Bantuan Pengajian Tinggi PIJ RM700 – RM1,000 One-off

BANTUAN PENGAJIAN TINGGI PIJ

Permohonan bantuan secara one-off untuk kemasukan ke pengajian tinggi PIJ (Perbadanan Islam Johor) telah dibuka untuk kemasukan pelajar ke IPT.

Calon yang layak boleh membuat permohonan sehingga 30 September 2021.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini dan cara untuk anda membuat permohonan.

Apakah Bantuan Pengajian Tinggi PIJ?

Bantuan ini adalah merupakan salah satu inisiatif Perbadanan Islam Johor (PIJ) dalam meringankan beban bagi individu kurang berkemampuan yang akan melanjutkan pelajaran ke Pengajian Tinggi.

bantuan pij

Baca juga: Cara Aktifkan Semula Akaun Tabung Haji Yang Dorman (Lebih 7 Tahun)

Syarat-syarat

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia beragama Islam
  2. Bangsa Johor atau yang telah menerap di Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun
  3. Telah mendapat tawaran menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan
  4. Pendapatan isi rumah / keluarga tidak melebihi RM4,000 setiap tanggungan (termasuk ketua keluarga)
  5. Terbuka kepada kemasukan semester pertama sahaja.

Kadar Bantuan

  • Ijazah : RM1,000
  • Diploma : RM700

Tarikh Permohonan

Permohonan bantuan secara one-off untuk kemasukan ke pengajian tinggi telah dibuka sehingga 30 September 2021.

Semoga bantuan yang diberikan ini dimanfaatkan sebaiknya dan membantu melahirkan individu berpendidikan tinggi.

Baca juga: SPPNK: Tawaran Pinjaman Pendidikan Negeri Kedah 2021

Cara Permohonan

Permohonan dibuka secara online di laman web PIJ : https://www.pij.gov.my/

Muat turun borang di sini: BORANG BANTUAN PELAJARAN

Maklumat Lanjut

PERBADANAN ISLAM JOHOR

Perbadanan Islam Johor ataupun PIJ yang dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor (PKEINJ) telah ditubuhkan pada 6 Mei 1976 melalui Enakmen Bil. 1 Tahun 1976 oleh Kerajaan Negeri Johor. Perbadanan telah memulakan operasi pada 1 Januari 1977.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!