Tawaran Biasiswa Kerajaan Arab Saudi Bagi Pelajar Malaysia 2023

Biasisa Kerajaan Arab Saudi telah dibuka untuk permohonan!

Ini merupakan Berita baik buat pelajar dari Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian di Arab Saudi dengan biasiswa bagi tahun 2023.

Kementerian Pendidikan mengajak pelajar dari Malaysia memohon Biasiswa Kerajaan Arab Saudi yang dibuka untuk pelbagai tahap pengajian seperti yang berikut:

  1. Diploma
  2. Ijazah Sarjana Muda
  3. Ijazah Sarjana
  4. Ijazah Kedoktoran

Kursus yang layak

Biasiswa kerajaan Arab Saudi ini tidak tertumpu kepada pengajian berasaskan keagama sahaja, tetapi layak untuk pelbagai bidang pengajian seperti yang berukut:

  1.  Sains Politik
  2. Undang-Undang
  3. Pengkhususan Pendidikan
  4. Pentadbiran Perniagaan
  5. Ekonomi
  6. Kejuruteraan
  7. Sains Komputer
  8. Pertanian
  9. Syariah
  10. Pengajian Bahasa 

Kelebihan belajar di Arab Saudi

Berikut merupakan antara sebab Arab Saudi merupakan destinasi pilihan untuk anda:

  1. Kemajuan saintifik: Banyak universiti Saudi berada dalam 200 universiti terbaik di dunia
  2. Penyelidikan: Universiti mempunyai pusat penyelidikan yang maju
  3. Penjagaan yang cemerlang: Arab Saudi menawarkan tajaan yang sangat baik untuk pelajar antarabangsa
  4. Budaya yang kaya dan pelbagai: Pelajar dari lebih 170 negara di seluruh dunia belajar di universiti Saudi

Jangan lepaskan peluang untuk melanjutkan pengajian di sini dengan Biasiswa Kerajaan Arab Saudi yang turut dibuka untuk para pelajar dari Malaysia.

Artikel berkaitan: Biasiswa Yayasan Terengganu Untuk Phd, Master & Perakaunan Profesional ACCA

Jenis biasiswa ditawarkan

  1. Geran percuma: Di mana pelajar mendapat semua faedah dengan pengecualian sepenuhnya daripada sebarang kewajipan kewangan
  2. Biasiswa Separa: Di mana pelajar mendapat semua faedah dengan pengecualian daripada beberapa yuran kewangan
  3. Kajian berbayar: Pengajian adalah dengan yuran kewangan mengikut keperluan pengajian dan peraturan universiti

Pilihan universiti

Antara universiti pilihan pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian di Arab Saudi adalah:

  1. Universiti Raja Saud
  2. Universiti Puteri Nora binti AbdulRahman
  3. Universiti Al Baha
  4. Universiti Imam Abdulrahman bin Faisal
  5. Universiti Ummu Al Qura
  6. Universiti Islam Imam Muhammad Bin Saud
  7. Universiti Putera Sattam bin Abdulaziz
  8. Universiti Puteri Nora binti AbdulRahman
  9. Universiti Al-Jouf
  10. Universiti Taif
  11. Universiti Al Qussaim
  12. Universiti Raja Khalid
  13. … dan banyak lagi.

Cara memohon

Calon yang berminat dengan Biasiswa Kerajaan Arab Saudi ini boleh membuat permohonan terus di laman https://studyinsaudi.moe.gov.sa/

Memandangkan laman web ini adalah dalam Bahasa Arab, anda boleh menggunakan fungsi Google Translate untuk menterjemahkan laman web tersebut.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan bantuan daripada rakan-rakan anda yang mempunyai kemahiran Bahasa Arab yang baik.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!