Permohonan Biasiswa OCBC Malaysia Public Scholarship 2026

biasiswa ocbc
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

OCBC Bank telah membuka permohonan bagi pelajar yang ingin mendapatkan biasiswa menerusi Biasiswa OCBC Malaysia Public Scholarship 2026 menerusi pautan https://www.ocbc.com.my/group/careers/students/public-scholarship.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai biasiswa ini.

Mengenai Biasiswa OCBC Malaysia Public Scholarship

Biasiswa OCBC Malaysia Public Scholarship merupakan biasiswa yang ditawarkan oleh OCBC Bank Malaysia bagi membantu pelajar berpotensi tinggi meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda melalui bantuan kewangan serta pendedahan awal kepada industri.

Selain biasiswa ini yang bertujuan untuk menampung yuran pengajian dan perbelanjaan sara hidup harian, OCBC Bank juga menawarkan peluang latihan amali kepada para pelajar untuk mendapatkan pengalaman kerja secara langsung.

Biasiswa ini terbuka kepada pelajar yang telah mendapat kemasukan atau layak untuk kemasukan ke pengajian sarjana muda sepenuh masa tahun pertama mereka di semua universiti awam dan swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan untuk memohon biasiswa ini adalah sehingga 30 Jun 2026.

Manfaat Biasiswa

Manfaat biasiswa ini kepada pelajar adalah untuk:

  • RM15,000 setahun bagi menampung yuran pengajian dan perbelanjaan sara hidup
  • Tiada ikatan kontrak atau kewajipan bekerja selepas tamat pengajian
  • Peluang latihan industri dan pengalaman kerja praktikal

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia yang telah diterima masuk (atau layak untuk kemasukan) ke dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa.
  2. Memegang jawatan kepimpinan dalam aktiviti kokurikulum, persatuan dan kelab di sekolah/universiti.
  3. Mempunyai personaliti dinamik dengan kemahiran komunikasi dan pemikiran kritis.
  4. Bukan penerima biasiswa atau anugerah lain daripada mana-mana organisasi dan/atau institusi lain.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun menerusi pautan https://www.ocbc.com.my/group/careers/students/public-scholarship dan lengkapkan Borang Permohonan Biasiswa Awam OCBC.
  2. Emelkan borang PDF yang telah lengkap dan dokumen yang diperlukan ke [email protected].
  3. Namakan tajuk emel seperti berikut: Permohonan Biasiswa Awam OCBC 2026 – (Nama pemohon).

Maklumat Tambahan

Berikut adalah maklumat tambahan yang perlu diambil perhatian oleh pemohon:

  • Biasiswa ini sah untuk tempoh minimum yang diperlukan untuk melengkapkan kursus yang membawa kepada ijazah pertama. Ini tertakluk kepada prestasi akademik yang konsisten dan cemerlang.
  • Pemohon tidak perlu diterima masuk ke universiti semasa permohonan. Walau bagaimanapun, pemohon mesti mengemukakan surat tawaran universiti semasa pemberian biasiswa.
  • OCBC Bank mengalu-alukan pemohon yang berhasrat atau sedang mengikuti kursus atau bidang pengajian yang berkaitan yang memenuhi keperluan Bank untuk layak mendapat biasiswa.
  • Pemohon mesti memenuhi syarat minimum PNGK 3.30 setiap semester untuk meneruskan biasiswa.
  • Pemohon tidak dibenarkan menukar kursus di pertengahan jalan. Mereka dikehendaki membayar balik kepada Bank jika mahu memilih untuk menukar kursus semasa di dalam pengajian.
  • Pemohon boleh mengambil bahagian dalam program pertukaran pelajar tetapi tertakluk kepada kelulusan. Walau bagaimanapun, kos program pertukaran tidak akan ditanggung sebagai sebahagian daripada biasiswa.
  • Pemohon tertakluk kepada peluang pekerjaan di OCBC Bank setelah tamat kursus. Walau bagaimanapun, jika Bank memutuskan sebaliknya, calon akan dikecualikan daripada memenuhi syarat ini.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan Biasiswa OCBC Malaysia Public Scholarship?

Biasiswa OCBC Malaysia Public Scholarship merupakan biasiswa yang ditawarkan oleh OCBC Bank Malaysia bagi membantu pelajar berpotensi tinggi meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda melalui bantuan kewangan serta pendedahan awal kepada industri.

Bilakah tarikh permohonan biasiswa ini ditutup?

Tarikh tutup adalah 30 Jun 2026.

Berapakah jumlah biasiswa yang akan diterima bagi mereka yang terpilih?

RM15,000 setahun.

Jika saya telah menerima biasiswa daripada pihak lain, adakah saya boleh memohon?

Tidak. Pemohon mestilah tidak menerima biasiswa daripada pihak lain.

Bagaimanakah cara untuk saya boleh mendapat borang permohonan?

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://www.ocbc.com.my/group/careers/students/public-scholarship.

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai biasiswa ini, sila layari laman web https://www.ocbc.com.my/group/careers/students/public-scholarship.

Baca juga: Biasiswa Mumtaz & Dermasiswa Tun Perak MAIM 2026

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut