Bantuan Khas RM1500 Bagi Pengurusan Jenazah B40 Kelantan

Kerajaan Kelantan akan menyalurkan bantuan khas sebanyak RM1,500 kepada golongan B40 bagi pengurusan jenazah ahli keluarga mereka yang meninggal dunia akibat COVID-19, kata Menteri Besarnya Datuk Ahmad Yakob.

“Kerajaan negeri faham situasi yang dihadapi seluruh penduduk terutama golongan B40 yang terjejas ekoran pandemik COVID-19,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim di Kota Bharu pada 11 Ogos 2021.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata buat masa ini, peruntukan yang disediakan bagi bantuan khas pengurusan jenazah COVID-19 itu adalah antara RM200,000 dan RM300,000 secara keseluruhannya berdasarkan bilangan kes kematian akibat jangkitan wabak itu, ketika ini.

Baca juga: Program Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera RM100/Setahun

Cara Permohonan Bantuan RM1500 Bagi Pengurusan Jenazah

Untuk memohon, keluarga jenazah hanya perlu mengisi borang serta menyediakan beberapa dokumen yang diminta pihak berkaitan bagi proses permohonan bantuan itu.

Tarikh Permohonan

Inisiatif ini akan bermula pada 15 Ogos 2021.

Lain-lain Inisiatif

Dalam kenyataan media tersebut, beliau turut mengumumkan kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan elaun tambahan sebanyak RM150 kepada semua imam tua serta imam muda masjid di mukim selain kenaikan elaun RM50 bagi bilal bermula Julai lepas.

Ditanya mengenai kelonggaran aktiviti sosial kepada individu lengkap vaksinasi, beliau berkata berdasarkan maklumat dan pemerhatian pihaknya berlaku ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan orang ramai di pasar awam.

Justeru, Ahmad mengingatkan seluruh penduduk Kelantan supaya terus mematuhi dan mengamalkan SOP walaupun kerajaan persekutuan mengumumkan beberapa kelonggaran aktiviti sosial kepada penerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 di negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara.

Maklumat Lanjut

Sila layari laman web rasmi Kerajaan Kelantan di https://www.kelantan.gov.my/ untuk maklumat terkini tentang pelbagai bantuan dan info semasa.

Sumber: BERNAMA

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!