa Perguruan STPM STAM 2026
  • Tajaan Biasiswa Perguruan Persekutuan (ISMP) untuk Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Awam/IPG
  • Sasaran: Pelajar lepasan STPM dan STAM yang berkelayakan dan bercita-cita menjadi pendidik.
  • Kelebihan: Sokongan kewangan penuh (yuran dan sara hidup) untuk pengajian.
  • Tujuan: Membina masa depan pendidikan dengan melahirkan guru berkualiti.
  • Permohonan: Dibuat secara dalam talian (online) melalui sistem e-Penawaran KPM bermula 17 Mac 2026 sehingga 5 April 2026.

Hebahan Biasiswa Perguruan STPM STAM 2026

PERMOHONAN TAWARAN BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN BAGI PELAJAR LEPASAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) & SIJIL TINGGI AGAMA (STAM) TAHUN 2026

Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa kepada calon-calon lepasan STPM dan STAM berkelayakan untuk memohon Biasiswa Perguruan Persekutuan Tahun 2026.

Permohonan dibuka bermula 17 MAC 2026 SEHINGGA 5 APRIL 2026.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di: https://epenawaran.moe.gov.my/ting6/  atau imbas QR Code untuk maklumat lanjut.

Rebut peluang ini untuk bersama membina masa depan pendidikan negara.

Tahun Ini, Tahun Kita.

Hebahan Biasiswa Perguruan STPM STAM 2026

Apa Itu Biasiswa Perguruan STPM STAM?

Biasiswa Perguruan Persekutuan bagi Pelajar Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) & Sijil Tinggi Agama (STAM) merupakan tawaran kewangan penuh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk pelajar lepasan STPM atau STAM yang layak mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) atau universiti awam.

Program ini bertujuan melatih calon menjadi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) atau guru bertauliah selepas tamat pengajian.

Ia bertujuan menyokong latihan dan pendidikan calon guru bagi memenuhi keperluan tenaga pendidik negara.

Tarikh Permohonan Dibuka

Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan bagi Pelajar Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) & Sijil Tinggi Agama (STAM) 2026 dibuka pada:

  • 17 MAC 2026 (10 PAGI) SEHINGGA 5 APRIL 2026 (5 PETANG)

Syarat Asas Permohonan

Berikut ialah syarat asas permohonan Tajaan Perguruan Persekutuan Bagi STPM & STAM:

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan (5 April 2026).
  • Sijil Penuh SPM dengan kepujian dalam Bahasa Melayu dan lulus Ujian Lisan.​

Syarat Akademik (STPM/STAM)

  • CGPA sekurang-kurangnya 3.00 untuk STPM atau STAM 2025.
  • Lulus semua mata pelajaran utama tanpa subjek tambahan.
  • Layak mengikuti Program ISMP di IPG atau universiti awam terpilih.

Syarat Tambahan

  • Tidak mempunyai rekod jenayah atau kesalahan disiplin.
  • Sihat fizikal dan mental (pemeriksaan perubatan dijalankan kemudian).
  • Belum menerima biasiswa lain dengan ikatan perkhidmatan bertindih.

Cara Mohon Biasiswa Perguruan Lepasan STPM STAM

Permohonan Tajaan Perguruan Persekutuan bagi Pelajar Lepasan STPM & STAM (dibuka 17 Mac – 5 Apr 2026) boleh dilakukan melalui portal ePenawaran di pautan berikut:

Bermula 17 Mac 2026 (10 pagi) sehingga 5 April 2026 (5 petang).

    Maklumat Lanjut

    Untuk sebarang persoalan dan maklumat lanjut mengenai Tajaan Perguruan STPM STAM 2026, sila rujuk:

    Soalan Lazim Biasiswa Perguruan Lepasan STPM STAM 2026

    Siapakah yang layak memohon Biasiswa Perguruan Bagi STPM STAM?

    Warganegara Malaysia berumur ≤25 tahun pada 5 April 2026, mempunyai SPM penuh dengan kepujian Bahasa Melayu + lulus Ujian Lisan, dan CGPA ≥3.00 (STPM/STAM 2025).

    Bila tarikh permohonan dibuka?

    Permohonan dibuka 17 Mac 2026 (10 pagi) hingga 5 April 2026 (5 petang) melalui https://epenawaran.moe.gov.my.

    Adakah boleh edit permohonan selepas hantar?

    Boleh edit sebelum 5 April 2026 (5 petang); selepas hantar, tidak boleh ubah. Simpan nombor rujukan.

    Boleh pilih lebih satu kursus/IPG?

    Jawapan: Tidak, pilih SATU program ISMP sahaja mengikut kelayakan STPM/STAM anda.

    Apa faedah biasiswa ini?

    Jawapan: Yuran pengajian penuh, elaun bulanan, asrama percuma, buku teks, komputer/laptop.

    Di manakah saya boleh membuat permohonan?

    Permohonan hanya boleh dilakukan secara dalam talian (online) melalui portal rasmi E-Penawaran KPM di alamat: https://epenawaran.moe.gov.my/ting6/

      Follow eCentral di WhatsApp Channel
      Ikut