Yayasan LTAT mempelawa permohonan daripada anak-anak Warga Kerja Pertahanan yang terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan yang masih berkhidmat bagi Bantuan Universiti Awam dan Universiti Luar Negara Tahun 2026 menerusi borang permohonan yang disediakan.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai bantuan ini.

Mengenai Bantuan Universiti Awam & Universiti Luar Negara
Bantuan Universiti Awam dan Universiti Luar Negara merupakan bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh Yayasan LTAT kepada anak-anak Warga Kerja Pertahanan iaitu Angkatan Tentera Malaysia serta awam.
Bantuan ini ditawarkan kepada pelajar yang sedang melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda pertama secara sepenuh masa bagi Tahun Pertama Sesi Akademik 2025/2026 sebagai usaha berterusan dalam menyokong kecemerlangan pendidikan generasi pewaris warga pertahanan negara.
Dengan adanya bantuan ini, mereka yang layak akan menikmati bantuan pendidikan untuk memastikan mereka melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda pertama mereka.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka sehingga 8 Mei 2026 (Jumaat).
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak melebihi 23 tahun pada tarikh mula pengajian.
- Mestilah pemohon kali pertama.
- Terbuka kepada anak-anak anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan anak-anak kakitangan awam Kementerian Pertahanan yang masih berkhidmat.
- Sedang melanjutkan pengajian peringkat ljazah Sarjana Muda Pertama Sepenuh Masa di Universiti Awam / Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) / Universiti Luar Negara bagi Tahun Pertama Sesi Akademik 2025 / 2026 yang diiktiraf oleh MQA tahun 2025 (Sumber: Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf). https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm.
- Permohonan yang dihantar selepas tarikh tutup dan tidak mematuhi syarat-syarat di atas tidak akan diterima.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi borang permohonan yang boleh dimuat turun menerusi https://docs.google.com/document/d/1NY6FmiXE_V5Cj2Rg_q-j8kKhqB-RsE1E/edit.
Isi borang permohonan tersebut, dan permohonan yang telah lengkap boleh dihantar ke Pejabat Pendidikan di Markas Perkhidmatan Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara yang beralamat di:
Markas Tentera Darat
Bahagian Sumber Manusia (G1)
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel Pendidikan TD)
Tel: 03-40133409
Markas Tentera Laut
Cawangan Pembangunan Sumber Manusia
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel Pendidikan)
Tel: 03-40160113
Markas Tentera Udara
Cawangan Perkhidmatan
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel Pendidikan)
Tel: 03-40170062
Untuk anak kakitangan awam Kementerian Pertahanan, permohonan boleh dihantar ke alamat berikut:
Tingkat 2, Pintu 02.02,
Cawangan Tadbir,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Wisma Pertahanan,
Jalan Padang Tembak,
50634 Kuala Lumpur.
(Untuk Perhatian: Cawangan Tadbir)
Tel: 03-40126559
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
i- Anak Warga ATM
- 2x Salinan MyKad Pelajar
- 2x Salinan MyTentera Ibu / Bapa / Penjaga (PILIH YANG BERKENAAN)
- 2x Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Universiti
- Salinan Kad Matrik Pelajar
- 2x Salinan Pengesahan MQA (BAGI UNIVERSITI LUAR NEGARA)
- 2x Salinan Surat Pengesahan Pelajar daripada Universiti / IPGM
- 2x Salinan SSPN Prime (PTPTN) (JIKA ADA)
- 2x Salinan PERBAH ll bagi Anak Angkat/Anak Tiri (JIKA BERKAITAN)
- Gambar pelajar berukuran passport (WAJIB)
ii- Anak Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan
- 2x Salinan MyKad Pelajar
- 2x Salinan MyKad / Bapa / Penjaga (PILIH YANG BERKENAAN)
- 2x Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Universiti
- Salinan Kad Matrik Pelajar
- 2x Salinan Pengesahan MQA (BAGI UNIVERSITI LUAR NEGARA)
- 2x Salinan Surat Pengesahan Pelajar daripada Universiti / IPGM
- 2x Salinan Pengesahan Penjagaan (JIKA BERKAITAN)
- Gambar pelajar berukuran passport (WAJIB)
Soalan Lazim
Bantuan Universiti Awam dan Universiti Luar Negara ialah bantuan ini ditawarkan kepada pelajar yang sedang melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda pertama secara sepenuh masa sebagai usaha berterusan dalam menyokong kecemerlangan pendidikan generasi pewaris warga pertahanan negara.
i- Anak Warga ATM
ii- Anak Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan
Permohonan ditutup pada 8 Mei 2026 (Jumaat).
Ya. Pelajar IPGM layak untuk memohon.
Umur yang layak untuk memohon adalah tidak melebihi 23 tahun pada tarikh mula pengajian.
Borang permohonan boleh dimuat turun menerusi pautan boleh dimuat turun menerusi https://docs.google.com/document/d/1NY6FmiXE_V5Cj2Rg_q-j8kKhqB-RsE1E/edit.
Info Lanjut
Untuk info selanjutnya mengenai Bantuan Universiti Awam dan Universiti Luar Negara Yayasan LTAT, sila layari laman web LTAT iaitu https://yayasanltat.org.my/ atau menghubungi talian:
- JABATAN ARAH PENDIDIKAN ATM – 03-4013 2930/03-4013 2931 atau mana-mana Sel Pendidikan Markas Perkhidmatan
- BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA – 03-4012 6559




