Bantuan Peralatan Perniagaan MAIM Melaka 2022

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Melaka menyediakan Bantuan Peralatan Perniagaan bagi asnaf fakir dan miskin negeri Melaka.

Jumlah bantuan dari RM500 hingga RM10,000 disediakan untuk pemohon yang layak – Tak perlu bayar balik!

Contoh bentuk bantuan yang disediakan termasuklah meja lipat, kerusi, mesin jahit dan sebagainya.

Sila rujuk info berikut untuk mengetahui syarat kelayakan dan cara permohonan.

Bantuan Peralatan Perniagaan MAIM Melaka.

Syarat Umum Pemohon Bantuan Alat Perniagaan :

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Melaka tidak kurang dari (2) dua tahun dan masih menetap di Melaka
  • Merupakan asnaf fakir dan miskin di negeri Melaka
  • Pendapatan kurang / tidak melebihi pengiraan Had al-Kifayah yang ditetapkan oleh MAIM

Cara Permohonan Bantuan Peralatan Perniagaan MAIM Melaka 2022

Borang boleh didapati di Pusat Islam Pejabat Cawangan Agihan Zakat dan Pejabat Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM

SEKSYEN PEMBANGUNAN INSAN,
Badan Sukarelawan Al-Taqwa
No B-3 Jalan PNBB Seksyen 2,
Bukit Baru 75150 Melaka.

Telefon: 06-286 8109 / 011-5891 4140

Baca juga: 13 Jenis Bantuan Pinjaman MARA Untuk Perniagaan Yang Boleh Dimohon

Dokumen Yang Diperlukan :

  • Borang permohonan (Borang Bantuan Am MAIM)
  • Salinan Kad Pengenalan Malaysia
  • Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang lengkap dan masih aktif
  • Pengesahan Pendapatan Bulanan (Yang telah disahkan)
  • Salinan Penyata Bank (Bank yang masih aktif)
  • Sebut Harga Alat Perniagaan

Dokumen Sokongan :

  • Gambar Perniagaan / Produk Jualan
  • Kertas Kerja Perniagaan
  • Rekod Aliran Perniagaan (Dalam format Buku Lejar)

Makluman kepada Pemohon

  1. Jumlah kelulusan tertakluk pada sebut harga pemohon dan kelulusan MAIM.
  2. Permohonan akan diproses setelah menerima dokumen keutamaan yang lengkap.
  3. Bantuan akan disalurkan setelah mendapat keputusan kelulusan dari pegawai dan mesyuarat (tempoh siasatan berdasarkan 14 hari waktu bekerja)

Maklumat Lanjut, sila rujuk pautan https://maim.gov.my/index.php/my/

Baca juga: Bantuan Keusahawanan MAINS 2022 Untuk Golongan B40 & Miskin

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!