Bantuan Pinjaman Pendidikan Tanpa Faedah Tentera Darat

bantuan pinjaman pendidikan tanpa faedah
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Pihak Tentera Darat Malaysia telah menyediakan peluang bantuan pembiayaan pendidikan kepada warga Tentera Darat dan keluarga menerusi Bantuan Pinjaman Pendidikan Tanpa Faedah.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai bantuan pinjaman ini.

Mengenai Bantuan Pinjaman Pendidikan Tanpa Faedah

Bantuan Pinjaman Pendidikan Tanpa Faedah merupakan bantuan yang ditawarkan kepada Tentera Darat dan keluarga untuk melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi tanpa beban faedah pinjaman.

Ini selaras dengan aspirasi Pelan Tindakan Angkatan Masa Hadapan – Domain Daratan (AMH-D2) khususnya melalui Elemen Anggota, Tentera Darat terus komited memperkasakan pembangunan dan pengekalan modal insan dengan menyediakan peluang bantuan pembiayaan pendidikan kepada warga Tentera Darat dan keluarga.

Inisiatif ini bukan sahaja membantu meningkatkan tahap pendidikan dan kompetensi warga Tentera Darat, malah menjadi salah satu pendekatan strategik dalam memperkukuhkan kebajikan, motivasi dan pengekalan anggota yang berpengetahuan, berkemahiran serta berdaya saing selaras dengan keperluan AMH.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan bantuan pinjaman pendidikan ini dibuka sehingga 29 Mei 2026.

Jenis Bantuan Pinjaman Pendidikan Tanpa Faedah

Terdapat 2 jenis bantuan pinjaman pendidikan ini iaitu:

  • Tabung Pinjaman Akademik dan Pengajian Tinggi Angkatan Tentera (TAPAT)
  • Skim Pinjaman Akademik Anak Angkatan Tentera (SPAAT)

Kemudahan Yang Dinikmati

Kemudahan yang bakal dinikmati penerima adalah seperti berikut:

i- Tabung Pinjaman Akademik dan Pengajian Tinggi Angkatan Tentera (TAPAT)

  • Pembiayaan 90% dari yuran pengajian atau maksimum RM30,000.00.
  • Pinjaman dikeluarkan secara berperingkat berdasarkan invois yuran dari IPT (Tempoh bayaran balik maksimum 60 bulan.

ii- Skim Pinjaman Akademik Anak Angkatan Tentera (SPAAT)

  • Kategori A (Bantuan Permulaan Pengajian)
    – Diploma/Matrikulasi : RM 4,000
    – Sarjana Muda : RM 6,000
    (Tempoh bayaran balik maksimum 36 bulan)
  • Kategori B (Pembiayaan Yuran)
    – 90% dari yuran pengajian atau maksimum RM 30,000
    – (Tempoh bayaran balik maksimum 60 bulan)

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon bantuan pinjaman ini adalah seperti berikut:

  1. Anggota Tentera Darat dan pasangan bagi permohonan TAPAT atau anak-anak Tentera Darat bagi permohonan SPAAT.
  2. Semua peringkat pengajian tinggi.
  3. Pengajian sepenuh dan separuh masa.
  4. IPTA/IPTS dalam dan luar negara.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Lengkapkan borang permohonan yang boleh dimuat turun menerusi pautan https://drive.google.com/drive/u/0/mobile/folders/1zhOJ1I9NkvGw_GHh6hFKozxz29VCNcQB?usp=sharing dan https://drive.google.com/drive/u/0/mobile/folders/1reqJ7UpQfINJy6o4KbuSdwzeeriGaicR?usp=sharing beserta dokumen sokongan
  2. Majukan permohonan melalui Jab Kor/Rei Tapisan oleh JK TAPAT & SPAAT
  3. Kelulusan oleh JK Eksekutif TKAT
  4. Lengkapkan Ikatan Perianiian dan dokumen tuntutan
  5. Pembayaran berdasarkan invoice tuntutan

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Bantuan Pinjaman Pendidikan Tanpa Faedah oleh Tentera Darat ini?

Bantuan Pinjaman Pendidikan Tanpa Faedah oleh Tentera Darat ini ialah bantuan yang ditawarkan kepada Tentera Darat dan keluarga untuk melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi tanpa beban faedah pinjaman.

Apakah jenis bantuan pinjaman pendidikan yang ditawarkan?

– Tabung Pinjaman Akademik dan Pengajian Tinggi Angkatan Tentera (TAPAT)
– Skim Pinjaman Akademik Anak Angkatan Tentera (SPAAT)

Apakah perbezaan antara TAPAT dan SPAAT?

TAPAT adalah untuk anggota Tentera Darat dan pasangan manakala SPAAT adalah untuk anak-anak Tentera Darat.

Apakah kemudahan yang bakal dinikmati penerima TAPAT?

-Pembiayaan 90% dari yuran pengajian atau maksimum RM30,000.00.
– Pinjaman dikeluarkan secara berperingkat berdasarkan invois yuran dari IPT (Tempoh bayaran balik maksimum 60 bulan.

Apakah kemudahan yang akan dinikmati penerima SPAAT?

Terdapat 2 kemudahan yang ditawarkan iaitu:

A) Kategori A (Bantuan Permulaan Pengajian)
– Diploma/Matrikulasi : RM 4,000
– Sarjana Muda : RM 6,000
(Tempoh bayaran balik maksimum 36 bulan)

B) Kategori B (Pembiayaan Yuran)
– 90% dari yuran pengajian atau maksimum RM 30,000
– (Tempoh bayaran balik maksimum 60 bulan)

Pelajar IPTA dan IPTS manakah yang layak untuk memohon bantuan pinjaman ini?

Semua pelajar IPTA/IPTS dalam dan luar negara layak memohon.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan https://drive.google.com/drive/u/0/mobile/folders/1zhOJ1I9NkvGw_GHh6hFKozxz29VCNcQB?usp=sharing dan https://drive.google.com/drive/u/0/mobile/folders/1reqJ7UpQfINJy6o4KbuSdwzeeriGaicR?usp=sharing

Baca juga: Pinjaman Pelajaran Kumpulan Wang Bantuan Pendidikan Perlis

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut