Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang MAINPP 2022

Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang, MAINPP (dahulunya E-Minhah) Bagi Tahun 2022 kini telah dibuka kepada anak negeri Pulau Pinang yang berkelayakan.

Berikut adalah info lanjut tentang Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang yang perlu anda tahu.

Apakah Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang?

Sebelum ini, bantuan dermasiswa ini dikenali sebagai Bantuan Dermasiswa E-Minhah yang diuruskan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, namun pada tahun ini ZPP akan menguruskan bantuan dermasiswa ini sepenuhnya dengan dijenamakan semula sebagai Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang.

Para pelajar boleh menerima bantuan dalam pelbagai jumlah, minimum RM2,500 hingga kadar maksimum RM20,000 bergantung pada tahap pengajian serta tempoh pengajian.

Tarikh Permohonan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang 2022

  • Tarikh buka permohonan: 23 Mac 2022 (12.00 tengah malam)
  • Tarikh tutup permohonan : 22 April 2022, Jam 11.59 malam.

Syarat Permohonan

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya selama 3 bulan.
  4. Tidak menerima bantuan tajaan pembiayaan atau biasiswa mana-mana pihak kecuali Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Bantuan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Baca juga: MySejahtera Dikemaskini Dengan Fungsi ‘Sah’ (Blue Tick Verified)

Cara Permohonan

  1. Daftar dan mohon di portal zakatpenang2u.com.
  2. Pilih menu Bantuan Zakat
  3. Kemudian klik Permohonan Bantuan
  4. Seterusnya pilih menu Dermasiswa Pengajian
  5. Isi dan lengkapkan maklumat yang diperlukan secara online.
  6. Semak dan tekan butang Hantar setelah selesai melengkapkan borang permohonan.

Tatacara Umum Permohonan

  1. Permohonan mestilah melalui Borang Bantuan Zakat yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang, MAINPP
  2. Permohonan hendaklah diisi oleh ketua keluarga @ waris / penjaga.
  3. Dokumen Utama (wajib disertakan) :
    1. Salinan kad pengenalan pemohon, 
    2. Salinan slip gaji/ pengesahan pendapatan
  4. Dokumen Sokongan (jika perlu) :
    1. Salinan surat cerai/ mati (jika ibu tunggal/ tinggal)
    2. Surat pengesahan JKM, SOCSO dsb Surat Pengesahan Sakit (jika bantuan perubatan),
    3. Surat pengesahan pihak sekolah (jika bantuan persekolahan),
    4. Surat tawaran IPT (jika bantuan IPT)
  5. Pihak Zakat Pulau Pinang berhak menyiasat semua butir yang dikemukakan dan sekiranya didapati pemohon tidak layak @ tidak benar Zakat Pulau Pinang berhak untuk menolak permohonan tersebut.
  6. Borang yang telah siap diisi perlu dihantar dengan cara hadir sendiri atau dipos ke kaunter perkhidmatan zakat yang terdekat.

Baca juga: ISMP 2022: Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut:

ATAU

Zakat Pulau Pinang

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!