Hantaran Kahwin – 15 Contoh Barang Eksklusif & Menarik Untuk Persiapan Hari Bahagia Anda

Melakukan persiapan untuk perkahwinan tidaklah semudah yang disangka. Terdapat banyak perkara yang fikirkan dan dipertimbangkan sebelum membuat sesuatu keputusan. Ini termasuklah menentukan hantaran kahwin yang perlu disediakan untuk majlis akad nikah kelak. 

Hantaran Kahwin

Walaupun barang hantaran bukanlah perkara wajib, namun ia telah menjadi adat kebiasaan masyarakat Melayu untuk mengadakan sesi berbalas hantaran bagi meraikan pasangan.

Jadi, sekiranya anda sedang mencari idea untuk hantaran kahwin yang menarik dan eksklusif, anda boleh rujuk senarai yang kami telah buat di bawah ini. 

 Mari teruskan membaca! 

Contoh Idea Barang Untuk Hantaran Kahwin

Biasanya, pihak lelaki akan memberikan tulang hantaran dalam nombor yang ganjil dan dibalas lebih dua dulang oleh pihak perempuan. Contohnya, 5 dulang daripada pihak lelaki, dibalas 7 dulang daripada pihak perempuan. 5 dibalas 7, 7 dibalas 9 dan seumpamanya.

1. Al-Quran

Sebagai pasangan muslim, menghadiahkan pasangan anda dengan senaskah al-quran pasti akan menjadikannya sebagai salah satu hadiah paling bermakna.

Anda boleh memilih untuk memberikan al-quran biasa ataupun yang mempunyai terjemahannya sekali. Terdapat pelbagai warna, corak dan reka bentuk al-quran yang dijual untuk jadikan pilihan. 

Al-Quran Hanna Mirae: https://shopee.com.my/hannamiraeofficial/3540003391

2. Sejadah

Selain al-quran, anda juga boleh hadiah sejadah gebu untuk pasangan. Selepas bergelar suami isteri, bolehlah pakai sejadah tersebut untuk solat berjemaah bagi meraih pahala  bersama-sama. Sebaiknya, cari sejadah yang ringan dan mudah dilipat agar boleh digubah dengan baik untuk dijadikan hantaran. 

Sejadah gebu: https://shopee.com.my/mbenterprise/12255030821

3. Set Telekung 

Untuk hantaran perempuan pula, jangan lupa letakkan set telekung untuk si dia. Ada banyak pilihan telekung dengan harga yang berpatutan anda boleh pilih. Selain mudah di dapati,  telekung juga sangat mudah digubah untuk dijadikan sebagai hantaran. 

Set telekung Siti Khadijah: https://shopee.com.my/sitikhadijahofficial/15267879921

4. Tasbih

Bagi melengkapkan peralatan beribadah,  anda juga boleh sertakan tasbih biasa ataupun tasbih digital untuk dijadikan sebagai pelengkap hantaran anda. 

Tasbih digital: https://shopee.com.my/aqil_syazwan2056/19912663700

5. Sirih Junjung atau Tepak Sirih

Sirih junjung atau tepak sirih adalah merupakan salah satu item yang sering dijadikan sebagai barang hantaran. Ia adalah merupakan adat yang sering diamalkan oleh masyarakat Melayu.

Biasanya, ia akan  dijadikan ‘kepala’ hantaran. Sekiranya anda kurang mahir untuk membuat gubahan sirih junjung, usah risau. Anda boleh dapatkan yang sudah siap dijual secara dalam talian.

Sirih Junjung: https://shopee.com.my/dance_boy93/7510186308

6. Set Barang Kemas

Set  barang kemas juga adalah salah satu idea menarik untuk dijadikan sebagai hantaran. Selain bersifat eksklusif, ia juga adalah merupakan pelaburan yang baik untuk pasangan anda.

Dapatkan set barangan kemas dari kedai emas ataupun, beli secara dalam talian melalui laman web yang dipercayai seperti Shopee. 

HABIB Yellow Moondrop Pastille Gemstone Diamond Necklace: https://shopee.com.my/habib.os/14009472997

7. Jam Tangan

Hadiahkan jam tangan untuk melengkapkan lagi gaya pasangan anda. Sekiranya pasangan anda suka bersukan atau sedang berusaha menjaga kesihatan, anda boleh hadiahkan ‘smartwatch’ yang mempunyai pelbagai fungsi. Terdapat banyak pilihan yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian dan juga bajet anda. 

Jam tangan couple: https://shopee.com.my/wishdoitwatch.wh.os/12803483343

8. Set Buku

Pasangan anda suka buku? Inilah masanya  untuk anda menghadiahkan buku daripada penulis kegemaran ataupun buku-buku yang diidamkan oleh pasangan anda.

Atau, anda boleh hadiahkan buku resepi, buku belajar menjahit dan sebagainya. Walaubagaimanapun, elakkan memilih buku yang terlalu tebal ataupun terlalu berat kerana ia akan menyukarkan hantaran anda diangkat pula.

Set buku kombo Jejak Tarbiah: https://shopee.com.my/jejaktarbiah/10015258278

9. Set Pakaian Kerja

Untuk hantaran lelaki,  anda boleh hadiahkan pasangan anda set pakaian kerja yang terdiri daripada baju kemeja dan juga seluar. Pastikan anda mengetahui saiz pasangan sebelum membuat pembelian untuk mengelakkan saiz terlalu kecil atau besar. 

Baju kemeja: https://shopee.com.my/desince/123202761

10. Kasut

Kasut juga adalah merupakan salah satu item yang sering dijadikan sebagai barang hantaran kerana ia mudah untuk dijadikan sebagai hantaran. Selain itu, ia juga boleh di pakai dalam tempoh masa yang lama.

Jangan hadkan pemilihan kasut anda terhadap kasut kulit sahaja.  anda boleh memilih pelbagai jenis kasut seperti kasut sukan, kasut bola, kasut jogging, sneaker, dan sebagainya. 

Kasut Sketcher lelaki: https://shopee.com.my/skechers.os/17386708243

11. Set Wangian

Menjadikan set wangian juga merupakan salah satu idea barang hantaran yang popular. Pastikan anda memilih set wangian kegemaran pasangan anda.

Selain itu, anda juga boleh gandingkannya set penjagaan diri seperti losyen badan, losyen tangan, body mist, skrub badan, dan sebagainya. 

Set penjagaan diri: https://shopee.com.my/bodyearth.os/9756089539

12.  Set Dompet & Tali Pinggang

Set dompet dan juga tali pinggang adalah pilihan yang bijak untuk dijadikan sebagai hantaran kerana ia mudah digubah dan membuatkan set hantaran anda kelihatan lebih eksklusif. Biasanya, ia dijual sebagai satu set dan sudah siap bersama kotak. 

Set dompet & tali pinggang: https://shopee.com.my/fashionforeversignature/9688170974

13. Set Barangan Rumah

Sekiranya anda bercadang untuk tinggal di rumah sendiri sejurus habis majlis akad nikah, bolehlah anda jadikan barangan rumah sebagai set hantaran anda.

Ini akan menjimatkan duit sekaligus masa anda untuk membeli peralatan rumah. Antara set barangan rumah yang sesuai dijadikan hantaran ialah, air fryer, blender, set pisau, set periuk dan sebagainya. 

Airfryer: https://shopee.com.my/shopmeon9/12453523210

14. Set Gadget

Gadget seperti fon telinga, PS5, telefon bimbit, laptop dan sebagainya juga boleh dijadikan sebagai hantaran kahwin. Sekiranya anda takut risiko hilang atau terjatuh, anda boleh letakkan kotaknya sahaja di atas dulang hantaran. Mesti pasangan anda senyum sampai ke telinga bila dapat hantaran gadget!

Sony Playstation 5: https://shopee.com.my/jessleong91/7864756558

15. Set ‘Hobi’

Jika pasangan anda mempunyai hobi tertentu seperti memancing, anda boleh hadiahkan set pancing kepada pasangan anda. Untuk hantaran wanita pula, sekiranya si dia suka membuat kek,  anda boleh hadiahkannya oven, mixer dan seumpamanya. 

Set pancing: https://shopee.com.my/frrtc.my/14465528738

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!