Jika anda merupakan anak Terengganu, anda layak membuat permohonan bantuan MAIDAM (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu) berdasarkan syarat-syarat tertentu.
MAIDAM menyediakan bantuan untuk para asnaf yang berhak dan memenuhi syarat kelayakan.
MAIDAM selaku Pihak Berkuasa Agama Utama yang berwibawa dalam pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam dan maslahat umat Islam keseluruhannya sentiasa berusaha merealisasikan agenda pembangunan keagamaan, pendidikan, Adat Melayu (sosio-budaya), ekonomi dan sistem perundangan secara terancang, menyeluruh dan berkesan.
Berikut adalah jenis bantuan MAIDAM yang boleh dimohon, syarat kelayakan serta cara permohonannya.
Baca juga:
8 Asnaf Yang Layak Menerima Agihan Zakat & Bantuan MAIDAM 2020
Wang Zakat yang dibayar kepada MAIDAM diagihkan kepada 8 asnaf yang layak menerima zakat.
Berikut adalah asnaf-asnaf yang layak menerima zakat beserta skim bantuan yang disediakan oleh pengurusan MAIDAM :-
1. Faqir
Bermaksud orang Islam yang tidak mempunyai sumber pendapatan atau mempunyainya tetapi hanya mampu memenuhi sebahagian kecil sahaja dari keperluan asasi secara sederhana untuk diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya.
Jenis-jenis bantuan yang disediakan:
- Bantuan Kewangan / Saraan Bulanan
- Bantuan Sempena Ramadhan
- Agihan Terus Kepada Fakir Melalui Pengeluar Zakat
- Bantuan Dermasiswa IPT Luar Negara
- Bantuan Dermasiswa IPT Dalam Negara
- Bantuan Makanan / Keperluan Harian
2. Miskin
Bermaksud orang Islam yang mempunyai sumber pendapatan yang hanya memenuhi sebahagian sahaja dari keperluan asasi secara sederhana untuk diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya.
Jenis-jenis bantuan yang disediakan:
- Bantuan Kecemasan / Bencana
- Bantuan Membina dan Membaikpulih Rumah
- Bantuan Sempena Ramadhan
- Agihan Terus kepada Miskin Melalui Pengeluar Zakat
- Bantuan Kursus / Latihan Untuk Anak-anak Miskin
- Bantuan Perubatan
- Bantuan Modal Bahan Mentah untuk Perniagaan
- Bantuan Sara Hidup
- Bantuan Serta Merta
- Bantuan Dermasiswa IPT Luar Negara
- Bantuan Sewa Rumah
- Bantuan Makanan / Keperluan Harian
3. Amil
Bermaksud Individu atau organisasi yang dilantik oleh MAIDAM, yang bertanggungjawab menjalankan urusan berkaitan zakat.
Jenis-jenis bantuan yang disediakan:
- Ambilan Terus oleh Amil
- Bantuan mengadakan Pelbagai Kursus
4. Ar-Riqab
Bermaksud memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan sama ada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu atau sesuatu kemudaratan.
Jenis-jenis bantuan yang disediakan:
- Bantuan Pengurusan Rumah Perlindungan Pesakit Kronik / HIV
- Bantuan Pengurusan dan Rawatan di Pusat Hemodialisis
5. Al-Gharimin
Bermaksud golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum Syarak.
Jenis-jenis bantuan yang disediakan:
- Bantuan golongan yang terpaksa berhutang untuk keperluan asas
- Bantuan pengurusan jenazah tanpa waris
6. Fisabilillah
Bermaksud mana-mana orang Islam atau pihak yang melibatkan diri atau mengadakan aktiviti dalam menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta meningkatkan penghayatan tentangnya sebagaimana yang dikehendaki oleh syariat Islam.
Jenis-jenis bantuan yang disediakan:
- Bantuan Sumbangan Tabung Perkhidmatan Pendidikan Luar Negara
- Bantuan Pengurusan Rumah Anak Yatim MAIDAM
- Bantuan Pendidikan Dalam Negara
- Bantuan Pendidikan Luar Negara
7. Ibnu Sabil
Bermaksud mana-mana orang Islam yang berhasrat atau sedang bermusafir atau terkandas di dalam perjalanan yang memerlukan bantuan bagi maksud-maksud yang dibenarkan oleh hukum Syarak dari atau ke mana-mana jua negeri atau negara.
Jenis-jenis bantuan yang disediakan:
- Bantuan Tambang Kepada Pelajar Luar Negara
- Bantuan Kepada Orang Yang Terkandas dalam Perjalanan
8. Muallaf
Bermaksud seseorang yang dijinakkan hatinya dan telah memeluk agama Islam, tetapi tahap keimanannya masih lemah.
Jenis-jenis bantuan yang disediakan:
- Bantuan Saguhati Memeluk Islam
- Bantuan Perkahwinan
- Bantuan Kelas Bimbingan
- Bantuan Aktiviti / Program Muallaf
- Bantuan Pengajian Muallaf
Baca juga : Rumah Selangorku: Permohonan & Semakan Status Kelulusan
Bantuan / Agihan Mengikut Sektor
Berikut adalah bantuan-bantuan yang disediakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) kepada asnaf-asnaf yang berkelayakan :
1. Sektor Sosial dan Kemanusiaan
- Bantuan Bulanan.
- Bantuan Sara Hidup.
- Bantuan Baikpulih Rumah / Bina Rumah Baru.
- Bantuan Perubatan / Hemodialisis.
- Bantuan Kecemasan/Bencana.
- Bantuan Berhutang.
- Bantuan Sewa Rumah.
- Bantuan Serta-Merta.
- Bantuan Sempena Ramadhan.
- Bantuan Pusat Pemulihan / Rumah Perlindungan.
- Bantuan Pengurusan Jenazah Tanpa Waris.
- Bantuan Masjid Surau.
2. Sektor Pendidikan dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
- Bantuan Awal Pengajian Pusat Kemahiran dan IPT.
- Dermasiswa dan Bantuan Am Pelajaran IPT
- Program Memartabatkan Institusi Ulama’
- Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT.
- Bantuan Persatuan Pelajar Terengganu di IPT.
- Bantuan Program Keagamaan Di IPT Dalam Negeri .
- Bantuan Persekolahan.
- Latihan Kemahiran Anak Asnaf.
- Bantuan Tabung Kebajikan Pelajar dan Pengurusan Pondok / Madrasah.
- Bantuan Kem Akademik Pelajar Sekolah.
- Bantuan Program Keagamaan Dalam Negeri.
3. Sektor Ekonomi dan Keusahawanan
- Bantuan Modal Berdikari / Perniagaan.
- Kursus Keusahawanan Asnaf.
4. Bantuan Saudara Kita (Muallaf)
- Saguhati Hari Raya
- Bantuan Kewangan Bulanan
- Elaun Kehadiran Kelas Agama Asas
- Bantuan Sewa Rumah
- Dermasiswa Muallaf
- Bantuan Perkahwinan
- Bantuan Umum Pelajaran
- Pembinaan Rumah Individu
- Saguhati Galakan Saudara Baru
- Bantuan Modal
- Bantuan Perubatan Muallaf
- Kursus dan Latihan
- Pengurusan Jenazah
- Bantuan Berkhatan
Cara Permohonan Bantuan MAIDAM 2020
Bermula 1 Januari 2015, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menggunakan Sistem Permohonan Zakat secara atas talian bagi memudahkan rakyat yang ingin memohon bantuan Zakat MAIDAM.
Langkah Permohonan Bantuan MAIDAM adalah seperti berikut:
- Permohonan boleh dilakukan secara online.
- Pilih borang permohonan berkaitan untuk dimuat turun melalui http://www.espmb.com/maidam_zakat/
- Isi maklumat yang dikehendaki.
- Cetak semua borang permohonan.
- Hantar borang asal beserta salinan dokumen yang dikehendaki ke Pejabat MAIDAM atau Kaunter Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing.
Baca juga : Bantuan JKM: Daftar & Semak Status Pembayaran Online
Semakan Status Permohonan
Bagi menyemak status permohonan yang telah dibuat, ikuti langkah mudah berikut:
- Layari laman web rasmi semakan bantuan MAIDAM di http://www.espmb.com/maidam_zakat/SemakanLoginKP.aspx
- Masukkan nombor kad pengenalan yang telah didaftarkan tanpa tanda sengkang.
- Lihat status yang tertera pada skrin.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi di alamat berikut:
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
Pusat Pentadbiran Islam Negeri,
Komplek Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad
20519 Kuala Terengganu.
Terengganu.
Telefon: 09-6303030
Faks: 09-6247917
E-mail : [email protected]
Anda juga boleh melayari laman web rasmi MAIDAM untuk pelbagai info terkini di http://www.maidam.gov.my/index.php/ms/ atau follow Page Rasmi MAIDAM di pautan https://www.facebook.com/pg/maidamterengganu/posts/.