Projek Bantuan Sekolah Berasrama Penuh 2023

Sumbangan Bantuan Sekolah Berasrama Penuh merupakan sebuah program bantuan khusus bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran di SBP seluruh Malaysia.

Bantuan ini telah mula diperkenalkan pada tahun 2003 yang bertujuan untuk meringankan kos yang ditanggung oleh murid miskin yang bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

SBP sememangya ditubuhkan bagi mewujudkan peluang untuk murid-murid yang berpotensi terutamanya dari kawasan luar bandar bagi mendapatk pendidikan dengan kemudahan teratur.

Kementerian Pelajaran melalui Mesyuarat Pengurusan Bil. 18/2003 telah mewujudkan bantuan PKKSBP ini yang bertujuan memberikan bantuan kewangan kepada murid-murid miskin yang bersekolah di SBP bagi meringankan kos yang ditanggung oleh murid dalam penyediaan keperluan asas sepanang bersekolah di SBP.

Bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban untuk perbelanjaan pelajar seperti yang berikut:

  1. Yuran persekolahan
  2. Yuran peperiksaan
  3. Yuran asrama
  4. Penyediaan keperluan asas sepanjang bersekolah di SBP

Objektif bantuan

Program bantuan khas ini diwujudkan bagi mencapai objektif-objektif yang berikut:

  • Sebagai galakan untuk mempertingkatkan prestasi akademik pelajar.
  • Memastikan pelajar golongan pertengahan juga mendapat perhatian sewajarnya.
  • Berperanan sebagai pembela pelajar miskin agar berpeluang mengikuti sistem persekolahan negara sehingga tamat.
  • Memberi sokongan moral kepada ibubapa / keluarga / penjaga dalam membantu memperkasakan tahap pendidikan anak-anak.

Syarat pemilihan

Bagi program Bantuan Sekolah Berasrama Penuh 2023 ini, bantuan ini difokuskan kepada para pelajar berikut:

  • Murid warganegara Malaysia Tingkatan 1 hingga 5 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
  • Pendapatan ibu bapa/penjaga di paras miskin / berpendapatan rendah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional Semasa.

Artikel berkaitan: Semakan SBP 2023 – Tawaran Ke Sekolah Berasrama Penuh

Kadar bantuan

Bantuan khusus bagi pelajar SBP ini diberikan kepada pelajar Tingkatan hingga Tingkatan 5 mengikut kadar yang berikut:

  • Tingkatan 1 : RM700.00 seorang murid setahun.
  • Tingkatan 2 : RM300.00 seorang murid setahun.
  • Tingkatan 3 : RM350.00 seorang murid setahun.
  • Tingkatan 4 : RM500.00 seorang murid setahun.
  • Tingkatan 5 : RM450.00 seorang murid setahun.

Cara permohonan

Permohonan bagi bantuan khusus ini hendaklah dibuat secara terus kepada pihak sekolah tempat pelajar tersebut belajar.

Murid yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon bantuan ini dengan menggunakan Borang PB1 dan borang PB2 serta mengemukakan permohonan tersebut kepada pihak sekolah.

Tarikh dan tempoh permohonan adalah berdasarkan takwim / surat pemakluman yang dikeluarkan oleh BPSBP pada setiap tahun (boleh rujuk dengan pihak sekolah untuk tarikh ini).

Murid yang ditawarkan bantuan ini akan terus menerima bantuan pada setiap tahun selagi masih memenuhi kriteria kelayakan sepanjang persekolahan.

Kaedah penyaluran

Bagi memastikan bantuan ini dapat disalurkan kepada para pelajar yang layak dengan efektif, bantuan akan disalurkan oleh KPM kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) untuk disalurkan ke SBP.

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi sekolah SBP tempat pelajar menyambung pengajian mereka.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!