Penjana Kerjaya 3.0: Program Insentif Pengambilan Pekerja (PEMULIH)

Penambahbaikan program PenjanaKerjaya atau Penjana Kerjaya 3.0 telah diumumkan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) khusus untuk merangsang pengambilan pekerjaan oleh majikan dan pencarian pekerjaan kepada pencari kerja.

Ekoran kesan wabak COVID-19 yang memberi kesan terhadap perniagaan dan masalah pengangguran, program ini dibangunkan bagi merangsang pewujudan dan meningkatkan peluang pekerjaan.

Sama ada anda merupakan majikan ataupun pencari kerja, anda mungkin layak untuk menerima manfaat daripada program ini.

Jom ketahui lebih lanjut tentang MyFutureJobs dan cara daftar PENJANAKERJAYA 3.0 ini.

Apakah Penjana Kerjaya 3.0?

Program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) adalah bertujuan merangsang permintaan pekerjaan di
kalangan majikan dan meningkatkan peluang pekerjaan serta
kebolehpekerjaan di kalangan pencari kerja tempatan.

Kementerian Sumber Manusia telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program PENJANA KERJAYA melalui PERKESO.

Secara ringkasnya, PENJANA KERJAYA adalah insentif yang disediakan bagi menggalakkan majikan mengambil pekerja manakala MyFutureJobs adalah portal yang dibangunkan untuk pencari kerja, terutamanya bagi membantu mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Semua kategori lain di bawah PenjanaKerjaya 2.0 dikekalkan dengan penambahbaikan pada Kategori Malaysianization.

Berikut adalah penambahbaikan yang diumumkan:

Malaysianization

  • Penambahan insentif untuk kategori Malaysianization dengan pengurangan kadar gaji minimum kepada RM1200 bagi setiap pekerja yang digajikan bagi jawatan yang kebiasaannya diisi oleh pekerja asing.
  • Majikan akan menerima 40% daripada kadar gaji dan insentif sebanyak 20% dari kadar gaji akan dibayar terus kepada pekerja.

Golongan Mudah Terjejas

  • Kelonggaran tempoh kontrak penggajian kepada 6 bulan bagi semua insentif di bawah PenjanaKerjaya 2.0 untuk kumpulan berikut:
    • OKU
    • bekas banduan
    • 50 tahun ke atas

Program KerjayaGig

  • Penambahbaikan program KerjayaGig dengan peluasan skop insentif pengambilan pekerja meliputi pekerjaan sementara dan pekerjaan gig untuk golongan penganggur tegar (lebih 180 hari).
  • Pekerja akan menerima RM600 sebulan selama tempoh maksimum 6 bulan.
  • Majikan yang menawarkan pekerjaan jangka pendek ataupun platform penyedia perkhidmatan gig yang berdaftar dengan PERKESO akan menerima RM200 bagi setiap pekerja yang digajikan.

Insentif Penempatan Pekerjaan Oleh Agensi Pekerjaan Swasta

  • Penambahbaikan insentif bagi penempatan pekerjaan oleh Agensi Pekerjaan Swasta untuk kategori penempatan pekerja berkemahiran rendah.
  • Kadar insentif adalah seperti berikut:
    • RM300 bagi setiap pekerja yang ditempatkan dengan majikan lansung dengan tawaran gaji RM4000 ke atas.
    • RM200 – Bagi setiap pekerja yang ditempatkan dengan majikan langsung dengan tawaran gaji RM3000 ke atas.
    • RM200 – Bagi setiap pekerja yang ditempatkan dengan majikan langsung dengan tawaran gaji bawah RM3000.

Majikan yang telah membuat pengambilan pekerja mulai 15 Jun 2021, boleh memohon Insentif Pengambilan Pekerja di bawah PenjanaKerjaya 3.0 bagi mana-mana kategori yang dinyatakan di bawah (sila rujuk infografik).

Permohonan akan mula dibuka mulai 15 Julai 2021 (Khamis) secara dalam talian di https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my.

Baca juga: GKP 4.0 : Permohonan RM1,000 Untuk PKS Mulai 15 Julai

Tarikh Permohonan

Permohonan PenjanaKerjaya 2.0 akan dibuka sehingga 7 Julai 2021 bagi mana-mana majikan yang menggajikan pekerja dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021.

Bagi majikan yang telah menggajikan pekerja baharu mulai 15 Jun 2021, boleh membuat permohonan bagi Program Penjana Kerjaya 3.0 yang akan dibuka mulai 15 Julai 2021.

Sila layari pautan https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/

Cara Permohonan PenjanaKerjaya 3.0 Untuk Majikan

Bagi majikan yang ingin memohon insentif yang ditawarkan di bawah program PenjanaKerjaya, berikut adalah langkahnya:

  1. Majikan boleh mendaftarkan profil majikan di Portal PenjanaKerjaya melalui laman sesawang penjanakerjaya.perkeso.gov.my
  2. Kekosongan pekerjaan perlu didaftarkan di Portal MYFutureJobs walaupun kekosongan pekerjaan tersebut telah didaftarkan di dalam mana-mana portal pekerjaan yang lain;
  3. Sekiranya terdapat pengambilan pekerja baru, majikan perlu mendaftarkan pekerja tersebut di sistem ASSIST PERKESO dalam tempoh 30 hari dari tarikh pekerja melaporkan diri
  4. Majikan boleh membuat semakan status permohonan di Portal PenjanaKerjaya di penjanakerjaya.perkeso.gov.my

Permohonan Bagi Pencari Kerja

Bagi pencari kerja, pendaftaran di portal MyFutureJobs PERKESO boleh meningkatkan peluang prospek kerjaya masa depan anda.

Berikut adalah cara daftar MyFutureJobs bagi pencari kerja:

  • Untuk mendaftar, anda perlu melengkapkan butiran diri anda di laman web berikut: www.myfuturejobs.gov.my
  • Daftarkan profil peribadi anda dengan menekan butang ‘Jobseeker Sign In’
  • Klik butang ‘Register Here’ sebagai pengguna kali pertama
  • Isikan e-mel dan nombor kad pengenalan serta butiran-butiran yang diperlukan
  • Setelah mendaftar, anda boleh terus login dan mencari bidang kerjaya yang diinginkan mengikut lokasi yang ditawarkan
  • Kemaskini maklumat selanjutnya bagi membolehkan anda membuat permohonan kerjaya dengan lebih mudah.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi PERKESO di pautan https://www.perkeso.gov.my/pemulih.html atau follow Facebook PERKESO untuk info-info terkini.

https://www.facebook.com/PERKESO.Official/photos/pcb.4533283393351152/4533253786687446

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!