NOTIS DARI BSN MENGENAI BAYARAN BKM FASA 1 SECARA TUNAI
Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1 melalui pengkreditan ke dalam akaun akan bermula secara rasminya pada 28 Mac 2022 (Isnin) dan ia akan dilakukan secara berperingkat.
Bagi bayaran tunai pula, ia akan dilakukan mulai 30 Mac 2022 (Rabu) di seluruh Cawangan BSN.
Berikut dikongsikan cara penebusan tunai BKM di kaunter BSN bagi penerima yang layak.
Tarikh Bayaran Tunai BKM
Penerima tunai adalah individu yang:
- Tiada akaun bank
- Gagal kredit
Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.
Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKM.
Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!
Pastikan anda telah membuat semakan status kelulusan sebelum hadir ke kaunter untuk menerima bayaran tunai BKM.
Berikut langkah membuat semakan status BKM:
- Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan ini : https://bkm.hasil.gov.my.
- Klik [LOG MASUK BKM].
- Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR.
- Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.
- Klik Menu [Semakan Status].
- Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini.
- Status Permohonan anda akan dipaparkan di Semakan Status.
- Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.
- Selesai.
Rujuk laman sesawang BKM untuk maklumat lanjut.
Jumlah Pembayaran BKM Bagi Setiap Kategori
Jumlah bayaran BKM bagi setiap kategori adalah seperti berikut:
Pembayaran akan dibuat secara berfasa – iaitu dibayar sebanyak 4 kali dalam tahun 2022.
Sila rujuk jadual di bawah untuk jumlah pembayaran setiap fasa.
Baca juga: Tempoh Cuti Bersalin Ditambah Ke 98 Hari, Cuti Paterniti 7 Hari
Maklumat Lanjut
Sila rujuk makluman terkini tentang bayaran BKM melalui pautan Soalan Lazim (FAQ) Bantuan_Keluarga Malaysia .
- Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747
- Hotline BKK MoF : 03 8882 4565
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
- e-Mel : [email protected]
Borang
- Borang Permohonan BKM_2022
- Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan_BKM
- Akuan Penerimaan Borang Permohonan Berkelompok_BKM
- Borang Serahan Dokumen Sokongan_BKM
- Borang Pembatalan Permohonan_BKM
FAQ