Bantuan Pelajaran Yayasan Amal Tenaga (Koperasi TNB) 2024

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Amal Tenaga (YAT) kini menawarkan bantuan pelajaran kepada golongan yang berkelayakan.

Permohonan bantuan ini adalah terbuka buat keluarga yang mempunyai anak di sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti secara sepenuh masa di pusat pengajian yang diiktiraf.

Untuk makluman, Yayasan Amal Tenaga merupakan satu yayasan yang ditubuhkan di bawah Koperasi Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Tarikh permohonan

bantuan pelajaran yayasan amal tenaga

Pemohonan boleh membuat permohonan segera untuk memohon bantuan Yayasan Amal Tenaga ini daripada 15 Januari sehingga 15 Februari 2024.

Baca Juga : Biasiswa Yayasan Terengganu Untuk Phd, Master & Perakaunan Profesional ACCA

Pembahagian Bantuan & Kelayakan

Pemohon bantuan pelajaran Yayasan Amal Tenaga perlulah sedia maklum pembahagian serta kelayakan bagi bantuan seperti berikut :

  • Terhad kepada 150 keluarga yang mempunyai anak di sekolah rendah dengan bantuan pelajaran berjumlah RM250.
  • Terhad kepada 250 keluarga yang mempunyai anak di sekolah menengah dengan bantuan pelajaran berjumlah RM500.
  • Terhad kepada 150 keluarga yang mempunyai anak yang menuntut di universiti/Institusi Pengajian Tinggi sepenuh masa yang diiktiraf dengan bantuan pelajaran berjumlah RM750.

Nota :

  • Satu keluarga hanya layak memperolehi salah satu daripada bantuan di atas.
  • Permohonan terbuka kepada keluarga yang tidak pernah menerima sebarang bantuan atau biasiswa daripada pihak lain bagi tahun 2024.

Cara Memohon Bantuan Pelajaran Yayasan Amal Tenaga

Keluarga yang berminat untuk memohon boleh rujuk pada langkah permohonan seperti berikut :

  1. Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Yayasan Amal Tenaga bertempat di Pejabat Koperasi TNB, 96 Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur atau melalui laman web Koperasi di [Klik sini]
  2. Bagi penuntut universiti / institusi pengajian tinggi, sila sertakan bersama borang permohonan dan surat pengesahan dari pihak Universiti/ Institusi pengajian tinggi.
  3. Semua salinan dokumen dan salinan penyata gaji terkini telah disahkan oleh Ketua Jabatan tuan/ puan bagi tujuan pengesahan maklumat yang dicatat.
  4. Sebarang penghantaran melalui fax / e-mel / pdf / ‘whatsapp’ tidak akan dilayan. Sila hantar permohonan melalui pos atau dihantar terus ke pejabat Yayasan Amal Tenaga.
  5. Pembayaran hanya dibuat melalui bank yang terpilih seperti Maybank, CIMB, BIMB, BSN dan Bank Rakyat sahaja.
  6. Sila isi borang pengisytiharan pendapatan yang disediakan jika tidak mempunyai pendapatan tetap / bekerja sendiri dan disahkan oleh Ketua Kampung/Nazir Masjid/Pengerusi Surau.
  7. Borang permohonan dan dokumen yang diperlukan mestilah dihantar melalui pos sahaja ke alamat berikut:

Yayasan Amal Tenaga
96, Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur.

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon yang berminat dengan tawaran bantuan Yayasan Amal Tenaga ini juga diminta untuk kemukakan bersama dokumen seperti yang disenaraikan berikut :

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan atau Surat Daftar Kelahiran (kanak-kanak) yang jelas dan terang.
  3. iSalinan Kad Pengenalan Pemilik Akaun Bank.
  4. Salinan Nombor Akaun Bank/Slip Pengesahan akaun.
  5. Salinan Sijil Cerai/Sijil Kematian (suami / isteri) (jika perlu).
  6. Surat pengesahan pendapatan/slip gaji.
  7. Surat pengisytiharan pendapatan/Surat Akuan Sumpah.
  8. Surat pengesahan dari sekolah/universiti.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Pelajaran Yayasan Amal Tenaga, sila layari laman web Koperasi TNB di http://www.koptnb.com/.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!