Bantuan Pakaian Sekolah MAIM untuk Asnaf Mualaf Melaka

Bantuan Pakaian Sekolah MAIM

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Balai Islam (Majlis Agama Islam Melaka) kini membuka permohonan bagi Bantuan Pakaian Sekolah kepada Asnaf Muallaf yang bermastautin dan menetap di negeri Melaka.

MAIM sentiasa komited dalam meringankan beban saudara sesama Islam menerusi pengagihan zakat serta bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Tawaran ini terbuka kepada asnaf mualaf yang berkelayakan dan mempunyai anak-anak yang sedang atau akan memasuki alam persekolah bermula dari Darjah Satu sehingga Sekolah Menengah pada tahun 2023.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai bantuan yang ditawarkan.

Baca Juga : Bantuan Zakat Ramadhan Untuk Mualaf (MAIDAM)

Bantuan Pakaian Sekolah MAIM

Tarikh Tutup Permohonan

Pemohon perlulah dihantar sebelum atau pada tarikh tutup iaitu 2 Februari 2023.

Syarat Permohonan Bantuan Pakaian Sekolah MAIM

Syarat bagi permohonan bantuan ini adalah seperti berikut :

  • Terbuka kepada semua asnaf mualaf yang menetap di negeri Melaka sahaja.
  • Pemohon mempunyai anak yang bersekolah daripada Darjah Satu hingga Sekolah Menengah pada tahun 2023.

Cara Memohon

Golongan asnaf mualaf yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan secara atas talian dengan mengisi Google Form di pautan berikut :

Permohonan Bantuan Pakaian Sekolah Anak Asnaf Muallaf 2023

Nota Penting :

  • Permohonan mestilah diisi dengan lengkap. Kelulusan adalah berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Agihan Bantuan MAIM dan Peruntukan Belanjawan Tahun 2023 MAIM.
  • Permohonan yang dibuat selepas daripada tarikh tutup adalah berdasarkan budi bicara pihak MAIM dan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Agihan Bantuan MAIM.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang ditawarkan, sila hubungan Bahagian Balai Islam, MAIM di talian 06-337 2873.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!